Seri Qaseh Nazirah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Muhammad Haikal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Pemergianmu dirindui

Lilypie Angel and Memorial tickers

Nuffnang

Memaparkan catatan dengan label qaseh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label qaseh. Papar semua catatan

08 September 2012

Qaseh segala-galanya bagiku... Arwah baby izz sentiasa dirindui...

Ye... sekarang diala segala-galanya bagi aku... Dia dah tak perlu berkongsi kasih lagi... Sejak arwah baby izz lahir, aku xbanyak abiskan masa dengan dia... qaseh byk manja dengan ayah je... sebab ibu dah sibuk dengan adik...

Masa tu qaseh seolah-olah memahami yg ibu perlu jaga adik dan lebihkan masa dengan adik.. kadang2 aku perasan yg dia tgk je aku cium2 adik dia,main2 dgn adik dia, tp aku takde pun pegang dia.. Bila aku panggil dia terus dia lari pergi main dengan org lain...

Qaseh pernah cakap mcm ni... :

"Ibu jaga adik, ayah jaga aceh"

Sebenarnya dia xnak susahkan aku.. dia nak berlaku adil tp kerana dia sgt memahamila yg membuatkan aku lupa untuk memberikan kasih sayang aku pada dia...

Masa tu aku x fikir pun yg dia ada terasa hati ke x, tp bila kadang2 dia menagis tanpa sbb sebenarnya dia nakkan perhatian dari aku.... tp aku marah2 dia... aku xpernah nak faham apa yg dia rasa.. baru sekarang aku faham.... walaupun aku selalu marah dia, ucapan "sayang ibu" tak pernah lepas dari mulut dia... Kalau aku tak balas balik dengan kata "sayang aceh" nnt dia akan tanya, " ibu tak sayang aceh ke?" ermm... cepat2 aku akan cakap yg aku sayangg dia...

Bila arwah izz sakit, aku banyak abiskan masa dekat hospital... sekali lagi aku abaikan qaseh.. Dia hanya rapat dengan ayah dia je... Dugaan yg aku hadapi sebenarnya qaseh pun rasai...  Cuma dia kecik lagi, dia tak pandai nak luahkan... mungkin dia luahkannya dengan tangisan tp aku yg tak mengerti...

Qaseh sekali lagi memahami yg adik dia lebih memerlukan ibu... Sampaikan bila aku balik rumah kejap pun dia akan tanya, "ibu tak jaga adik ke? sian adik sorang2..." Bila dia ckp mcm tu tersentuh hati aku ni... Dia sayangkan adik dia tp dia xdapat byk abiskan masa bersama adik dia....

Qaseh tak pernah tunjukkan perasaan cemburu dia pada adik dia.. dia tahu yg dia dah jadi kakak...
bila dia dekat dengan adik dia, dia akan cium,peluk... tapi sekarang semuanya dah takde lagi....

Kini, aku perlu membayar hutang2 aku terhadap qaseh iaitu KASIH SAYANG....
Aku akan berikan dia kasih sayang yang banyak kerana aku hanya tertumpu pada dia sahaja.

Aku pernah tanya qaseh, "qaseh nak adik lagi x?" dia kata dia nak... Dia tak pernah pun cemburu bila ada orang lain yang ingin berkongsi kasih dengan dia kerana dia mahukan kawan.. sbb tu la aku kesian tgk dia main sorang2...

Insyaallah,kalau ada rezeki tak kemana... hanya tuhan yg tahu apa yg terbaik untuk aku dan keluarga aku...

Walaupun rasa duka masih ada tp kebahagian tetap dirasai... aku bersyukur kerana mempunyai keluarga yg sangat memahami... Mereka sentiasa berusaha untuk buat aku gembira... Walaupun gembira tetapi ingatan pada arwah tetap tidak aku lupakan... Aku takut bila org tgk aku sentiasa ketawa org akan fikir yg aku dah lupakan dia...org akan fikir yg aku tak pernah sedih,... percayala...dalam hati ini hanya tuhan saje yg tahu apa sebenarnya yg aku rasai...

