Cantikkan tarikh 20.12.2012 ni... erm.. tapi bagi aku ianya adalah tarikh yang membuatkan aku menagis... secara tiba-tiba senang sangat air mata ni jatuh... semakin di ingat semakin aku rindu pada dia.
Sebenarnya hari ni adalah tarikh aku lahirkan baby izz tahun lepas... Kalau dia ada dah setahun la umur dia... mesti aku dah belikan dia kek kan.. biasanya first time sambut besday anak mesti meriah.... tapi untuk anak yg ni aku tak boleh buat semua tu... hanya doa yg aku boleh hadiahkan......
Semalam aku ada buat program jabatan.. Dalam program tu ada buat yassin dan tahlil ... Aku selitkan sekali nama izz dalam tahlil tu... Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. Ramai sangat org yg hadir dlm program tu....
Tu je yang mampu aku buat... Hari ni mokde dia pulak buat yassin dan tahlil kat masjid... Lagipun hari ni kan khamis malam jumaat kan... lebih afdal la...
Cuaca hari pun seakan-akan mengerti apa yg terpendam di hati aku... hujan dan mendung je...
Kat johor hari ni adalah hari cuti umum... Tapi cuti- cuti pun aku kena keje juga... buzy betul sekarang ni... tu yang tak update blog tu...
Skrg ni kat pejabat la ni... dah siap keje dah.. esk ada mesyuarat kat pejabat negeri pulak..
Aku seakan berkabung hari ni.. pakai jubah dan tudung hitam... serba hitam je...
Lepas ni ingat nk g kubur arwah.. nak bg dia hadiah.... :'(
maaf...aku tak boleh nak sambung tulis lagi... sebak sangat....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan