Seri Qaseh Nazirah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Muhammad Haikal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Pemergianmu dirindui

Lilypie Angel and Memorial tickers

Nuffnang

01 September 2009

LAHIRNYA SERI QASEH NAZIRAH

Qaseh 1 hari
 
Setelah lama menunggu kelahiran baby sulungku, akhirnya masanya tiba juga...
Pada 16 Ogos 2009 tepat jam 9.46 pagi lahirla seorang bayi perempuan yang dinamakan Seri Qaseh Nazirah. Beratnya 2.7kg.Kulitnya putih dan gebu.Muka dia katanya ikut muka ayah dia.
Alhamdulillah semuanya selamat dan sihat.Bayiku cukup sempurna....
Aku mcm tak percaya yang aku dah jadi seorang ibu...Besarla tangunggjawab aku lepas ni...

Sebelum Qaseh lahir,aku duduk dalam wad 3 hari. Masuk 13hb iaitu hari khamis dan ari ahad barula dia lahir. Aku lebih due 2 hari.Patutnya due aku 14hb.Tu yang kena tahan wad tu....
Sepanjang 3 hari kat dalam wad aku tak rasa sakit pun...Tanda pun tak keluar lagi.Hari Sabtu baru keluar tanda iaitu lendir + darah.Walaupun dah keluar tanda,aku tetap tak rasa sakit.
Kat dalam wad tu kira akula senior.Orang lain masuk kejap dah keluar,aku relax je duk dalam tu...Tapi best gak tau...dapat tgk orang sakit nak bersalin,pastu cuak je nak tunggu giliran kita pulak sakit...
Agak2 boring je,pegi plak tengok member2 yang dah bersalin punye baby...
Banyak pengalaman duk kat hospital ni...
Ha...yang bestnya lagi, setiap kali waktu melawat,ada je orang datang tengok walaupun kita tak sakit terutama suami aku...hehehehe....diorang datang bawa makanan pulak tu...tak abis-abisla makanan kat meja aku... Tengah malam pun aku leh makan lagi tau....Kawan-kawan lain siap mengata,tapi aku pedulik ape...kalau tak mkn basi lak nnt kan.... Lagi pun masa ngadung ni la boleh bedal apa saje...bila dah beranak takleh dah nak makan sebarangan....

Abisla cite ngadung la ni nak cite pasal sakit nak bersalin lak...
Aku mula rasa sakit pada pukul 1 pagi.masa tu sakitnya datang sikit2 je..
Pukul 3 dah mula sakit setengah jam sekali.Aku dah rasa aku ni mcm nak bersalin...tapi selagi boleh tahan,aku tahan je dulu...Aku dah suruh lan stanby dan tak bg dia tido sangat.Nurse yang jaga pagi tu pulak suka merungut bila buat keje,aku nak bgtau yang aku sakit pun aku takut...
So,aku diam je la dulu.Masa dia nak cek aku adala juga bgtau yang aku dah mula rasa sakit,dia cuma kata ok...
Bila dah mcm tu,takkan aku asyik nak bgtau dia je kan...tahan je la sakit tu....
Pukul 4.30 sakitnya dah lebih kerap,10 minit sekali.Aku dah suruh Lan datang.Oleh kerana mak aku nak ikut,dia g amik mak aku sekali.Pukul 5 Lan dah ada kat hospital,aku suruh dia naik masuk kat wad aku. Bila nurse yang buat keje tak ikhlas tu nmpk je Lan,baru dia tanye aku,sakit ke?Aku jawab la yee...Pastu dia suruh aku masuk bilik rawatan sbb dia nak tengok jalan...
Aku takut gak manala tau dia seluk tak betul ke....nyanye aku....
Tapi nasib dia ok...masa tu sakit aku dah makin kerap 5 minit sekali. Nurse tu kata jalan dah buka 4 nak masuk 5 cm. Dia tanye aku leh tahan ke x?Kalau tak,dia nak terus hantar aku ke level room. Tak sempat aku jawab,dia tengok je keadaan aku terus dia kata "saya hantar awak sekarang la."sbb masa tu aku tgh tahan sakit. Dia suruh amik baju baby. Masa tu pulak mak dengan Lan tengah kemas2 meja dan katil aku. Sebelum pegi level room aku sempat minta izin kat nurse tu untuk mandi dulu.Yela..takut dia tunggu aku lama sangat lak kan... Dia bagi tapi dia pesan jangan meneran kat dalam bilik air tu... Dah siap2 semua,aku sempat mkn roti sikit sbb mlm tadi aku tak mkn pun... time nak beranak,time tu la tak mkn... Bila dah sakit nak mkn pun tak berselera.Roti tu pun separuh je yg aku mkn...Pastu minum air sikit.
Pastu aku g la menyerah diri kat nurse. Dia amik dokumen2 aku dan tolak aku ke level room dengan menaiki kerusi roda. Ingat nak jalan je,tapi dia suruh naik kerusi tu,aku naik je la...