Ini la hikmahnya... hikmahnya keluarga aku sentiasa bersatu... kebahagiaan yg aku rasa sekarang lebih daru dulu... Tiba2 aku rasa bebas... Bebas untuk buat apa saja dengan anak dara aku ni...

Aku beruntung kerana dapat anak2 yg sentiasa memahami... qaseh memahami yg aku akan sedih bila bertanyakan tentang arwah izz dan dia tak pernah tanya aku adik mana... Aku je yg sering tanya dia " qaseh, adik mana?" nanti dia katala, adik dah meninggal.. adik masuk syurga...
Dia tak pernah menagis pun bila bercerita pasal arwah... sbb dia xnak aku sedih  kot...

Arwah izz juga sebenarnya memahami ibu dia... dia xnak susahkan ibu dia, xnak aku sentiasa sedih kerana dia, xnak aku penat untuk dia, xnak aku sentiasa risaukan keadaan dia, xnak keje aku terjejas kerana dia... Sebab tu la dia pergi...... pergi bersama penderitaan dan kesakitan. supaya dia tak rasa menderita untuk menangguh kesakitan... Tgk dia sakit,aku pun akan rasa sakit juga. Jadi, inilah yang terbaik untuk kami semua.. Walaupun berat untuk dihadapi tp ini la hakikatnya... Arwah izz sayang kan aku sbb tu dia xnak susahkan aku...

Aku tahu dia bahagia dia sana.. dia dijaga dengan baik di sana dan mungkin tidak sebaik aku disini.. Tuhan pinjamkan dia sekejap je untuk aku.. Sekurang2nya aku dah ada anak lelaki... dan dia akan menunggu ku di pintu syurga... itulah saham yg paling berharga yg aku ada... saham akhirat...
Bukan mudah untuk dapatkan saham seperti ini kerana ia memerlukan kedukaan dan kesedihan... memerlukan kekuatan mental dan emosi untuk melalui semuanya... Alhamdulillah aku berjaya mengharunginya walaupun kadang kala aku tewas dengan perasaan sendiri...

Aku sentiasa berdoa agar aku menjadi insan yg lebih tabah dan agar tuhan limpa ruahkan la rezeki aku dan keluargaku... aku perlu kuat untuk meneruskan hidup kerana hidup hanya sekali je.... ianya harus diteruskan dan dinikmati kerana bila aku dah mati, aku akan tinggalkan orang2 yg aku sayang.... apa yg aku buat sekarang ni tak dapat nak aku ulangi...

Qaseh.... ibu nak qaseh tahu yang ibu sentiasa sayangkan qaseh... ibu nak qaseh jadi anak yg baik, beriman, anak yg solehah pandai,cerdik,cergas dan berjaya dalam hidup... bukan senang nak lalui hidup ini kerana byk rintangan dan dugaan yg harus kita tempuh....
Ibu harap qaseh tak pernah lupa yg qaseh pernah mempunyai adik lelaki yg bernama Izz Muhammad Nazreen. Selalu doakan untuk adik dah sedekahkan al-fatihah untuk dia ye sayang...

Suatu hari nanti qaseh pasti akan baca entry ibu ni.... Maaf kalau tulisan ibu ni ada membuatkan air mata qaseh mengalir kerana ketika ibu menulis ni pun air mata ibu sentiasa menitik....

Salam sayang dari ibu....


Al-fatihah untuk adik izz....



11 November 2011

Konvokesyen Qaseh.... (berangan je)

Dah hujung2 tahun nie TABIKA dan TASKA adala buat penyampaian sijil pada kanak-kanak kira mcm konvokesyenla kan.... Penyampaian sijil nie untuk kanak-kanak 6 tahun je utk TABIKA dan 4 tahun utk TASKA. Siap pakai jubah dengan topi mcm budak U la..... Utk parlimen labis nie penyampaiannya akan diadakan pada 12/11/2011 bersamaan dengan hari Sabtu iaitu esok....

