Seri Qaseh Nazirah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Muhammad Haikal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Pemergianmu dirindui

Lilypie Angel and Memorial tickers

Nuffnang

24 Jun 2009

Kawan tu macam mana???

1) kawan tu bkn mcm main FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak..
2)kawan tu bkn mcm main SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak..
3)kawan tu bkn mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..
4)kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..
5)kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.
6)kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..
7)kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..
8)kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. skejap ade skjp tak..
9)kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.
10)lagi..... kawan tu mcm ape ye???? Haa..kawan tu mcm AWAK LA.. bila saya hantar msg, awak akan baca msg saya dgn teliti sampai habis. Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan > sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya. :)

Hanya untuk renungan sejenak.....(",)

Keadaanku Sekarang

Untuk pengetahuan semua,sekarang ni aku tengah mengandung 8 bulan.
Tunggu masa je nak melahirkan anakku yang pertama.
Dijangka 14 Ogos 2009 nanti aku bersalin...Dengar macam lama tapi pejam celik pejam celik kejap je masa berlalu....
Macam manala keadaanku nanti...Harap kalian semua doakanla keselamatan aku dan baby ye....
Ha....nak tau tak aku bakal dapat baby ape...
Jeng...jeng...jeng....
Doktor kata mungkin aku bakal dapat baby girl sbb tidak menampakkan unsur-unsur baby boy dalam perutku ini...hahahaha
Aku pun tak kisah, dapat girl ke boy ke yang penting selamat dan sempurna.....
Waktu mengandung ni macam-macam dugaan yang aku tempuh....
Masa ni la baru tau mcm mana susahnya ibu kita mengandungkan kita...
Tapi alhamdulillah sbb aku tak byk ragam....
Tak mabuk sangat...nmpk mcm stedy je.....cuma pinggang je la yang tak boleh tahan....
Rasa macam nak tertanggal je.....
Sebenarnya ni hari pertama aku buat blog...Kalau ada yang tak sempurna tu minta maaf la banyak-banyak....
Buat masa ni, sampai sini je la cerita aku...
Pinggang dah sakit nie....
Esok aku cite lagi....

Belajar komputer di PID Labis

Sepanjang 6 hari aku belajar cara menggunakan internet di Pusat Internet Desa Labis.
Banyak benda yang dapat ku pelajari. Aku dapat membuat blog ni pun kerana tunjuk ajar dari guru-guru di sini.
Untuk hari ni, aku mencuba buat blog aku sendiri. Orang lain dah mahir bab blog blog ni, aku baru nak belajar...

Apa apa pun,aku bersyukur kerana berpeluang mempelajarinya. Takla aku ketinggalan zaman kan...
Lepas ni bolehla aku ceritakan kisah hidupku...
Related Posts with Thumbnails

ads by nuffnang