Seri Qaseh Nazirah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Muhammad Haikal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Pemergianmu dirindui

Lilypie Angel and Memorial tickers

Nuffnang

29 September 2011

Raya oh Raya....

Assalamualaikum...

Lama dah tak update blog nie... Dari raya sampai dah abis raya dah...
Nak cite pasal raya pun tak sempat2 lagi... Gambar banyak amik tp takde pada aku pulak... Sbb guna kamera orang kan.. Kalau kamera sendiri dah laju dah aku update. Bila takde gambar ni rasa takde semangat nak update blog...

Jadi, hari ni kita borak2 kosong je la ye... Raya dah abis semalam dah kan. Hari ni dah masuk bulan lain dah. Raya tahun ni tak berapa best sangat la, utk seminggu pertama tu ok la, tapi untuk minggu kedua tak best sebab tak dapat g beraya kerana anak beranak demam. Masa tu aku rasa teruk sangat demamnya. dengan selsema and batuk lagi.. Aduhai.... Qaseh pun demam teruk gak.Boleh pulak dia kena demam panas. Jadinya perancangan untuk beraya ke rumah kawan2 aku tidak kesampaian. Rumah sedara mara pun tak dapat g raya. Sebab jalan-jalan je.. Penat jalan tak hilang terus sakit pulak.

Minggu ketiga raya aku dah mula keje dah. Masa keje tu pun masih tak berapa sihat jugak tp boleh tahan lagila. Payah betul nak baik batuk. Nasib akhirnya baik juga. Sbb bila batuk sakitnya sampai ke perut. Risau jugak kalau ada apa2 efek kat baby dalam perut. Bila tanye nurse, dia kata tu perkara biasa.

Kejap je dah abis raya kan. Duit raya qaseh masih tersimpan lagi dalam beg tangan aku. tak masuk2 bank pun.. Raya pun tak berapa banyak dapat duit raya sbb tak banyak g beraya..hehehe... Tahun lepas banyak la jugak... Tak kisah la tu kan... Tu semua rezeki budak2... Nanti tahun depan qaseh beraya dengan adik dia pulak... Tak sabar nak rasa kemeriahannya.

Segala open house yang dijemput aku tak pergi pun. Kalau pergi pun atas sebab2 tertentu. Badan nie rasa malas je. Balik keje je terus baring. Qaseh pun banyak lan yang uruskan. Pinggang aku ni asyik sakit jee..
Rumah kawan2 sekerja aku pergi pun lepas balik keje. Kalau dah balik rumah mmg tak keluar lagi la.

Qaseh suka pergi beraya. Asal pakai baju kurung je dia dah tau nak g beraya. Nnt dia kata Slamat Ari Rayee... Comel je mulut dia. Bila orang nak bagi duit raya laju je dia g amik.

Lupa nak bgtau yg tahun ni aku beraya dengan keluarga aku dulu. Beraya kat umah uda. Mak dengan pakcik pun beraya kat sini. Jadi takde la istilah balik kampung...hehehehe. Malam raya tido kat rumah dengan lenanya... Pastu pagi2 keluar g umah uda. Tu pun adik beradik lain dah bersalam-salaman aku baru terhegeh-hegeh sampai. Diorg siap sedih2 nagis2, tu yang melemahkan jiwa raga tu.. bila time aku pulak bersalam aku buat2 lawak pulak...tak jadi la nak nagis2..hehehehe.... Abis la mekap kalau nagis kan....

Tula, banyak tau amik gambar tapi nnt la aku uplod gambar tu sbb takde kat aku la... Bergambar sakan semua. Buat masa ni baca je la apa yang aku bebelkan... Nak cuci mata tunggu la dulu yo... Okla, setakat ni dulu bebelan aku.... Sayonara....


Related Posts with Thumbnails

ads by nuffnang