Selain penyampaian sijil tu adalah acara2 lain sekali... budak2 ada buat persembahan.....
Qaseh kan baru 2 tahun jadi dia tak terlibatlah dengan penyampaian sijil tu... Ada lagi 2 tahun masa dia kat taska tu...hehehehe.... Tapi oleh kerana omak dia ni nak jugak tengok anak dia pakai jubah konvo tu, aku pakaikan qaseh jubah tu semalam masa cikgu dia tengah siap2kan jubah tu utk esk....

Jom tengok qaseh dengan jubah jom.....



 hehehehe...comel tak budak kecik nie....

 Susah no nak pandang kamera.... terkaku je dia bila pakai jubah nie....

Orang suruh buat peace dia g angkat tangan mcm nak baca ikrar pulak..... qaseh....qaseh....

 Ni qaseh dengan naim, anak sedara nurul.... Mula2 naim yang amik gambar dulu pastu aku suruh qaseh pakai sekali.....hhehehe... naim dah 4 tahun mmg dia akan amik sijil esk.... qaseh saje2 je... nak tunggu 2 tahun lagi lambat sangat......

Masa nak pakai kan dia baju dengan topi... Cikgu dia la yang pakaikan... ibu dia amik gambar je...
Dah petang dah masa nie... time nak balik leh pulak bergambar2 bagai.....


Tu je gambar yang ada...tak banyak pun..... Comel kan tgk budak2 pakai jubah tu..... Lepas ni TASKA ada nak buat hari keluarga kat Melaka. Kat resort klebang... Insyaallah aku akan bawa qaseh pergi... Tarikhnya dijangka 27 n 28 nov nie. Selagi boleh jalan kita jalan ye qaseh... nnt dah ada baby sudah nak langkah panjang....hehehehehe..... cuma yang tak bestnya ayah qaseh tak jon sama hari keluarga tu... Dia ada keje luar pulak...erm.....



20 Oktober 2011

Qaseh Naik Keretapi

Pagi tadi Taska qaseh bawa budak2 naik keretapi... tak jauh pun g segamat je...
Saje nak bg budak2 merasa naik ketapi kan... Bukan semua budak dah pernah naik...qaseh pun tadi la baru first time naik... Seronok dia sampai tak reti duk diam.. mmg memerlukan banyak kesabaran...


Dari sekolah naik bas ke stesen ketapi. Kol 10.30 bertolak. Dekat kol 11.00 ketapi pun sampai...
Budak2 punyela tak sabar sehingga semua org dewasa yg ada perlu hadang...
Tp budak2 ni nasib la ok jugak.. boleh dengar kata lagi la... Qaseh tu pun nasib ibu dia ikut sama.. Kalau tak mesti pening cikgu dia sbb diala tak paling tak reti duk diam...


Sampai segamat lebih kurang nak dekat kol 12.00tgh. Bas dah siap tunggu dah... Bergambar2 jap pastu terus naik bas... Dalam bas pun qaseh tak reti duk diam jugak.. Dah la nak duduk belakang sekali.. Ibu dia pun kenala duk belakang jugak.. Bila dah duduk dalam bas punyela mata ni rasa berat je..Rasa nak tido.. Ajak qaseh tido dia tak nak pulak.. Asyik nak berjalan jee... bila jatuh tau pulak nagis...


Bila dah sampai sekolah semua qaseh boleh tak nak turun... Bila cikgu dia kata esok naik bas lagi barula dia turun tu pun sebelumnya dia nagis dulu... Susah gak... MMG PERLU SABAR.....


Hari ni takde gambar. Tak sempat nak masukkan gambar sbb jap lagi nak g program kat chaah.
Esk baru upload gambar yee... Lagi pun takde kamera sendiri ni susah... Hati ni rasa nak g kedai kamera sekarang jugakkkk....


