Seri Qaseh Nazirah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Muhammad Haikal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Pemergianmu dirindui

Lilypie Angel and Memorial tickers

Nuffnang

06 November 2009

Batuk yang teruk dan tekak yang sangat gatal

Kasihani la kat saya ni yang sedang menanggung penderitaan yang amat sangat.
Saya mengalami sakit tekak dan batuk dan selsema dan nak migrain dan lemah badan dan rasa mcm nak mati.....
Isk..isk..isk.. dah la saya tinggal dengan anak saya yang baru 2 bulan setengah je kat umah. Takde sape nak jaga saya masa saya sakit...
Dah seminggu saya mengalami sakit ini. Mula2 kena selsema.Sekarang ni selsema dah baik dah tinggal batuk je...
Malam tadi saya tak boleh tido kerana asyik batuk je. Makin makan ubat makin teruk pulak...
Mula2 g klinik. Ubat sampai dah abis batuk tak ilang jugak. Pastu g farmasi beli ubat pun tak jalan juga.
Saya harap ari ni saya boleh sihat semula. Anda semua tolongla doakan saya cepat sihat...
Hari ni suami saya balik... Hooreeeee....
Leh la manja2.....

Adiossss

05 November 2009

BUDAK BOTAK YANG COMELLLL

Untuk pengetahuan anda semua...anak saya sudah membotakkan dirinya pada 1 november 2009. Heheehehe...makin comel qaseh nazirah...

Sebenarnya saya dan keluarga buat cukur jambul qaseh pada 31 oktober. Mula-mula katanya ada SAKINAH datang. Last minit dia tak datang pulak...Jadi,kami buat la cukur jambul biasa yang hanya gunting rambut sikit2 je tu. Kalau SAKINAH ada mesti kena botak terus kan...

Walaupun mula-mula hanya gunting sikit-sikit je, tapi esoknya aku dengan lan botakkan jugak rambut qaseh walaupun rambut qaseh cantik. Nak buat mcm mana kan...ikut sunah....

Orang kata rambut baby yang asal kena buang untuk bersihkan kotor-kotoran yang kita tak nampak. Biar tumbuh rambut baru. Harap-harap rambut baru qaseh akan lebih cantik,lembut dan lurus....

Sekarang ni qaseh dah botak licin. Dia tak nagis pun masa kitaorang potong rambut dia. Cuma adalah bunyi sikit-sikit. Cukur jambul kitaorang buat kat umah mak lan kat Kg. Jawa. Mak buat kenduri dia nak g haji so, kita selitkan sekali majlis cukur jambul qaseh dengan danish (anak akak lan) Alhamdulliah semuanya berjalan lancar. Ramai gak orang datang. Mana tak ramai, mak lan AJK UMNO Bahagian Sekijang. YB Datuk Baharum dan YB Ayub pun datang. Aku belikan qaseh baju gaun warna putih. Dah macam nak kawen lak anak aku. Kawen ala-ala orang putih....

Jom tengok gambar dia....
Ni lah baju gaun qaseh...cantik tak? Cantik kan....
qaseh and family
Qaseh with Tok Mak, Ibu, Mak Long, Mak uda and Mokteh
Comel kan qaseh pakai baju ni

Sambil berdiri lak...


Haa... ni la qaseh bila dah botak... Sambil isap jari okeh.....
dan qaseh lagi sambil memaling kepala bila nak diambil gambarnya.....

28 Oktober 2009

Luahan Hati...Hanya aku je yang faham...

Hidup ni tak selalunya indah...
Kadang kala di landa gelora...gelora yang amat kuat dan tidak dapat ditahan....
Hati orang tak siapa yang tahu.Hati kita sendiri pun susah kita nak tafsir dan fahami apalagi hati orang lain ...
Dugaan datang tanpa henti....
Kita sentiasa kena hadapi dugaan itu...
Ia datang dengan pelbagai cara...
Kita tak duga bila ia akan datang dan bila ia akan berakhir....
Kenapa ini yang perlu aku tempuhi......
Walaupun cahaya datang dalam hidup ku...tapi cahaya itu tak akan selalu bersinar....
Apa yang perlu aku lakukan untuk mempertahankan cahaya itu supaya ia tidak gelap....
Aku buntu....aku buntu sekarang ni....
Semua yang berlaku aku kena tanggung sendiri...
Tak guna kalau aku kongsi dengan sesiapa pun kerana tiada siapa yang memahami....

20 Oktober 2009

Dah Mula Bekerja....Bosannye.....

Hari ni hari kelima aku bekerja. Masa hari pertama mmg bz giler.Kena ke hulu ke hilir.Penat sangat. Hari kedua aku kena g kursus penyusuan susu ibu kat segamat. Katanya kursusnya sampai petang tapi abis cepat. Sampai tengahari je. Aku tak masuk opis pun petang sbb aku dah dapat pelepasan. So, nak buat apa g keje lagi kan... Balik je aku terus g beli barang dapur dulu sbb lan balik ari nie. Qaseh aku jiran aku jaga. Nasib dia nak jagakan sbb last minit baru aku tanye kat dia. Bila g keje rasa rindu je kat qaseh...

