Seri Qaseh Nazirah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Muhammad Haikal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Pemergianmu dirindui

Lilypie Angel and Memorial tickers

Nuffnang

28 Disember 2014

teruskan berdoa... #prayforpantaitimur


Mari kita semua teruskan berdoa agar matahari akan terus menyinari negara kita...
Hanya itu sahaja yg mampu kita lakukan... selain itu, jika ada yg mampu untuk menhulurkan sumbangan, hulurkan la.. sesungguhnya tangan yg memberi lebih baik dr tangan yg menerima... semoga rezeki kita sentiasa murah dan dilimpah ruahkan olehNya...



Matahari tak cukup indah
Pada pagi yang suram ini
Malam ku resah kerana Malam mungkin kelam
Bumi indah cinta punah Bintang bintang tumpang berduka
Meratapi nasib Kenapa hari ini
Matahari bangunlah Indahkan hari ini
Engkau perlu hidupkan semula mimpi kami
Matahari bangkitlah Indahkan hari ini
Engkau perlu hidupkan semula cinta kami
Lupakan kisah Kisah yang terjadi
Mengharap sinar Sinaran darimu
Matahari bangunlah Indahkan hari ini
Bagi kami terus melayari hidup kami
Matahari bangkitlah Indahkan hari ini
Bagi kami terus menghidupkan cinta kami
Lupakan kisah Kisah yang terjadi
Mengharap sinar Sinaran darimu.......

15 Oktober 2014

Buat insan2 tersayang

Assalamualaikum semua...

Lama tak conteng2 kat blog ni... berhabuk dah rasanya...
Kadang ada benda kita boleh share ada benda xboleh nk share...
Mula2 konon2nya nk buat blog mcm diari tp skrg rasanya xsesuai dah...

Nk menulis pun malas dah... makin lama makin malas dah kenapa??
Ni penyakit semula jadi.. bukan penyakit keturunan eh... hihihihi...

Apa nk cite ek??

Banyak perubahan dah berlaku... macam2 dh dilalui dan sehingga kini masih boleh bernafas dengan selesa tanpa disekat sekat... alhamdulillah kerana itu la nikmat percuma yg tuhan bg pada semua umatnya....

Haikal pun membesar dengan baik.. makin lasak dh dia... apa kita buat cepat je dia tiru... so kena la tunjuk contoh yang baik2 je walaupun ibu dia ni bukannya baik sgt... hikhikhik...

Qaseh pun makin bijak... dah kenal huruf, dah boleh tulis huruf tu sendiri kira bagusla kan... harap2 tahun depan boleh membaca dengan lancar...
Tiada apa yg diharapkan oleh ibu bapa selain melihat anak2 berjaya dan sihat sentiasa...
Kalau anak sakit, otometik kita pun akan rasa sakit... terus nk amik je sakit anak tu biar dia xrasa..

Arwah izz sentiasa dirindui dan disayangi... video dan gambar2 izz sentiasa ibu simpan..
Bak kata qaseh.. tuhan jaga adik izz... setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya....
Syurga pasti utkmu sayang... tunggu ibu dipintu syurga ye...

Untuk kekasih hati... andainya kau membaca coretan ini... harap kita sentiasa bahagia walau dimana kita berada...
Mungkin ini yg terbaik buat kita... redha dan pasrah dengan suratan ilahi.
Harap anak2 tak lupakan kita dan akan jaga kita kelak...

Eem... tu jela buat masa ni... semoga ketemu lagi nanti...
Tu pun kalau rajin nak menaip la yo... hihihihi. ..

Assalammualaikum. ...




























30 September 2014

Tips Untuk Menjadi Suami Romantis

Ramai isteri yang inginkan suami yang romantis menjadi pendamping mereka seumur hidup. Suami sebegini membuat diri rasa dihargai dan dicintai sepenuh hati. Namu hari ini isteri perlu berpijak di bumi yang nyata. Tidak ramai suami sebegini wujud di dunia ini. Jadi bertuahlah wanita yang memilikinya.

Panduan Mudah untuk para SUAMI meraih gelaran ini.

1. PANGGILLAH SAYANG.
- Elakkan panggilan 'ibu','mama','maknya' pada isteri selepas berumahtangga dan memiliki anak. Kekalkan panggilan 'sayang' seperti yang pernah anda lakukan sewaktu bercinta dulu. Panggilan keramat ini cukup ingin didengari oleh isteri kerana ia mampu membuatkan hati isteri bergetar.

2. BERPIMPIN TANGAN.
- Ada sesetengah suami merasakan menggenggam tangan isteri ketika berjalan sudah tidak relevan bila sudah lama berkahwin. Tapi tahukan anda seorang isteri sangat berasa bangga bila anda memimpin tangannya tatkala berjalan berdua.Berjalan berdua sambil berpimpin tangan menandakan bahawa kasih suami masih mekar sama seperti dulu.