18 Oktober 2011

Nyanyian Qaseh....

Dengarkanla nyanyian merdu dari seri qaseh nazirah...pppwwwiitt....


Best tak?.... mmg tak sedar anak dah besar dah... Lepas ni boleh jadi penyanyi...cepat mak ko ni kayo...hahahaha....


Qaseh Kembali...:)

Hari ni ada masa terluang sikit, so aku nak manfaatkannya dengan update blog...

Kali ni update siap ada gambar... korang mesti rindu kat qaseh kan..... Anak dara tu dah besar dah sekarang... Mulut dia asyik membebel je... Sekarang pun dia suka menyanyi.. Kat Taska kan banyak menyanyi kan... kat rumah dia test suara dia la... Ada yang ibu dia ni faham ada yang tak faham...hahahha....

bergambar guna nset ibu so gambar nya tak berapa nak cantik... walau apa pun anak ibu tetap comel...hikhikhik
First bagi gambar dia menjeling dulu...hehehe... garang tau anak dara nie... masa ni kat kedai makan... Qaseh sekarang selalu ikat rambut sbb rambut dia dah panjang sikit kan.... Kalau tak ikat nmpk berserabut je... Nak gunting sayang pulak sbb ibu nak biar rambut dia panjang.... Dia pun tak kisah kalau kita ikat.. dia diam je... Kalau dia tak suka di ikat rambut mmg kena kerat la jawabnya...



Antara fesyen rambut yang ibu ikatkan... Pagi2 kalau sempat mmg ikat rambut dia... Kalau tak sempat sikat ke belakang je la....






 Budak manja... Kalau ibu datang taska dia je mesti nak peluk2.. kawan2 lain jeles je.... (agaknya la)...

Kalau suruh senyum bila org nak ambil gambar, mesti dia akan nak pejamkan mata dia... tak faham betul....

 Ni gambar malam tadi... suruh senyum je mesti pejam mata....

 Ni gambar bila pulak ni...terselit pulak dia... layan je la... yee.. aku pun tak ingat masa bila gambar ni.


 Ni gambar bape bulan lepas ntah... Masa ni qaseh mmg tak nak bergambar sbb tu muka masam je...

 Kalau dia tak nak mmg dia tak senyum tp yg bagusnya dia tetap pandang kamera.... Baru lepas mandi,muka comot dengan bedak...
Ce tengok muka ibu dia..teruk kan... Banyak bintik2.... erm..redooo....

Qaseh tengah menyanyi sebenarnya ni... Malam tadi ibu dengan qaseh main tangkap2 gambar dan rakam gambar... Ibu suruh qaseh nyanyi pastu ibu rakam.. banyak gak dia lagu yg dia nyanyi... Nanti kalau sempat ibu download nyanyian qaseh tu eh... mana tau boleh masuk recording ke... Hehehehe....


Ok...sikit2 dulu ye.... Nanti i update lagi.....


10 Mac 2011

GUNTING RAMBUT

Tiba-tiba terjumpa video masa qaseh gunting rambut tahun lepas...
Ala yang muka dia terus jadi muka amoi lepas gunting rambut tu....
Bila dah jumpa harusla diabadikan dalam blog kan....
hehehehehehe....


Qaseh diam je masa nie.... baik sungguh...
kalau sekarang tak taula macam mana...

02 Mac 2011

Kemanjaannya terserlah....

