Seri Qaseh Nazirah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Muhammad Haikal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Pemergianmu dirindui

Lilypie Angel and Memorial tickers

Nuffnang

16 November 2009

BILA DAH KUMPUL ADIK BERADIK

Salam Sejahtera....


Hari ini saya ingin melaporkan berkenaan tentang apabila adik beradik berkumpul dalam satu majlis....

Masa saya buat majlis cukur jambul anak saya,adik beradik saya yang perempuan semuanya datang. Abang dengan adik lelaki saya tak datang sbb saya pun tak tau la kenapa...Mungkin diorang ada keje lain kot... Think positif...

Terima kasihla diucapkan pada ALONG,UDA,UTEH dan BONDA tercinta kerana sudi hadir walaupun saya buat kat umah mak mentua saya.

Dalam Majlis yang meriah itu juga dibuat kenduri doa selamat untuk mak mentua saya pergi ke MEKAH menunaikan Haji. Alhamdulillah semuanya berjln dengan lancar.

Dalam majlis itu,mak saya telah membuatkan pulut kuning dan lengkong. Terima kasih diucapkan kerana saya tak perlu membayar duit bahan-bahan kepada beliau kerana telah menyemposernya.hehehehe


Uda pulak telah menghadiahkan rantai emas kepada qaseh....
Terima kasih banyak-banyak...Ibu qaseh masih belum mampu nak membelikan anaknya barang kemas. Dah dapat rantai tu kira OK la kan....


Tujuan Utama saya menulis entry ini adalah untuk mempamerkan gambar kami anak beranak yang bahagia dah happy....

Jom kita saksikan...

qaseh memang baik kerana sepanjang orang berzanji dan mengunting rambut dia,dia tidur je...

rambut qaseh dah mcm gunting leyer sbb makcik-makcik tu gunting ikut sedap dia jek...
qaseh maintain tidur,ibunya mantain senyum...huhuhu
ni aksi beng-beng dari ibu,maklong dan mokde qaseh...Maktok pegang qaseh dan senyum je la yee..
Peh...semua pandai berlakon...konon-konon ada benda yang menarik la kat atas tu untuk ditengok...Padahal hampeh..takde apa pun...habuk je yang ada.....huahuahua...

ni gambar aksi sopan yee....semua beriya-iya nak badan nampak kecik...yang berjaya menyembunyikan badan adalah saya....tgkla nmpk saya la orang paling kecil kan....

soryla gambar tak clear...budak kecik yang amik gambar...Yang beso sibuk berposing maut....

ni satu lagi aksi sopan...bukan ape,sbb ada qaseh,kenala sopan jeee....

senyum yee semua...gambar ni telah diupdate dalam blog....huhuhu....nasibla korang.....










ps:- Hari ni qaseh genap 3 bulan... 19hb ni nak bawa dia g klinik untuk dienjet...doakan qaseh tak demam yee...berapala berat qaseh sekarang....semuanya akan diketahui pada hari khamis ni...
bye

06 November 2009

Batuk yang teruk dan tekak yang sangat gatal

Kasihani la kat saya ni yang sedang menanggung penderitaan yang amat sangat.
Saya mengalami sakit tekak dan batuk dan selsema dan nak migrain dan lemah badan dan rasa mcm nak mati.....
Isk..isk..isk.. dah la saya tinggal dengan anak saya yang baru 2 bulan setengah je kat umah. Takde sape nak jaga saya masa saya sakit...
Dah seminggu saya mengalami sakit ini. Mula2 kena selsema.Sekarang ni selsema dah baik dah tinggal batuk je...
Malam tadi saya tak boleh tido kerana asyik batuk je. Makin makan ubat makin teruk pulak...
Mula2 g klinik. Ubat sampai dah abis batuk tak ilang jugak. Pastu g farmasi beli ubat pun tak jalan juga.
Saya harap ari ni saya boleh sihat semula. Anda semua tolongla doakan saya cepat sihat...
Hari ni suami saya balik... Hooreeeee....
Leh la manja2.....

Adiossss

05 November 2009

BUDAK BOTAK YANG COMELLLL

Untuk pengetahuan anda semua...anak saya sudah membotakkan dirinya pada 1 november 2009. Heheehehe...makin comel qaseh nazirah...

Sebenarnya saya dan keluarga buat cukur jambul qaseh pada 31 oktober. Mula-mula katanya ada SAKINAH datang. Last minit dia tak datang pulak...Jadi,kami buat la cukur jambul biasa yang hanya gunting rambut sikit2 je tu. Kalau SAKINAH ada mesti kena botak terus kan...

Walaupun mula-mula hanya gunting sikit-sikit je, tapi esoknya aku dengan lan botakkan jugak rambut qaseh walaupun rambut qaseh cantik. Nak buat mcm mana kan...ikut sunah....

Orang kata rambut baby yang asal kena buang untuk bersihkan kotor-kotoran yang kita tak nampak. Biar tumbuh rambut baru. Harap-harap rambut baru qaseh akan lebih cantik,lembut dan lurus....

Sekarang ni qaseh dah botak licin. Dia tak nagis pun masa kitaorang potong rambut dia. Cuma adalah bunyi sikit-sikit. Cukur jambul kitaorang buat kat umah mak lan kat Kg. Jawa. Mak buat kenduri dia nak g haji so, kita selitkan sekali majlis cukur jambul qaseh dengan danish (anak akak lan) Alhamdulliah semuanya berjalan lancar. Ramai gak orang datang. Mana tak ramai, mak lan AJK UMNO Bahagian Sekijang. YB Datuk Baharum dan YB Ayub pun datang. Aku belikan qaseh baju gaun warna putih. Dah macam nak kawen lak anak aku. Kawen ala-ala orang putih....

Jom tengok gambar dia....
Ni lah baju gaun qaseh...cantik tak? Cantik kan....
qaseh and family
Qaseh with Tok Mak, Ibu, Mak Long, Mak uda and Mokteh
Comel kan qaseh pakai baju ni

Sambil berdiri lak...


Haa... ni la qaseh bila dah botak... Sambil isap jari okeh.....
dan qaseh lagi sambil memaling kepala bila nak diambil gambarnya.....
Related Posts with Thumbnails

ads by nuffnang