3. UNGKAPAN CINTA.
- "Abang cintakan sayang", kalimat ini mungkin tinggal kenangan buat seorang isteri. Ia hanya didengari hanya sewaktu bercinta. Oleh itu tukarlah persepsi isteri ini, lafazkanlah kembali ungkapan keramat ini kembali. Sekali sekala isteri mahu mengetahui adakah suami mempunyai perasaan yang sama terhadap dirinya seperti dulu.

4. BERIKAN KUCUPAN SPONTAN.
- Saat romantis ketika bercinta sudah lama berlalu, perkahwinan sudah mencecah belasan tahun namun hati wanita tetap sama. Mereka mahukan perhatian dan kasih sayang. Ciuman sebegini akan menjelmakan perasaan yang hadir sewaktu bercinta dulu. Mungkin tatkala isteri sedang menyediakan makan malam didapur. Meskipun bibirnya hanya mampu tersenyum tapi hati isteri sebenarnya berteriak gembira.

5. PUJIAN DIRINYA.
- Berapa pun usia atau apa pun kerjayanya tapi jika dia seorang wanita maka yang tetap diperlukan adalah pujian dari pasangannya. Pujian mudah seperti "Sayang nampak cantik hari ini" bakal menceriakan hari seorang isteri. Mungkin kekok pada mulanya tapi tiada salahnya anda memulakannya untuk menambahkan rasa cinta dari isteri.

6. HANTARKAN SMS CINTA.
- Bagi suami yang agak kekok untuk melafazkan kalimat cinta secara terus terang, boleh saja meluahkannya melalui SMS ataupun melalui email. Tidak kisah apa caranya pun asalkan suami menunjukkan sifat kecintaannya, seorang isteri akan cukup bahagia.

7. BERIKAN HADIAH.
- Walau betapa berdikari pun seorang wanita, dirinya pasti mendambakan perhatian romantis. Dia tetap mengharapkan hadiah istimewa daripada suaminya walau sekadar sehelai selendang. Hadiah ini akan membuatkan hati isteri berbunga dan gembira dirinya dihargai.

8. PANGGILAN TELEFON.
- Panggilan telefon disaat suami sedang sibuk dan stress mampu mengikat hati seorang isteri. Panggilan telefon tanpa dijangka dan ungkapan bertanya keadaan isteri akan membuatkan isteri rasa dihargai selain merasakan dirinya mempunyai tempat yang besar di hati suami.

9. KEJUTAN.
- Setelah berumahtangga tak mungkin ada lelaki lain yang mahu membuat kejutan pada dirinya. Maka wajarlah suami melaksanakannya untuk si isteri. Kejutan seperti ajakan menginap di hotel, menonton wayang bersama akan menyemarakan lagi kasih sayang isteri terhadap suaminya.

Sebenarnya menjadi suami yang romantis bukanlah sesukar mana. Tak perlu pun modal yang besar, sekadar kata-kata dan tingkah laku yang berpadanan sudah layak untuk anda digelar suami romantis.





Andainya Kau Tahu...

ANDAI SUAMI TAHU...BETAPA SAYANGNYA ISTERI KEPADA MEREKA...

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .


✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

✔ ANDAI LELAKI TAHU...
Sememangnya ALLAH menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh ALLAH indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

* Hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.



24 Ogos 2014

MASA SILAM



BERMULA SATU KISAH
TENTANG AKU DAN DIRINYA
WALAU JIWA RAGA TELAH TERPISAH
MASIH AKU INGATINYA

LAMA SUDAH AIRMATA
TIDAK BERLINANGAN
TAPI KINI MULA MENITIS
DISAAT KU MENGENANGKAN

APAKAH AKU YANG BERSALAH
PUNCANYA KAU BERUBAH
ENGKAU HADIR TANPA PINTA
ENGKAU PERGI TANPA RELA

KINI AKU SENDIRIAN
MUNGKIN ENGKAU BERDUAAN
ENGKAU TERUSKAN KEHIDUPAN
AKU PULA KEHILANGAN

KINI AKU MERINDUKAN
MASA SILAM YANG KAU LUPAKAN
KINI AKU YANG MEMERLUKAN
WALAU HATI KIAN BERJAUHAN

AKU TAHU KAU BAHAGIA
DENGAN INSAN YANG KAU CINTA
MENGAPA MASIH KU MERINDU
MASA SILAM BERSAMA MU

KU MEMINTA DENGARKANLAH
SEJENAK KATA-KATA
BUKAN RAYU UNTUK BERSAMA
TAPI RENUNGKANLAH MASA SILAM KITA

26 Jun 2014

HIKMAH....

Setiap yg berlaku mesti ada hikmahnya... kita sebagai manusia harus menerima segala ketentuan drNya.. kerana kita hanyala hamba di muka bumi ni...

Ceh... ayat ada mcm ustazah x..??.

Lama xupdate... disebabkan hari ni johor cuti, boleh la telek2 blog ni kan..
Kenapa johor cuti? Sebab semalam JDT menang bola sepak.. tu salah satu hikmah juga tu...

Walaupun hari ni cuti tp aku ada program KEMAS kat batu pahat. Penyampian hadiah Anugerah Desa Cemerlang peringkat kebangsaan. Semua negeri turun xkan la org johor sendiri x pergi kan...

