Seri Qaseh Nazirah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Muhammad Haikal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Pemergianmu dirindui

Lilypie Angel and Memorial tickers

Nuffnang

Memaparkan catatan dengan label baby izz sakit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label baby izz sakit. Papar semua catatan

02 Oktober 2012

Kisah Izz di Batu Pahat

4 april 2012 - Sampai2 hospital batu pahat terus masuk ke wad kecemasan... dengan aku2 sekali masuk sbb aku pun kena duk kat katil pesakit tu... Masa tu izz diam je.. tak nmpk pun macam dia sakit... masuk sana terus sambung pakai oksigen.. Doc tanye2 la aku n aku jawab jela.. tp doc kt kecemasan tu mungkin tak tau sgt pasal budak so dia panggil doc kanak2.. turun la doc cina lelaki nama dia doc Tan.

Mula2 keadaan tak kelam kabut sgt tp bila doc kanak2 tu dah turun terus macam kelam kabut.. aku dh kena turun katil dh... diorg nk amik darah izz dan nak masukkan drip tp xdpt2 urat... masa tu aku dgr je la izz nagis.. tuhan je yg tahu macam mana perasaan aku masa tu tp aku buat biasa je... sbb aku mmg tau urat izz mmg susah dpt.. Last2 abis semua doc kanak2 turun.. sampaikan doc pakar dia yg turun.. 


Tengokla sampai 4 orang doc mengerjakan seorang budak...

Lepas tu aku kena keluar sbb doc xnk aku tgk kot... xtau la dia nak buat mcm mana kan.. tp aku lebih rela tgk dari aku duk luar.. tp dh arahan kan... ikut je la.. 


Uda mmg ada kt luar so, aku duk dengan dia la.. uda tanye aku tp aku xtau nk ckp apa.. aku cuma bgtau yg doc tgh cari urat izz je la.. Mmg tak tenang aku duk luar tu.. Lama pulak tu... 
Pastu doc yg pakar pun keluar terus pegang peluk bahu aku... dia tanye2 la pastu dia bgtau keadaan izz mmg kritikal... diorg terpaksa pengsankan izz utk dapatkan urat sbb kalau tak izz menangis je kan.. Yang terakhir diorg dapat kat kepala.. Doc ajak g naik atas sbb izz akan dihantar ke SCN... aku pun tgu la kt pintu tgu izz keluar dari kecemasan..  Mmg laju doc2 tu tolak dia.. aku tgk keadaan dia terus aku menagis... Dia masa tu dalam keadaan tido la.. 

Bila naik atas aku je yg boleh masuk SCN tu.. uda tak leh masuk.. Masa tu pun aku tak leh tgk sbb doc nk masukkan oksigen yg dalam mulut tu.. last2 aku keluar duk dengan uda.. Benda ni semua satu kejutan buat aku.. Aku pergi BP tu bukanla dalam keadaan yg tergesa-gesa sbb anak aku sakit.. kitorg leh relax2 je.. tp bila mcm ni aku jadi takut.. Takut dengan segala kemungkinan... 



Macam ni keadaan izz masa kat SCN.. Tiub masuk dlm mulut supaya oksigen terus ke paru2 dia.. Dia mmg kekurangan oksigen sangat2.. Rambut izz dicukur utk nmpkkan urat kat kepala dia. Dan kat situla tempat terakhir yang doc dapat.
Susah aku nak terima tapi ini la hakikatnya... 



Gambar2 ni aku dah pernah tunjuk kat FB.. tp kat fb xleh buat kenangan macam kat blog ni kan...
Masa ni semua kawan2 fb tau yg anak aku sakit dan aku nak ucapkan byk2 terima kasih kat korang semua sbb sudi doakan utk izz masa ni... 

Mak,uteh,uda, anak2 buah datang tp kesian kat diorg sbb diorg takleh tgk izz. Hanya ibu bapa je yg leh masuk kan.. Nasib aku ada amik gambar curik2 jadi aku tunjuk gambar je la kat diorg..  
Keluarga aku mmg bnyk bagi aku kekuatan dan sokongan utk aku terus hadapi dugaan ini...

Ayah dengan qaseh masa datang sini. Aku mmg tinggal kat hospital ni. Tapi bukan la duk dengan izz. Aku tumpang wad 1. Nak ikutkan xleh. Tempat tu utk ibu2 yg baru bersalin, yg anak2 diorg kena kuning je.. Tapi sbb doc memahami keadaan aku yg takde sedara mara kat bp dan nk ulang alik pun jauh, dia bgla aku tumpang. Tu pun nasib baik ada kosong. 

Hospital tu dah jadi mcm rumah aku dah.. orang sebelah2 katil silih berganti,aku je yang setia jadi penghuni. Setiap hari aku naik SCN tgk izz. aku perah susu sbb izz masih menyusu badan. Doc bg dia susu guna tiub je la.. Dia pun mmg sentiasa tido sbb sentiasa diberikan ubat tido supaya dia tak lawan mesin. Setting mesin semua tinggi2...