Sampai je kat level room aku tgk semua orang tido...takde orang yang bersalin pagi tu....
Nurse2 pun membuta la... Lepas baring kat katil,nurse2 pun datang la kat aku cek mcm.Masukkan airla,oksigen la...semuanya dengan muka yang mamai.Naik seram aku dengan diorang ni...boleh buat keje ke tak...huuhh...
Alhamdulillah semuanya ok.Aku masuk kat level room tu pukul 6 lebih.Pukul 7 diorang dah tukar ship.Bila sampai je nurse yang baru barula aku konfiden sikit. Muka diorang pun segar2 belaka. Oleh kerana ari tu ari ahad,maka tak ramaila nurse yang ada.Nurse pelatih hanya seorang je.Maklumla,hari cuti.Kalau hari biasa ramai giler nurse pelatihnya.
Tak kisahla bape ramai pun,yang sakitnya tetap aku sorang kan....
Nak cerita pasal sakit ni...mak aiiii,tak boleh tahan.....
Nak ngunggu bukak jalan tu yang sakit amat sangat.Masa tu jalan baru bukak 6 cm.Nak kena tunggu lagi 4 cm.ADUHHHH.....korang rasala sendiri nanti eh.....
Bila dah 8 cm,aku dah tak boleh tahan lagi...rasa nak meneran jeee...
Ada sorang nurse tu tanye,"awak rasa nak neran ke?"Aku jawab la ye...
Dia suruh aku teran.Aku pun teran la....Ingat sekali teran terus keluar,kena banyak kali teran okey....Tu pun dah separuh nyawa rasanya.Sebelum tu sempat aku suruh nurse tu panggil suami aku dulu.Masa ni la Lan pun masuk...Dia la yang bagi aku semangat untuk meneruskan perjuangan....
Tapi memang susahla nak beranak nie..Lagila first time macam aku ni...Nafas nak kena panjang yee....Kalau pendek mmg susahla kau nak beranak...
Aku punye nafas lak tak berapa nak panjang.Huh...tak leh ingatla mcm mana aku buat.
Entah kali yang ke berapa teran baru baby betul2 keluar.Tak kisah la kan...yang penting dah selamat. Lepas je baby keluar,badan aku terus lemah....Lan pulak dah kena keluar amik air sembahyang untuk khamatkan baby....
Walaupun baby dah keluar,kita sebagai ibu ni lum abis keje lagi yee...
Dapat rehat kejap je..pastu kena pulak bersedia untuk keluarkan uri dan dijahit...hahahaha....
Masa dengar orang2 terdahulu bercerita,bab ni la yang paling takut di dengar,tapi bila dah alami,erm...kita leh buat selambek je masa dia jahit tu...Yang penting jangan keraskan badan...
Aku boleh lak nak tertido masa dia nak jahit...redo je ok....
Nasib koyak aku dan dia gunting tak banyak...so,kejap je la nurse jahit...
Aku juga bernasib baik sebab dapat nurse yang baik2.Hanya 3 orang je nurse yang ngadap aku masa bersalin.Nurse tu jugak tolong keluarkan darah beku aku....
Bila dah siap semuanya dia suruh aku rehat.Pastu dia bagi baby yang dah siap berpakaian suruh aku susukan...Lan pun masuk lagi untuk khamatkan baby. Lepas tu dia keluar balik. Aku duk la dalam bilik tu dengan baby dan aku tryla susukan dia.Tapi baby aku tak nak hisap lak...
Bila susu dah ada baby lak yang tak nak hisap..Macam mana tu????
Tak lama Lepas tu aku dibawa masuk ke wad semula....