Kalau dah ada anak mestila citer pasal anak je kan....
Kalau nak citer pasal diri sendiri sape je nak baca.....
Gelagat budak2 ni kan comel je walaupun kadang kala menyakitkan hati...hikhikhik...

masa ni kat BP Mall.... Lepas2 pilihanraya yang sibuk keje sampai terlupa ada anak, so bila dah cuti bawala anak g jalan2.... tu pun mengambil masa yang lama untuk bercuti sbb ayah qaseh pulak bz...kan banjir kan....bila bab bencana alam ni dia punye keje la pulak....

kami makan kat chiken rice shop... rindu pulak nak makan kat sini..... sampai2 terus makan dulu sbb dah lapar sangat....hehehe...
mula qaseh ayu je berbaju gaun, lepas mkn je terus tukar baju sbb abis kotor... dia sekarang ni nak makan sendiri jek... taknak suap2 lagi dah... jadi biar jela dia mkn sendiri... lepas tu abis terabur nasi kat bawa meja... nasib la ye....

bila nampak air, dia sibuk nak air tu tapi bukan nak minum, nak main2 je... aku malas nak layan... ayah dia la yang layan dia... ayah kan manja kan qaseh....

gambar makanan tak snap... sampai je makanan terus ngap....hahaha...


Bila dah kenyang baru la boleh teruskan perjalanan....hahaha... nampak tak baju qaseh dah bertukar...
terus pakai jeans.... tempat ni mmg wajib pergi utk menghiburkan hati si kecil nie....

suka qaseh dapat main mainan nie... kat sini ada la shoping2 sikit... aku sambar kasut 1.Nak cari handbeg tak jumpa yang berkenan pulak....

Bab lentok2 kepala serah pada qaseh... asal nak amik gambar je mesti lentokkan kepala....
ikut sape ntah...hehehe....

tu jela yang dapat dikongsikan.... semuanya citer yang dah berzaman baru terhegeh2 nak update....
biasala...asyik jenguk blog orang je sampai lupa kat blog sendiri....hikhikhik....

Ok...have fun...

16 Februari 2011

1 Tahun 6 Bulan

Setahun 6 bulan tu umur anak aku...
Kejap je qaseh dah besar....
Pagi tadi bawa dia g klinik... dah tarikhnya dia kena timbang n kena injek...
Berat qaseh tadi 10.2 kg. berat dia mmg sentiasa naik...
nurse kata draf dia cantik je....
Biasala...sape yang jaga kan...

Pada usia sebegini qaseh dah boleh dijadikan kawan dah...
Dia dah faham apa orang cakap cuma bila dia cakap balik tu tak berapa nak faham la...
Kalau kita cakap dia akan ikut....
Sekarang ni qaseh jadi tukang amik barang aku....
kejap2 aku suruh amikkan remote tv la... Amikkan nsetla..amik bedak...
Kalau dia tak faham apa benda yang kena amik tu aku akan tunjuk benda sampai la dia tahu
apa yang aku maksudkan... Konon  nak ajar anak tapi sebenarnya maknya malas nak bangun...hehehe...

Sampai sekarang qaseh masih menyusu badan lagi... Ntah bila dia nak berhenti ntah....
Dia dah tak nak sangat minum susu tepung... Kalau budak lain laju je minumkan tapi dia buat
separuh botol pun susah nak abiskan... Geram je aku... Bukan ke membazir namanya...

Gaya posing dia jangan cakap la... Tak tau sape yang ajar dia berposing.
Asal suruh senyum je mula la lentokkan kepala....
Geram je... rasa nak kisss banyak-banyak....

Ayah qaseh dah banyak luangkan masa untuk anak dia...
Bila time cuti dia yang banyak menguruskan qaseh...mandikan,bg makan dll.....
Dia dari dulu sampai sekarang sentiasa manjakan anak dia....
Aku pulak dah macam singa betina bila dia mengada-ngada....
Tapi qaseh tak banyak meragam.... Dia kan anak yang baik...

Lepas ni qaseh takkan di injek lagi... semua injeksen dia dah amik...
Lepas ni kalau g klinik hanya timbang je la.... 3 bulan lagi baru g klinik....
Tadi sebelum g keje aku dengan lan bawa dia g klinik dulu.
Dia tak reti diam... asyik berjalan ke sana sini je... Kejap masuk bilik nurse ni, kejap masuk bilik sana...
Sampai ada nurse kata "tak sabar nak kena chek ke?" hehehe....

