Seri Qaseh Nazirah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Muhammad Haikal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Pemergianmu dirindui

Lilypie Angel and Memorial tickers

Nuffnang

15 September 2009

QASEH DAN MIKAIL

Qaseh dah berjumpa dengan Mikail pada hari Sabtu dan Ahad yang lalu.
Kan aku ada janji nak ambil gambar mikail lagi kan... So,aku dah ada byk gambar dia. Dan aku juga ada ambik gambar qaseh bersama mikail. Jom tengok...

ni ke ibu mikail...eh salah nie...ni ibu qasehla...sibuk je nak bergambar dengan mikail kan.... Inila anak sedaraku yang ke 13.

Haahh....yang ni baru ibu mikail.Sama tak rupa diorang...Ni la kak mawar aku. Aku panggil dia uteh.Qaseh panggil dia mokteh....


Ni la Qaseh dan Mikail. Tengokla mikail sama besar dengan qaseh walaupun dia baru 2 hari masa aku mabil gmbr ni. Sedangkan qaseh dah nak masuk sebulan dah...hehehehe
takde beza pun tahap kebesaran mereka tapi rupa diorang memang berbeza.... Boleh lena je diorang tido padahal mak-mak nya bising2 kat sebelah dia...gelak2 la,borak2 la...



Ni pulak gambar2 mikail.Ada banyak lagi tapi ni jela aku tunjukkan. Sama je gambarnya.
Bulat kan dia....mata dia kecik je....rambut dia tak lebat mcm rambut qaseh....

12 September 2009

PABILA QASEH MENANGIS



Qaseh kalau menangis tak reti perlahan dah sekarang nie... dia terus jerit je...
Aku nak g mandi pun susah. Nasib ada anak2 sedaraku utk boleh tengok2kan qaseh bila aku g mandi. Qaseh pantang ditinggal,mcm tau-tau je dia tinggal sorang.

Minggu ni ayah qaseh tak balik. Dia ada keje ari Sabtu dan Ahad. So,qaseh tak dapatla jumpa ayah. Ayah balik minggu depan.terus cuti raya. Lamanye nak tunggu.... takpela...dah tugas kan...
Ayah kata ayah rindu qaseh tapi kenala sabar je... Aku pulak yang sedih...tengah taip ni pun boleh sayu hati jee sbb aku pun rindu kat ayah qaseh...hisk3...



Yang ni vidoe qaseh menangis sbb tak dapat puting. Aku kena sumbat puting kat mulut dia sebab dia asyik nak menyusu jeeeeee.... Kadang-kadang bukannya dia betul2 nak nyusu tapi sekadar nak ada benda kat mulut dia.tu yang kena sumbat puting tu...
Lagi satu dia pandai auta... Dia nagis konon-konon nak susu,bila kita amik dia,pegang nak bg susu dia diam nak terus pejam mata rapat-rapat. Tau tak ape maksudnya... maksudnya,dia cuma nak dipegang je.... Kalau kita pegang dia lena je dia tido..tak berbunyi langsung. Cuba letak kat tilam...kejap-kejap mengeliat. Mengeliat siap bunyi-bunyi pulak tu....Geram je aku tengok dia...

Aku kan dah masukkan qaseh dalam buai kan... Aku rasa dia kat dalam buai dengan kat atas tilam sama jek... Bila kat dalam buai sikit2 nak kena enjut. Kalau tak asyik berbunyi je dia... aku asyikla kena keluar masuk kan dia dalam buai tu. Naik letih badan nak bangun2. Sekarang ni aku dah dapat cara baru nak tido kan dia dengan lebih lama. Iaitu dengan meletakkan dia di atas badan aku secara meniarap. Bila buat mcm tu lama dia tido. Dengan aku aku sekali tido. Nasibla aku ni bukan jenis yang tido lasak. So, selamatla anak aku kat atas badan aku. Kalau nak letak dia kat bawah sambil tido meniarap takut tertutup lak hidung dia nnt. Bahaya kan... so, redo jela badan ni dijadikkan sebagai tilam dia.
Posisi qaseh akan begini bila dia tido...

