Seri Qaseh Nazirah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Muhammad Haikal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Pemergianmu dirindui

Lilypie Angel and Memorial tickers

Nuffnang

24 Disember 2012

Sangat2 beremosi skrg ni...

Aku xtaula kenapa aku sensetif sgt bila terbaca ttng kehilangan... Aku ada terbaca blog akak ni, dia cerita tentang dia kehilangan adik dia... Dia luahkan apa yg dia rasa... Bila aku baca,apa yg dia rasa, apa yg dia fikir sama mcm apa yg aku rasa dan fikir... Mungkin sbb hanya org yg kehilangan org yg disayangi je yg tau perasaan tu....

Sebelum aku kehilangan anak aku,aku takla rasa emosi sgt bila baca pasal org,tp skrg ni semuanya boleh buat aku menangis... Ianya semula jadila...bukan dibuat2...

Memang betul kadang2 ada fikiran jahat mempengaruhi, kenapa dlm byk2 org, anak aku yg diambil...kenapa org lain dpt besarkan semua anak mereka dgn sempurna dan baik, tp aku x... Kenapa aku yg perlu lalui semua ni... Kenapa...kenapa...kenapa....

Tp cepat2 aku beristigfar supaya xdipengaruhi oleh setan2 yg jahat... Semua ni dugaan utk aku... Suka atau tak aku kena hadapi juga sbb hanya tuhan yg menentukan segalanya... Kita hanya boleh merancang je... Ayat tu dh biasa dengar kan... Tp sebenarnya bukan senang utk menerimanya...

Setiap apa yg tuhan berikan tentu ada hikmahnya...cuma kita je yg xnmpk...

Walau apa pun, tuhan tu maha adil, aku bersyukur kerana tuhan bg aku cpt penggantinya.. Ada org yg dh kehilangan susah nak dt zuriat lagi... Tp aku insyaallah lagi 4 bulan akan melahirkan zuriat lagi... Terima kasih Allah kerana memberi aku peluang utk melahirkan anak lagi... Aku berharap sgt anak yg ini akan membuatkan hidup aku kembali ceria dan lengkap...

Aku juga harap aku xkan melupakan arwah izz yg sgt comel apabila ada yg baru nnt...

Sebenarnya,ada qaseh skrg ni pun dh buatkan hidup aku lengkap,cuma rasa kehilangan tu sgt2 terasa sbb sepatutnya dia dh ada adik... Insyaallah dgn kehadiran baby baru nnt akan memeriahkan lagi keluarga aku...

Harap perkara2 sedih xkan berulang lagi... Cukupla sekali aku melaluinya... Xsanggup nak hadapinya lagi... Aku xsekuat seperti yg disangka...

Ya Allah...kau permudahkanla kelahiran anak ku ni nanti dan sihatkan la dia seperti baby2 lain yg sihat dan sempurna... Biarla dia membesar dgn sihat... Amin...

Perasaan risau tu tetap ada... Takut sgt jd mcm dulu... Kawan2 tolong doakan sy ye......


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

20 Disember 2012

20122012

Cantikkan tarikh 20.12.2012 ni... erm.. tapi bagi aku ianya adalah tarikh yang membuatkan aku menagis... secara tiba-tiba senang sangat air mata ni jatuh... semakin di ingat semakin aku rindu pada dia.

Sebenarnya hari ni adalah tarikh aku lahirkan baby izz tahun lepas... Kalau dia ada dah setahun la umur dia... mesti aku dah belikan dia kek kan.. biasanya first time sambut besday anak mesti meriah.... tapi untuk anak yg ni aku tak boleh buat semua tu... hanya doa yg aku boleh hadiahkan......

Semalam aku ada buat program jabatan.. Dalam program tu ada buat yassin dan tahlil ... Aku selitkan sekali nama izz dalam tahlil tu... Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. Ramai sangat org yg hadir dlm program tu....

Tu je yang mampu aku buat... Hari ni mokde dia pulak buat yassin dan tahlil kat masjid... Lagipun hari ni kan khamis malam jumaat kan... lebih afdal la... 

Cuaca hari pun seakan-akan mengerti apa yg terpendam di hati aku... hujan dan mendung je...
Kat johor hari ni adalah hari cuti umum... Tapi cuti- cuti pun aku kena keje juga... buzy betul sekarang ni... tu yang tak update blog tu...

Skrg ni kat pejabat la ni... dah siap keje dah.. esk ada mesyuarat kat pejabat negeri pulak..
Aku seakan berkabung hari ni.. pakai jubah dan tudung hitam... serba hitam je...
Lepas ni ingat nk g kubur arwah.. nak bg dia hadiah.... :'(

maaf...aku tak boleh nak sambung tulis lagi... sebak sangat....





Related Posts with Thumbnails

ads by nuffnang