Walaupun hari2 aku g tgk izz tapi aku tetap rindukan dia.. Yela sbb aku tak leh dukung dia. Tak leh dengar suara dia.. Hanya boleh tgk dia je... Setiap hari lan dengan qaseh akan datang. Bawa baju bersih dan aku bg dia baju kotor. tu la rutin kitorg. Bila dia dtg aku main2 dgn qaseh,dia g tgk izz. sbb qaseh tak leh masuk. Kadang2 tu selang2 jugak la dia dtg. Yela dengan duit minyak lg. Duit belanja lg, duit mkn lg.. Bukannya dekat kan.. Tp alhamdulillah, setipa org yg datang melawat masing2 ada bg sumbangan.. Walaupun diorg hanya dpt tgk aku je masa diorg datang tp dia sudi jugak datang. Sebenarnya tu la penguat aku. Diorg bg semangat kat aku. 

Keadaan izz masih sama je walaupun dah seminggu berlalu. Doc masih tak dpt tau kuman apa yg ada kt paru2 izz. Doc juga ada hantar darah izz ke HKL utk cek imun dalam badan dia. Keputusannya mmg masa tu imun dia kurang@takde.. Doc tafsirkan mungkin masa tu sbb dia tgh sakit. Macam2 doc dh cuba tp tetap xtau kuman apa. Sampai pening kepala doc tu. Aku lagila tak tau apa2...

Last2 doc dpt tau yg izz kena jangkitan pertussis (batuk kokol). Mmg izz ada batuk2 dan batuk dia mmg tak baik2 walaupun dh mcm2 antibody doc bg. Orang cina kata ni sakit batuk 100 hari. Bila dh tau dah semua keluarga pulak kena cek sbb nak tau dia dpt penyakit tu dari mana. Macam aku kena soal dengan org pejabat kesihatan Batu Pahat. Aku bgtaula kat umah aku xde pun org batuk. Takut jugak puncanya kat hospital segamat yg izz pernah masuk sebelum ni kan... His.. mcm2 la... 


bersambung.....




03 September 2012

Teman Pengganti Black & Malique



Suka dengar lagu ni... Masa mula2 dengar dah terusik hati..masa tu faham lirik yg black nyanyi je.. Melodi dia pun syahdu je.. Dengar kat radio tak jelas dengar lirik hiphop tu.. So, hari ni aku bukak youtube yg ada lirik sekali... Baru la faham jalan cerita lagu ni...
Sedih sbb aku membayangkan kalau aku yg mati...
Lagu ni juga buat aku teringatkan arwah baby izz...

Soryla sbb aku tak update2 lagi cerita pasal arwah.. byk kekuatan yg aku perlukan... skrg ni pun bila tulis je nama arwah air mata ku dah mengalir dah...

Aku nak cerita detail semua, kalau boleh xnk ada yg tertinggal pun sebab entry ni nnt akan aku jadikan kenangan... aku xnk lupakan setiap saat aku dengan dia.. Kalau nnt aku terlupa, aku boleh baca semula kat sini... tp tula, skrg belum masanya lagi utk aku bercerita..

26 Ogos lepas adik kak filla telah pergi ke rahmatullah secara mengejut... sedih bila baca entry dia...
Umur adik dia baru 28 tahun.. Aku silent reader blog dia je.. aku faham apa yg dia rasa sbb dugaan aku dengan dia sama je.. kehilangan orang yg tersayang... aku hilang anak, dia hilang adik, aku tau bila anak aku akan pergi tp dia tak tau... dugaan yg kami hadapi maha hebat... walaupun tak boleh nak terima tp kami harus redha dengan kehendakNya...

Ayat permulaan dalam entry kak filla sama la mcm apa yg aku rasa bila nk bercerita tentang arwah izz...
"Tak tau nak mulakan dari mana.. ayat apa... nak tulis apa.... aku nak jadikan entry ni sebagai kenangan untuk aku luahkan isi hati yang tak tau nak cakap cemana.. kadang kosong.. kadang keliru..."

Semoga kami sentiasa tabah.. Al-fatihah untuk Baby Izz Muhammad Nazreen dan Mohd Shafiq bin Ibrahim.. Semoga mereka tenang di sana...



29 Ogos 2012

sambungan cerita anak sakit...

 Sebelum ni aku baru cerita sikit je pasal baby izz sakit... cerita yang sebelum ni kalau nak baca clik kat pautan ni eh... cerita masa first baby izz sakit... Yang ni aku buat sambungannya... nak refresh balik otak untuk ingat semua cerita... sebelum semuanya terhapus begitu saje...