Beginila keadaan qaseh bila dia tido atas badan aku. Yang warna merun dengan biru tu baju aku. Dia akan lebih lena tido begini... Aku pun tak leh la nak pusing2. Kenala telentang je....
Bila dia nagis aku letak dia kat sebelah aku lak dan bagi le susu... tu maksudnya dia dah lapo....
K la... ini saje laporan saya...Sekian..

Qaseh dapat kawan baru

Semalam akak Mawar aku (Uteh) dah selamat bersalin. Dia dapat baby boy.... Alhamdulillah semuanya selamat. Uteh sama-sama ngandung dengan aku.Beza cuma sebulan jee. Due dia patutnya 14/9 tapi baby keluar 11/9. Cepatla pulak.Masa aku lambat 2 hari...nasib-nasiblakan...
Dia bersalin pukul 4.25 pagi. Baby dia punyela semangat. Beratnya 3.75 kg. Peh...kalah qaseh... qaseh cuma 2.7kg jee...Macam manala masa dia teran tu...takut aku nak membayangkan...
Aku tak tengok lagi baby uteh tu. Tapi uda dah g tengok dah kat hospital petang tadi.Aku suruh uda amik gambar baby. Jom tengok rupa babynya...


ha....punyela tembam pipi dia...tak mcm qaseh,sekarang ni pun pipi qaseh tak mcm ni. Baby ni keluar-keluar je dah tembam mcm ni...huh... muka mcm cina....entah ikut rupa sape la ek.. mak melayu...bapak jawa....anak keluar cina....hahaha...ni gambar versi penuh... Hanya ni je la gambar yang aku ada. Nanti kalau aku g tengok dia aku ambil gambar dia lagi dan aku masukkan kat blog ni lagi yee... Esk lusa muka dia mesti lain punye....

So, ni la kawan qaseh nanti...sepupu qaseh yang sama baya dengan qaseh. Beza umur tak sampai sebulan yee... Tapi beza badan memang ketara. Nanti aku letak qaseh kat sebelah baby ni dan tengok sape lagi beso....
Lupa lak nak bagitau nama baby...Uteh kata dia nak letak nama MUHAMMAD HAFIY MIEKAIL. Mcm tu la kot ejaannya. Ni anak dia yang ketiga. Nak sama nama dengan abg dia la tu. Nama abg dia Muhammad Hafiy Zikry. Akak dia pulak Seri Nurmaisyurah. Jadinya anak uteh 2 lelaki 1 pompuan. Tapi yang pompuan lebih lasak dari yg lelaki. Yang ni tak tau la pulak mcm mana perangai nya.....Tunggu dan lihat je la....

09 September 2009

GAMBAR TERBARU QASEH










qaseh dan buaian

Oleh kerana qaseh suka ditepuk-tepuk dan dibuai-buai,so ari ni aku masukkan dia dalam buai...
Hahahaha... Semalam boleh dia taknak tido.Sampai pukul 4 pagi aku tunggu dia tido.Baru tido kejap dan nagis lagi...Susu jangan cakap la...asyik hisap jee...tu pun tak cukup-cukup jugak... Geram je aku dengan dia semalam.Tapi nak buat mcm mana kan... nama pun anak...Seorang ibu kenala byk bersabar dan byk berkorban demi untuk ANAK....
Hari ni try biar dia tido dalam buai.Harap-harap dia tido lena sampai ke pagi la... Boleh la aku ganti balik waktu tido aku yang semalam tu...hehehe boleh ke mcm tu???
tembamkan muka qaseh sekarang...tgk la pipi dia...best tau cium dia...tu la kuat sangat nyusu...
qaseh dalam buaian...lena jugakla dia tido.ni masa dia tido siang tadi.Jap lagi aku nak tgk macam mana lak bila dia tido malam dalam buai..





Related Posts with Thumbnails

ads by nuffnang