Hari ni ada pasar minggu,aku singgah la g beli ayam dengan sayur dan keperluan tambahan yang patut. Bila lan balik baru aku rajin masak.Kalau sorang2 malas nak masak.baik beli bungkus je..
Sekarang aku dah duk umah sendiri. Tak duk umah uda lagi. Kan aku dah ada kawan so, tak la takut duk sorang...nak tau sape kawan aku..... QASEH la kawan aku. hehehehehe....kalau boring leh borak2 dengan dia.

Sekarang ni kat opis tak byk keje...Masa ari first je yg bz sikit. Now tak bz dan memboringkan..... Kalau la boleh balik umah kan bagus...Leh aku tido sbb setiap hari aku tak cukup tido...
Qaseh tak nak tido pada waktu malam sbb dia dah sedap tido masa siang... Dia nak ajak main lak...Dia tak tau ke yg ibu dia ni mengantukkk.... Erm....takpela...BERKORBAN ape sajeee...



09 Oktober 2009

SELAMAT HARI RAYA

Gambar keluarga bahagia. Aku dah pakai kebaya..Huhuhu....

Gambar bersama mak dan keluarga paksu aku. Bergambar di rumah mak yg kat serting.
Baby yang sorang lagi tu cucu sulung paksu. Baby boy yang bernama Muhammad Kahar bin Mohd Zaidi.

qaseh dan mikail. Mikail pun pakai baju biru gak.
Gambar masa raya pertama. Tema biru gelap, Baju qaseh je yang biru terang sbb cari biru gelap tak jumpa

Sory la lambat ucap Selamat Hari Raya. Dah nak abis raya baru la aku sibuk nak update blog nie... Bukannya ape,bz la dengan anak sampai takde masa nak bukak laptop. Ni pun sbb dia tido,leh la jugak menaip sikit2..
Sebelum berakhirnya raya ni nak mintak maaf la pada semua orang tak kira la aku kenal ke tak kenal ke... Sbb mulut kita ni bukannya boleh diam dari menyumpat@ mengata org kan... Orang yang kita tak kenal pun kita boleh nak ngata. So, di sini saya ingin mintak maaf zahir dan batin pada semua terutama pada orang yg baca blog ni la..

Raya tahun ni memberi makna yang besar dalam hidup aku sbb aku dah ada keluarga sendiri. Aku raya dengan suami dan anak aku. Tapi raya tahun nie jugak rasa tak berapa meriah sbb aku dgn adik beradik tak dapat kumpul sama2.Masing2 buat hal masing2. Walaupun masa raya tu aku maih dalam pantang tapi aku dah boleh makan dah lauk2 raya. Aku byk abiskan masa raya di rumah mak mentua aku. Dalam pantang aku dah g beraya umah sedara mara lan.Hehehe...langgar pantang betul kan...tapi nasibla takde ape2 yg tak elok berlaku kat aku.
Uteh pun dalam pantang juga tapi dia baru sangat so,dia duk umah jek.Raya pertama aku dengan dia jela. Uda lak raya pertama dia kat hospital ampang puteri sbb abg uda aku masuk wad. Kesian akak aku raya kat hospital. Along seperti biasa mmg tiap2 tahun tak pernah jumpa dia masa raya pertama sbb dia akan beraya di rumah mentua dia. Abg ngah aku tak sempat jumpa sbb aku dah balik uamh mak mentua aku. Lambat sangat tunggu dia. Adik aku lak Arif pun aku tak jumpa. Biasala org bujang,mana ntah dia g masa raya pertama. Oh, lupa..mak aku dia kat serting yee..aku tak ke sana masa raya pertama tapi aku g masa raya ke tujuh. Dapat la qaseh balik kampung yang jauh sikittt...
Ni la kak mawar aku (uteh) yang masih dalam pantang

Qaseh alhamdullilah sentiasa sehat. Masa raya dia tak meragam pun. Masa g beraya kat uamh sedara mara dia tido jekk... Bila dah sampai umah baru la dia menangis nak susu. Qaseh ni dengar kata.Sebelum g beraya aku dah bisik kat dia jgn supaya jgn nakal. Qaseh pun dah semakin membesar dan dah makin gomok..aku dah tak larat nak dukung dia lama2.
Qaseh mmg suka senyum dan qaseh ni peramah orgnya

Comel tak qaseh pakai topi
Gomok tak qaseh.Geram tengok pipi dia kan...
Qaseh mengantuk masa ni.Tu yang muka dia serius je....
Sekarang ni aku dah abis pantang dah. Minggu depan dah mula keje... Aduh... malas tul la. Naik je keje dah kena buat 3 program. Masa aku cuti lama takde pulak kena buat program. Letih la aku. Sekarang ni aku tengah pening nak cari org nak jaga qaseh nanti...Ikut kan hati nak berhenti je keje. Yela,kesian anak aku.ssh nak percaya kat org jaga anak aku. Kalau boleh aku nak je jaga sendiri biar dia membesar depan mata aku tapi ape kan daya,kalau aku berhenti sape lak nak bayar segala hutang piutang...Ermmmm..
Ni gambar aku lepas abis pantang
Hari ni lan balik dan aku akan balik ke rumah aku. Esk lan kata nak g Jb, Pejabat dia buat jamuan raya.Jauh la qaseh berjalan esk..
Related Posts with Thumbnails

ads by nuffnang