Seri Qaseh Nazirah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Muhammad Haikal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Pemergianmu dirindui

Lilypie Angel and Memorial tickers

Nuffnang

21 Oktober 2010

Kerja yang melambak-lambak....

Hai semua...
Assalamualaikum.....

Dah lama aku tak update kan....
Aku hanya buka je blog aku ni dan buat-buat mcm aku buka blog orang....
Just pandang-pandang je... nak sign in pun malas...hehehehehhe..

Macam mana nak jadi blogger kan.... mmg file la....

Sementara tunggu waktu balik ni aku nak cerita sikit tentang keje aku yang semakin
melambak-lambak nie...
Banyak woo keje kena buat... Sekarang ni keje orang semua aku kena buat...

Aku memangku keje penyelia Perhubungan sbb orangnya dah pencen...
Aku mmg tak suka buat keje perhubungan... tapi disebabkan
aku kena memangku....aku buatla keje tu secara tak ikhlas...

Setiap minggu kena hantar isu...laporan gsps...
kena buat kajian sikap la... Jaga 3P lagi...mcm2 la...
Kalau nak pilihan raya nnt lagi la teruk aku kena buat keje...
harap2 yang lain sudi membantu aku nnt.....
Kalau paling tak boleh blah kena bagi ceramah GSPS...
tsk tsk tsk...aku tak suka betul bila kena bercakap depan orang ramai...
Tiba-tiba je nebes nanti... mcm mana tu...
dah la nak kena cerita tentang politik negara...kalau salah fakta
silap-silap masuk penjara aku nnt...hehehehhe..
Ade ke boleh sampai masuk penjara...hehehehehe...
Sekarang ni pulak unit BPM banyak betul program...
Sampai dah takde tarikh dah nak buat program....
Mana la tau dengan cara macam ni aku lebih mahir untuk berkata-kata
kat depan orang kan... insyaallah....

So mmg tension bila kita kena buat keje yang kita tak suka...
Now, aku nak menjinak-jinak kan diri aku untuk menyukai kerja yang aku buat...
Baru la dapat pahala ye tak????

Keje aku sendiri aku dah tak tau nak buat..hehehehe...
Tapi Program Gerak Mesra tetap ada seperti biasa...
Hari ahad ni program aku berlangsung.... bila dah selesai program barula senang hati sikit...

Kat pejabat aku ni mmg kekurangan kakitangan.... ada 3 jawatan kosong untuk penyelia..
sesiapa berminta sila isi borang bila jawatan kosong ini dibuka ye...

Aku tak sabar nak ada penyelia baru yang boleh buat kerja-kerja yang aku pangku
sekarang ni... Baru la aman rasanya... kalau ada elaun memangku sedap gak...

Hari demi hari aku buat je keje yang di suruh... kalau orang tak suruh aku tak buat..hehehehe...
Malas la nak memandai-mandai kan...dan malas jugak nak tunjuk rajin...
nanti balik-balik aku yang kena....

Tapi setiap apa yang berlaku ni mesti ada hikmahnya...
Aku nak bersihkan hati aku dan menerima segala yang tertulis untuk aku dengan sebaiknya.
Bila kita senang hati, ape yang kita buat semua akan menjadi kan...betul x???

Pengajarannya....buat kerja dengan seikhlas hati dan belajar untuk suka
ape yang kita buat....

Wassalam.....

14 Oktober 2010

Tanda 100 Hari Sebelum Hari Mati

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!!

BACALAH DENGAN TELITI!!!

TANDA PERTAMA
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.
Semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar .
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.
Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI 
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. 



Ni semua peringatan untuk kita....
Kita mmg takkan tahu bila kita akan mati...Tapi kalau la kita dapat rasakan tanda2 mcm ni...
bolehla kita bersedia untuk mengadap Ilahi....

07 Oktober 2010

TAHUN DEPAN ADA BABY BARU....:)

sALaM sEmUa....

huhuhuhu.... best tak tajuk kat atas.....
cite pasal kursus kat terengganu tak abis lagi dah sibuk buat cite lain lak ek.....
hehehehehhe...cite-cite yang happy ni tak leh simpan lama2...takut basi nanti...

cuba korang teka sape yang akan dapat baby baru....

sape dapat teka akan diberi hadiah....

aku buat pilihan jawapan ye...

a- uda (ain)
b- aku sendiri ( zureen)
c- uteh ( mawar)
d- kak cun (norzila)-akak iparku
e- nani (along)

hahahahaha..semua perempuan dalam keluarga aku letak.... teka yang mana satu ye...
sorang jawab sekali je.....

tinggalkan jawapan kat komen atau kat "JOM kongsi cerita"  dan kalau boleh huraikan sekali....
kalau nak jawab ringkas je pun boleh gak...i tak kisah u....

adik beradik tak boleh masuk pertandingan ye...harap maklum....

hadihnye....erm...rahsia la dulu....

takde tarikh tutup.... bila agak2 nak bagi keputusan aku akan bagi....boleh gitu???

k...selamat meneka........

06 Oktober 2010

tak sabar nak balik...

Lambatnya nak tunggu esok.... Tahap kerinduan terhadap qaseh tak dapat dibendung lagi...
Malam tadi boleh pulak mimpi kan dia... Dalam mimpi tu pipi dia tembam.....
Erm....bila nak sampai rumah nie.....

Hari ni ari ke 6 kat setiu terengganu.... Hari ni juga aku g klinik sbb mcm nak kena bekok.....berdenyut2 rasanya....Masa aku g klinik pulak kena buat pembentangan kumpulan... so, aku tak dapat la join...
tapi yang penting aku dah tolong kumpulak aku untuk menyiapkan tugasan....
Tugasan individu tak buat lagi nie... Kena buat Rancangan Perniagaan (RP) la pulak..
Dah la aku tak pernah buat....esk kena hantar....lalalalala....

Nanti sambung lagi la...
Related Posts with Thumbnails

ads by nuffnang