Sekian la dulu.....Qaseh nagis lak nie....

29 Julai 2009

BBQ SMC

Hari Sabtu lepas, seperti biasa ada perjumpaan kelab SMC.Biasanya buat kat carwash brade Jai (abg ngah aku) tapi kali ni tukar selera pulak.Perjumpaan buat kat umah Awang kat Felda Redong.Alamak,salah la pulak....bukan Felda Redong la...FELDA KEMELAH.Yang bestnya siap buat bbq....Macam-macam ada,ada ayam,ikan,mee rebus,jagung bakar dll.
















ni antara makanan-makanan yang ada.
jagung bakar yang disapu dengan mentega tu la yang membuka selera untuk aku makan.sedapnya....memang dah lama aku idamkan.


Ikan bakar cecah dengan air asam @ sambal asam (sbb pedas giler) punyela sedap....
Rasa macam nak terbakar bibir mkn....tapi memang puas hati....
Soryla gambar ikan tu lupa nak ambil sebab dan leka makan...hehehehe
Bila dah siap makan baru teringat nak ambil gambar...Takpela,kalau tak nanti terliur pulak korang menengoknya...kan...kan..kan...



ni gambar curik tau....ni akak ipar aku.
berselera betul dia mkn kan...
betul2 masa dia tengah nak masukkan makanan dalam mulut terus aku snap...huhuhuhu....
dia marah beb....



yang ni pulak acara membungkus....disebabkan makanan banyak lagi dan yang lain pulak dah terbentak perut dah tak boleh nak masukkan makanan lagi so,yang perempuan2 ni kenala membungkusnya dan diberikan pada setiap orang yang ada....bagus gak kan...dapat jugak orang kat umah merasa....
ni lagi best, yang sorang tu dah terbongkang,yang budak2 pulak dari main lari-lari sampai dah duduk diam sebab penat dan kenyang agaknya.kalau tak,mcm nak roboh umah orang dibuatnya.nasibla rumahnya lapang je....ada jugak yang dah tido....mana taknya dah nak pukul 12 mlm...
ehem..ehem...sempat pulak pasangan bahagia ni berposing....hehehehehe...bila lagi kan...
Orang kat belakang sibuk mengemas dia sibuk bergambar lak...
ni biasala.....suka ambil gambar sendiri....
sape la yang nak ambilkan gambar kita kan....
masa ni dah ontheway balik dah...gambar dalam keta je la....
Untuk pengetahuan, selagi tak pukul 12 mlm memang budak2 SMC ni takkan balik. So, walaupun dah mengantuk selagi belum ada yang nak balik kena la tgu jee....konvoila katakan....
Gedebak gedebuk,sampai rumah dah nak dekat pukul 1 pagi. yang peliknya mata aku ni tak ngantuk la pulak....tengok tv sampai pukul 2 lebih,pastu barula masuk bilik....

22 Julai 2009

RAKAN SEKERJA

Sepanjang hari ni tak de ape-ape cerita yang menarik berlaku. Semuanya seperti biasa je...
Kat opis tinggal aku dengan nurul and bos iaitu Puan Miskinah. Tapi bos asyik keluar je la....
Tadi aku siapkan laporan pasal PKEK. Dah hantar dah pun....bila keje dah selesai baru la senang hati kan.... Aku nak cuti minggu depan tapi tadi lupa pulak nak buat surat cuti.hehehehe... esk la baru buat. PKD pun katanya cuti 2 hari. Aku nak cuti bukannya sebab ape, saje je nak rehatkan
badan..