Bila dah tiba masa dia pulak masuk bilik nurse...pun tak reti duk diam jugak...
hehehe...anak sape la kan... takpe...dia saje la tu nak tunjukkan yang dia aktif depan nurse... ceh..ceh..ceh...
Lepas tu masuk lak bilik injek... mula2 ok je... Nurse suruh aku peluk dia...
Dia tak reti diam... pastu tiba nurse datang nak cucuk nasib dia diam...
Bila jarum dah cucuk je kat lengan, dia menangis...sian qaseh....
Kalau aku pun nagis kot...hehehe...bila dah lama tak kena injet ni takut lak kalau nak kena cucuk...
Masa ngadung dulu sampai tak heran nak kena cucuk...mcm dah kebal je...
Tapi oleh kerana qaseh kuat, dia nagis kejap je....
Pastu tak reti duk diam semula... jalan sana-sini... mcm takde ape je yg berlaku...
hehehe... qaseh...qaseh....


Apa-apa pun...semoga hari yang mendatang akan mudah ditempuhi dan
hari2 yang berlalu merupakan satu kenagan yang abadi....

17 Ogos 2010

qaseh kena cucuk

Hai hai hai....

Ape kabo semua... puasa tak ari nie... Jgn ponteng tau.... tak baik...berdosa...

Hari nie aku nak bercerita tentang qaseh yang kena cucuk...hehehehhe
Sian kat budak kan... asyik kena cucuk je... Tapi mak budak kesian jugak.. Masa ngandung dulu lagi banyak kali kena cucuk....huhuhuhu...

Hari nie aku bawa qaseh g klinik sempena umur dia setahun.... So, tibala masanya berjumpa dengan nurse....
Patutnya tarikh dia g klinik esk...tapi esk aku takde, ada meting lak kat JB so aku g la hari nie...
Lan pun ikut sekali g klinik... Kami berdua masuk opis lambat la tadi...

Macam biasa qaseh susah nak bangun pagi.... ada masa dia bangun sendiri, ada masa dia ngada2 tak nak bangun...Bila ayah dia geletek dia barula dia bangun sambil gelak2....
Macam2 la qaseh nie... macam tau2 je nak kena injet, tu yg tak nak bangun tu...


Dalam perjalanan ke klinik... Ala, klinik bukan jauh pun....dekat sangat dengan rumah... Tapi tetap kena g naik kereta.... Kan puasa nie... Kalau byk jalan balik kang terminum air pulak...hehehehehhe...

Sesudah sampai klinik kena tunggu beberapa minit... Nasib tak ramai orang... Kalau tak jenguhla nak menunggu...

Bila nama Qaseh dah dipanggil, boleh pulak qaseh berak... Aduh... dah la nak kena bukak baju, bukak pampers kan... Bila dia berak kan leceh kan... Memang menguji kesabaran... Tapi nasib baik ibu dia yang bijak lagi cekap ni bawa pampers dan tisu basah... So, sebelum timbang, cucila berak dia dulu... Dan nasib baik jugak nurse tu okey dia... Kalau dia marah2, aku balik je terus...hahahahaha....

Lepas je dah bersih semua, aku bukala baju2 qaseh... naikla dia diatas penimbang...
Nak tau berat dia bape?  erm... sikit sangat naiknya... berat dia 8.7kg je... Aku bayangkan dah nak 10 kg dah...Berat sebelum ni 8.64kg. Korang kirala bape je berat dia naik.
Ukuran kepala - 45cm
Ukuran dada - 44cm
Tinggi - 74cm

timbang berat
Masa ni dah siap pakaikan dia baju... Saje dudukkan dia semula kat penimbang tu... bila timbangkan lagi siap dengan baju, kasut pampers semua, berat dia 9 kg...
hehehehehehe.... aku yg tak puas hati kenapa berat dia naik sikit....

Dah siap jawab2 soalan terus masuk ke bilik injet....

Jeng...jeng...jeng....