Lepas masuk wad duk kat katil jap pastu terus nurse panggil g bilik rawatan sbb nak cucuk dia.. Nak amik darah nak nak masukkan drip..
Masa ni aku masuk sekali... Ya Allah..aku rasa ada dalam 15 kali cucuk tp xdapat2 jugak nak masukkan drip.. Darah dah dpt amik dah.. Kesian aku tgk anak aku... Last2 aku ckp dgn nurse xyahla cucuk lagi.. nurse2 pun kesian nak cucuk dia lagi.. Lagipun aku ckp dgn nurse dia masih boleh hisap susu lagi.. Lainla kalau dia xminum langsungkan.. Last2 xyahla masukkan air dlm badan dia..tp aku kena sentiasa susu kan dia. Ubat pun bg ubat yg guna mulut je... Selama 5 hari aku duk kat hospital tu... Demam dia dah ok dah lepas bg ubat demam.. Hari ke 3 bisul dia dah pecah.. Bila keluarkan bisul yg paling besar tu elok je seketul keluar.. Tak pecah,tak keluar nanah pun.. dia macam berbuku.. Puas jugakla doc pakar tu nk mengorek keluar.. Doc kata dia nak hantar benda tu ke makmal utk tau tu bisul biasa ke atau benda2 lain. Dia kena hantar ke hospital Muar.. tp sampai sekarang aku xtau apa pun benda tu.. Rasanya bisul biasa je..

Bila demam dah baik izz kena selsema pulak.. bila dah kena selsema barula doc pindahkan kami ke bilik sebelah yg xramai pesakit.. Kesian hidung dia tersumbat.. Nafas berbunyi..pastu asyik kena sedut je.. Hari ke 4 kena batuk pulak.. lagi la selalu kena sedut kahak dia.. Sian sangat kat dia.. Bila dah hari ke 5 tu aku minta balik.. Aku ckp dengan doc yg aku nak balik sbb anak aku makin sakit duk kat hospital ni, bukan makin baik.. Akhirnya kami dapat balik. Selsema dia dah ok skit tp batuk dia xelok2...

Aku duk kat hospital dari 19 mac - 23 mac. 26 Mac ada appoiment kat klinik hospital tu pulak.. Aku pergila dengan mak aku.. Masa tu izz belum sihat batuk lagi.. Batuk dia makin teruk..  Masa jumpa doc aku ckp xde apa2 ubat ke sbb dia batuk teruk.., doc kata baby xde ubat..Nanti dia baik sendiri... Dia cuma bg ubat titik utk cairkan kahak je..

Bila kat rumah izz mmg tak aktif macam biasa,. Seminggu jugakla kat rumah tp dia masih xsihat betul2 lagi.. Bila dia batuk kesian aku tgk... Batuk yg berpanjangan.. Dlm masa seminggu tu aku tak duk diam je.. Aku bawa dia g klinik swasta.. Doc ada bg ubat.. Aku bgla dia ubat tu.. Selsema dia baik cuma batuk gak yg tak baik... Aku pergi juga berubat kampung.. Amik tangkal... 4 tempat aku pergi tapi xbaik2 gak.. Ada 1 tempat yg aku g kat rengit dia kata anak aku kena seman mayat...Masalahnya aku takde pun pergi tgk org meninggal sepanjang aku mengandung dan sepanjang aku berpantang... Entahla.. aku mandikan baby dgn air yg dia bg n bg minum pun tak elok2 gak...

4 april uda ajak aku g klinik pakar kanak2 kat batu pahat.. Mula2 aku berat hati nak g sbb takut kos nya aku xmampu nnt.. Tp akak aku kata jgn pk pasal tu.. Dia yg uruskan.. So, aku ikutkan je la.. Yela dah lama izz sakit tak baik2 n dah mcm2 tempat bawa.. Tu yg dia ajak aku g sana.. Lagipun muka izz pucat je.. tak aktif macam biasa....

So, tghari aku pun g la batu pahat.. Pergi England Child Specialist Clinic...

Ni kad kliniknya...
 Masuk je sana doc tgk je izz sambil tanya2 aku apa sakit dia terus doc kata dia kritikal.. Dia cek dada,tgk pernafasan,tgk muka izz yg pucat dia kata baby serius.. Rupanya muka pucat sbb kurang oksigen.. Ya Allah, terkejut aku dengar bila doc kata dia kritikal sbb masa dalam keta dia ok je.. Siap menyusu lagi.. Doc terus bg oksigen kat izz.. Doc tu nmpk risau sangat... Dia suh kitorg g hospital cepat.. Tp disebabkan kitorg tak tau hospital Batu pahat kat mana, dia call ambulans suruh datang sana. Sementara tunggu ambulans izz guna je oksigen sbb oksigen xleh lepas dari dia.. Bila pakai oksigen tu barula bibir izz nmpk merah....

Mcm ni la masa masukkan gas.. tapi ni masa kat hospital segamat..

 Doc kata nasib baik bawa cepat... Kalau lambat xtaula apa jadi.. aku masa tu terdiam je.. Berkecamuk otak aku mcm2 pikir...  Bila ambulans sampai terus g hospital batu pahat.. Dalam ambulans pun izz dipakaikan oksigen juga... Ada tanye doc boleh tak kalau nak pergi hospital swasta tp doc kata dalam keadaan kritikal mcm ni takut swasta tak nak terima. Lagipun dalam kes mcm ni lebih elok bawa ke kerajaan... So, ikutla cakap doc tu kan...

bersambung......
















Related Posts with Thumbnails

ads by nuffnang