Seri Qaseh Nazirah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Muhammad Haikal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Pemergianmu dirindui

Lilypie Angel and Memorial tickers

Nuffnang

27 Mac 2013

Aku Teramat Rindukan Dia...

Malam ni tiba2 aku teringatkan dia... Tiba2 aku terbayangkan wajah dia... Tiba2 aku teramat rindukan dia...

Bila ianya muncul dlm fikiran,air mata akan tiba2 mengalir... Mengalir tanpa disuruh,tanpa dipaksa...

Walaupun aku dh redha dengan semua ni,tp mengingati dia juga perlukan...dia sebahagian dari hidup aku. Dia pernah hadir dalam hidup aku. Dia lahir dari rahim aku... Xmungkin aku akan melupakan dia...

Terima kasih Allah kerana memberi aku ujian sebegini... Dengan ujian ini aku tahu aku kuat... Kuat utk menghadapinya,kuat utk menempuh hidup ini. Kalau aku xkuat,mungkin aku akan meracau racau mcm org gila...

Segala yg Kau tentukan mesti ada hikmahnya. Terima kasih juga Allah kerana cpt memberikan penggantinya.. Aku bersyukur dengan segala yg kau berikan.. Aku berdoa agar penggantinya ini akan lebih sihat dan sempurna kerana aku xsanggup lagi nak menempuh perkara2 pahit seperti seblm ini. Cukupla sekali...

Bila ingat kembali saat di hospital,mcm xpercaya yg aku dh tempuh semua tu... Mcm xpercaya aku boleh buat dan kuat seperti tu... Dah la semuanya berlaku pd bulan puasa... Tp alhamdulillah dengan semangat yg ada pd ketika itu,aku berpuasa penuh... Walaupun penat,lapar xcukup rehat,xcukup tido,aku laluinya dengan mudah. Mungkin kerana keikhlasan hati seorg ibu menjaga anaknya dan kasih syg yg melimpah ruah kepada anaknya... Jadi semuanya dipermudahkan olehNya...

Terima kasih Allah di atas segalanya... Terima kasih semua...

Ibu teramat merindui kamu syg....
Izz Muhammad Nazreen....


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

22 Mac 2013

Hari Jumaat yang sedikit stress...

Sebenarnya aku xtau nak tulis apa kat sini.. Hari ni walaupun xbyk sgt keje tp stress dia lain mcm lar... Sebab semuanya perlu menggunakan otak. Semua kena pikir... Apa yg nk dibuat, apa yg nk dirancang... Apa yg nk di cari tp masih belum ditemui...
Semua ni berkaitan dengan kerjala... Konon2 xnk pikir tp terpaksa pikir jugak..

Aikhhh... serabut la.... Esk dgn lusa xnk buat apa2.. Nak duk umah je diam2 leh x?...

01 Mac 2013

Setengah hari kat klinik...

27hb lepas aku ada chekup kat klinik. Bukan chekup je siap kena minum air gula dan tetiba kena injet jugak... hahahahaha tadah jela.....

Untuk minum air gula tu aku mmg dah bersedia mental dan fizikal sbb 2 minggu sebelum tu dah tau dah... tapi untuk injet tu mmg tak bersedia langsung...

Aku pergi klinik awal tau sbb tau kena tunggu 2 jam lepas minum air gula tu... nurse sini jahat tau tak bagi balik... kat tempat lain boleh je kot....

Sampai kena masuk makmal dulu utk amik darah sebelum minum air gula tu... biasanya kena kencing tp kali ni xkena la..aku dh tahan2 je tadi.. lps amik darah keputusannya 5.1 dan org makmal tu amik hb sekali. Nasib hb 11.0. Kira normalla. kalau bawah 11 dah kena tulis guna pen merah.

Lps tu jumpa nurse n bgtau minum air gula barula nurse tu buatkan. Aku siap pesan jgn byk2... hehehe.. nurse tu kata dh ada sukatannyala.. layan je la... Penuh satu cawan tau air gula tu. dh la nk terkencing tadi tu kan... Dpt je terus minum. Sekali telan je tanpa henti. Kalau berhenti nnt tak leh nak masuk lagi beb sbb sebelum ni macam tula.. Minum mcm tu mcm tak rasa pulak manis sgt air gula tu.. mcm minum air masak je. Aku pun terkejut aku boleh abiskan dalam masa 1 saat...Nurse tu pun terkejut.. pastu aku terus duduk semula kat kerusi...