Oleh kerana tak ada ape yang nak diceritakan, maka aku perkenalkan la rakan-rakan pejabat aku.
Jom layan gambar....

Ni gambar aku dengan semua rakan opis. Masa ni ada program Maulidur Rasul. Sambutannya besar-besaran.Meriahla.... Program Bina Insan Parlimen Labis. Baju yang kitaorang pakai pun sedondon jek.... Dari kiri- nurul,aku,kak ros,kak midah,dan kak mis.





Disebabkan gambar dia takde kat atas, aku letak special sikit gambar dia...yang lain tu jgn jeles....huhuhuhu... Yang ni gambar aku dengan kak liza, nama dia Norfadzliza bte Hj. Mahad. Dia Penyelia Bina Insan. Diala yang menghandle program ni...aku malas nak cerita pasal program ni sebab sebenarnya program ni tahun lepas punye. Ni saje nak tunjuk gambar kawan-kawan pejabat je...

Yang ni gambar aku dengan PM (Pemaju Masyarakat) senang cakap cikgu TABIKA. Kat sebelah aku kak midah,Kak Suriati dan Kak Anis. Masa ni sempena Program Konvokesyen Kanak-kanak TBK KEMAS. Mcm dapat ijazahla kan....





Ini la 2 orang budak nakal...huhuhu...
Aku dengan Nurul. Nama sebenar dia Wan Nurulhuda bte Wan Ismail. Dia la kawan baik dan kawan gaduh aku kat opis. Kalau dia takde kat opis rasa mcm sunyi jek... Dia ni tak boleh dipuji lebih-lebih sangat..Nanti cepat perasan lak...hehehehe... Sory nurul....
Kalau nak keluar,m
esti kitaorang keluar berdua. Tak kisahla opis tu ada orang ke tak... Tapi tu semua cerita dulu-dulu la... Sekarang ni mcm dah baik sikit...dah tak nakal sangat....


Lupa lak nak kenal kan bos aku...
Ni la bos aku
, Penyelia Kanan KEMAS Labis. Nama dia Puan Miskinah bte Turat. Aku panggil dia Kak Mis je..Orangnya ok... Leh dibawa berbincang. Bila bos ok, keje tak la tension kan.... Takla mcm bos lama...kalau dengan bos lama tu,rasa malas je nak g keje...ada je cerita yang tak sedap didengar setiap hari. Malas la nak cerita pasal dia.Buat sakit hati jek...




Susah betul nak cari gambar nie.... Gambar ni kira gambar terbaru la...Masa ni Program Maulidur Rasul Tahun 2009. Untuk tahun ni kitaorang pakai baju sama. Warna Coklat la pulak... Yang kat sebelah aku tu En Darham. Dulu dia pun penyelia KEMAS tapi sekarang dah pencen dah. Walaupun dah pencen kitaorang stay rapat dengan dia lagi... Yang kat belakang tu ada kak midah,kak Asiah, nurul,Kak Som dan Kak Nah. Kat dalam dewan orang tengah berceramah. Kitaorang kat luar sibuk bergambar...Bagus...bagus...

21 Julai 2009

Kenangan BerCINTA

Dalam hidup ni, banyak perkara yang dah dan akan berlaku pada diri kita. Perkara yang dah berlaku tu akan di panggil KENANGAN. Bila diimbau balik kenangan-kenangan lalu, ada yang sedih,happy,pilu,teruja dan macam-macam lagi perasaan. Ada kenangan yang kalau boleh kita nak ulang balik dan ada juga yang kalau boleh kita tak nak ia berlaku lagi.