Get ready utk diinjet ye.... qaseh tak reti duk diam... risau je bila time nurse nak cucuk nnt....






tu dia.... nasib time nurse nak cucuk tu dia diam je.... aku pun tak perasaan yang nurse dah cucuk...
Alih2 je dah siap...megik...
Yang bagusnya... qaseh tak nagis langsung... Dia diam jee...
Tu yang aku ingat nurse lum cucuk lagi... Syabas qaseh..syabas.... siap je cucuk boleh la balik sebab tak perlu amik ubat...
Nurse kata cucuk kali ni tak mendemamkan budak....

 ni gambar bila dah sampai rumah..
Harusla terus hantar dia ke rumah pengasuh dia..
ibunya nak g kerja..
Saje nak tunjuk baju cantik tu...hehehehe...

Okla,....Sampai sini je la laporan saya.

Tarikh temujanji yang akan datang pada 26/10/2010.......

Harap2 berat qaseh naik banyakla....



13 Ogos 2010

Pagi Jumaat Yang Blurr...

Assalamualaikum.....

Walaupun blurr pagi2 jumaat ni tetap kena bagi salam dulu....
jawab..jgn tak jawab....:p

Mcm mana keadaan anda semua pada puasa yang ketiga nie...
Harap2 semuanya sihat2 belaka dan dapat menunaikan kewajipan berpuasa nie yee...
Jangan bagi byk alasan utj taknak berpuasa..tak baik tau....

Hari nie saya mmg blur sbb tak bersahur...huhuhu...
salah siapa tu...?
Mestila salah saya kan...takkan lak salahkan qaseh.... tapi nape la qaseh tak nagis sebelum azan...
ni dia nagis masa tengah azan..tu yg tau tu waktu sahur dah abis... aduh....

Kesian lan tak bersahur hari nie... mintak2 la dia tahan...ceh..macam la dia kecik lagi...
Bukan ape...mmg rasa bersalah tau bila tak dpt siapkan makan sahur utk suami...
Selama 2 hari berpuasa sebelum ni saya boleh je bangun kol 4.00 pagi...
hari ketiga nie saje la kunci jam kol 4.30 pagi lak.. saje lambatkan sikit....
rupa-rupanya mmg tak bangun langsung... Telinga ni tak dengar langsung bunyi alam jam tau...
Tapi perkara dah berlalu dah kan... Sekarang ni pun dah kol 4.45 dah... Tahan je la sikit lagi...

Pagi ni qaseh susah nak bangun...saje je meliatkan diri dia...
Bila kena cium banyak kali dia ketawa tapi tetap tak nak bangun...
Bila kata 'bye bye' baru la dia bangun...Takuttt kena tinggal.....


masa nak turun tangga tiba2 teringat nak ambil gambar... niat yg baik tak elok dilambat2kan...
nset lak ada kat tangan...ape lagi terus snap la...

Muka qaseh dah coreng dah... calar sana calar sini... dia kan tak reti diam sekarang ni kan...
Dia jatuh kat umah mak tok dia... Bibir dia berdarah uall.. cuak saya tgk... bibir dia terkena gigi agaknya, tu yg darah tu... nagis la dia.. nasib nagis tak lama...
Semlm dia jatuh lagi...pipi dia lak calar.. seriyau saya dibuatnya... risau kan kalau anak kita luka@berdarah...
Kat hidung dia pulak luka sbb dia mencakar sendiri... Nak kata kuku panjang,tak la panjang sangat.. Ntah ape yg dia nak kopek ntah....

Tapi qaeh ni mmg kuat la... Dia tahan sakit.. Tak kuat nagis... Maksud saya tak nagis lama2 kerana satu perkara... Ada budak kan kalau nagis tak reti nak berhenti kan.. Dia ni kalau kita pandai pujuk dia nagis kejap je...
Tu yang makin saya sayang kat qaseh tu....
Related Posts with Thumbnails

ads by nuffnang