Lepas beberapa minit makin terasa la nk terkencing tu... Apa lagi terusla pergi tandas... Bermula la masa 2jam utk diabiskan kat klinik tu... Tp lepas tu tgu giliran utk cek perut pulak. Sampai masa masukla dalam bilik. Detail jugak nurse ni cek. Masa ni dh tak kisah dh kalau dia nk cek lama2.. Masa tu aku tgh batuk n selsema. Nurse tanye tak sihat ke/ aku jawabla tak. Terus dia suruh jumpa doktor. Aku tak kisah juga sbb kalau tak jumpa pun aku mmg kena duk situ kan....

Dah siap2 cek terus amik no utk jumpa doc pulak.. Skrg nak jumpa doc dah takyah tunggu lama2. Sbb ada doc khas utk ibu mengandung. Kejap je no giliran dh sampai. Masukla aku. Doc cek2 dia bg ubat. malas nk cite...hehehehe cuma doc kata sebenarnya tak elok masa mengandung ni makan ubat batuk selsema tu. tp kalau teruk bolehla mkn.. aku pun mkn bila perlu je.. Bila dh tak teruk aku tak mkn pun ubat tu. Aku bykkan minum air je...

Dah siap semua tgu je la kat luar. Boring giler sbb xde kawan... Eh, nasib kali ni aku tak pening lepas minum air gula tu. Mcm xder rasa apa2 pun. Dulu lps minum iar gula kepala aku pening. Balik dari klinik terus mcm mabuk. masuk keje tp xleh buat keje pun...

Dah la hari tu petangnya aku ada program gerak mesra. Nasib gak la takde masalah apa2...
Lupa lak, masa jumpa nurse td dia dh kata nnt injet kancing gigi sekali sbb aku lum kena injet tu lagi... Aku kata minta lain kali dia kata nnt dh lambat sbb skrg dh 29 minggu. Erm... layan je la.. tp injet tu kena tgu lps amik darah lepas 2jam tu.

Akhirnya tiba masa utk g makmal semula. Cepat2 pergi terus kena kencing dulu... Pastu baru amik darah. Huh... nasib keputusannya ok. lepas minum air gula keputusannya 5.3 je... normal sesangat....

Lps tu jumpa nurse lagi utk dia tgk keputusan tu. Lepas ni kompom tak kena minum air gula lagi... Berat aku naik 1.3kg je dlm masa 3 minggu. Patutnya kena naik 1.5. Kira halal la..

Dh tu nurse bg minum air masak sebelum injet aku sbb aku kan kena puasa dari mlm sebelumnya. dia takut aku pengsan. hahahaha.. dia tak tau ke aku ni kuat... dia bg air masak 1 cawan. aku tak abiskan pun. Dia kata ape tak abiskan aku kata muak dh minum air masak je..huahuahuahaua..ce baik air oren ke, kan sedap sikit kan...

Dah tu masukla ke dalam bilik injet... huh cuk jugak masa tgk nurse tu buat persiapan utk injet aku... Masa dia cucuk aku pejam mata. nurse dh kata nnt akan rasa sengal2...
Masa awal2 cucuk takrasa pun tp masa dia tekan nk masukkan ubat tu peh,sakit beb... dia dh tarik jarum pun masih sakit lagi. Kenapa tau sakit sgt aku rasa sbb aku tak bersedia utk itu....huhuhuhuhuhu....

Tp nk buat mcm mana dh kena dh pun kan... tahan je la... pukul 11 baru semuanya selesai... Bestnya dapat keluar dari klinik tu.... tp tangan ni mmg rasa sakit lagi....

Sampai ke mlm sengalnya terasa dan sampai ke esk pagi kot masih rasa lagi. Qaseh pulak kalau tido suka letak kepala dia kat lengan aku ni. Kena injet kat tangan kiri, dia baring pun kat belah kiri aku, tak ke sakit tu... Ni la nasib sebagai ibu yg mengandung dan ibu yg ada anak yg manja mcm qaseh....

Belah petangnya cite lain pulak... Yg tu kalau rajin aku cite... Bab petangnya aku stress okey... huh... nasib aku kuat...so, boleh handle semua.... huhhuhuhuhuhu...




Related Posts with Thumbnails

ads by nuffnang