Kenangan yang best dalam hidup aku masa aku mula-mula bercinta.hehehehhe...
First time bercinta masa umur 15 tahun beb. Masa tu la aku kenal dengan suami aku.
Kalau nak tau dia la first love aku dan sekarang dah pun jadi suamiku...
Aku pulak second love dia. Tak kisah la...asalkan kitaorang bahagia.

Cerita pasal cinta ni, banyak dugaan masa bercinta kan....
Dah la bercinta masa sekolah, orang kata cinta masa sekolah ni namanya cinta monyet... tapi kalau dah sampai ke jinjang pelamin cinta ape namanya ek...??? Tu la namanya CINTA SEJATI kan.... huhuhuhuhu....
Selama kitaorang bercinta, mcm-mcm dugaan yang kami hadapi. Adatla kan....
Tapi yang bestnya semuanya dapat diatasi. Kalau tak dapat,tak kawen beb....
Aku dengan Lan start bercinta masa umur 15 tahun, bertunang masa umur 22 tahun. Tu pun bila masing-masing dah ada keje baru leh tunang, kalau tak jgn harap....
Ikat tali pertunangan selama 2 tahun tapi amik masa selama setahun setengah je, pastu terus nikah.

Masa bertunang dugaan yang kami hadapi hebat jugak... Ada sampai hampir-hampir nak putus tau. Tapi kerana sayang dan cinta yang ada dalam diri ni membuatkan kami bertahan. Sebenarnya memang dah jodoh kami berdua kan.... Masa bercinta dan tunang kitaorang selalu gak la gaduh.. Tapi Alhamdullillah bila dah kawen ni tak la gaduh sangat... setakat masam-masam muka tu adalah.... Aku harap jodoh kami berpanjang sampai ke kiamat dan harap-harapnya tiada la lagi dugaan-dugaan yang hebat melanda hubungan kami sebagai suami isteri...
AMIN....

Cerita orang mengandung

Hari ni aku dapat tau yang kawan sepejabat aku mengandung. Dah 3 bulan katanya. Tapi yang aku sedih kenapa baru hari dia bagitau aku sebab dah 3 bulan dia ngandungkan... Dia kawen dah setahun lebih, baru ni la dia mengandung. Aku tumpang gembira bila dia dah mengandung tapi aku tengok dia yang macam tak happy bila dia mengandung. Dia kata dia taknak bagitau orang. Dia nak orang tau sendiri.Aku cakap dengan dia apa-apa hal biarla orang opis tau sebab nanti tak lah diaorang asyik suruh dia buat keje berat-berat. Tapi dia kata 'nantila...' Erm..aku pun tak fahamla... Patutnya bila kita tau kita mengandung kita akan rasa excited, lagi-lagi bila dah lama kita menunggu saat ni. Erm.. tak tau la kan.. Lain orang lain gayanya.

Tentang diri aku pulak, sekarang ni aku tengah tunggu hari je... Dah ada rasa sakit kat bawah sikit-sikit. Kalau boleh aku taknak bersalin lambat, biar cepat lagi bagus. huhuhu....Jangan kata aku tak takut, takut tu memangla ada tapi apa-apa pun kenala hadapinya jugak..
Hari ahad ari tu aku ada pergi rumah bidan untuk ambil air selusuh. Persediaan untuk bersalin tu memang dah aku buat. Sambil ambil air selusuh mak bidan rasa-rasa la perut aku. Dia kata aku bersalin awal dari tarikh due. Baby pun dah turun ke bawah. Baru aku tau yang air selusuh tu kena minum masa dah sampai hospital masa dah sakit nanti. Tak boleh minum dulu.... Di sebabkan aku dengan akak aku (mawar) mengandung dan bersalin pada tahun yang sama, kitaorang kena bertukar kain batik. Kalau tak katanya nanti salah sorang akan selalu sakit. Tak tau la betul ke tak,apa-apa pun ikut la kata orang tua-tua kan...
Related Posts with Thumbnails

ads by nuffnang