Walaupun ada niat jahat sikit (malas pergi)  tp kena sucikan hati... hihihi..
Dah arahan kan... ikut jela... situla tmpt cari makan...

Hari ahad ni insyallah dh puasa kan...  sebelum puasa ni ingat nk bw anak2 g mian2 kat one segamat... situ je la yg mampu.. nk g jauh2 tgu kaya dulu...hahahaha..

Nnt dh puasa xdaya dh nk bw jalan... haikal pulak kaki jalan.. lg2 dh dpt kaki ni kan... asyik nk jalan je...
Kita pulak risau bila dia jln senget2...

Sebelum terlupa... disini nk amik kesempatan minta ampun dan maaf sepanjang sy menulis blog ni ada yg terasa hati ke dgn penulisan sy... apa yg tertulis ni hanyala kisah kehidupan sebenar sy... xde nya sy nk cerita pasal hal org lain... apa kes kan... nk sambut ramadhan ni biarla kita bersih dr dosa2... mana ada manusia yg xde dosa kan...

Semoga ramadhan tahun ni membawa seribu makna pada anda2 semua... puasa, jgn xpuasa tau...
Sy sedih skit sbb tahun ni xdpt nk puasa penuh dah...

Oklah... sampai sini dulu... assalammualaikum....









11 Jun 2014

Seventeen - Selalu Mengalah


Mengapa.... mengapa.. mengapa....????


09 Jun 2014

Keseronokkan dia....

Lama x update... mcm xde apa nk cerita... walaupun sebenarnya byk cerita...
Apa yg xpatut dicerita kan kita diam je la... yg mana boleh kongsi, aku kongsikan....

Hari sabtu lepas bw haikal g main2 kat one segamat... tu jela tempat yg ada tempat mainan kanak-kanak...
Si kecik tu bukan main suka lg dpt main... masa first time dgn kakak dia.. yg kedua kali ni dia sorang2 je..
Kakak dia g melaka ikut atok dia.. haikal sorang2 pun jadi... ada dia kisah... aku jela yg teman dia..
Tu pun aku biarkan je dia bebas.... dia jatuh ke tergolek ke aku tgkkan je... biar dia tau rasa sakit tu dari kecik..
Ada rakam yg dia main2 tu.. aku upload kat youtube... dh lama tak mengupload kat youtube sekali try2 boleh pulak...

Haikal pun tau bosan agaknya duk rumah je... dia dh pandai nk ajak jalan..
Jadi... setiap hujung minggu kalau ibu free ibu bawa la adik jalan ye... sian dia...

Marila tgk gambar dia bermain2...










Pandai kan dia main sendiri... tp tu la.. semua benda nk masuk mulut....
Suka bola warna warni tu.. cantik2 kaler dia... kat gmbr nmpk berseri2 pulak...

ok la... tu je nk cerita.... bye





15 Mei 2014

Lakaran kehidupan

Oh tuhan berilah petunjuk
agar dapat aku terima segala
dugaan darimu,
yang kau hadiahkan untukku,
hingga kini tak mampu ku tempuh.

Diriku masih lagi menunggu
cahaya bahagia ku
yang tak mampu disentuh
mana harus ku tuju
arah yang menentu
agar terisi ruang dihatiku.

Aku berdoa padamu tuhan
kabulkan lah kehendakku
terangilah jiwaku
yang diulit keresahan.

Diriku yang terdampar kesepian
mungkin kah ini lakaran kehidupan
harus ku jalani pelbagai rintangan
apakah ini semua ditakdirkan.

Diriku yang sering menjadi mangsa
cukupku kenali erti sengsara
tak terasanya nikmat bahagia
inginku jalani, hidup yang bermakna.

Oh tuhan lindungilah diriku
dari segala siksa didunia
aku terima segala suratan
tertulis kisah, lakaran kehidupan.

12 Mei 2014

Befday haikal yg pertama....

Selamat hari lahir Anak ibu, muhammad haikal...
Alhamdulillah dah setahun dah usia anak ibu...
Setahun yg lps kalau time macam ni haikal ada kat wad scn..
Ibu pulak kat wad 10.. kita terpisah kerana doc nk cek kesihatan haikal..
Sbb haikal lahir pukul 4.10 pg kan...

Teringat pulak saat2 ketika nk lahirkan haikal.. sakit... tp biasala sakit tu... cuma yg untungnya sakitnya xlama.
Setiap kelahiran xsama rasa dia..

Dh 5 hari haikal tak sihat. Selsema, batuk n demam...
Badan kejap panas kejap berpeluh... tp tetap lasak...
Sekarang ni asyik nk naik tangga je.. suka kalau dpt naik sampai atas...
Tapi kena rajin la ikut dia dr belakang...
Dh xboleh leka dh bila duk dgn dia.. dia lg pantas dari kita...

Time dia xsihat ni mmg asyik merengek je la... xboleh la nmpk ibu dia..
Kalau ibu xamik dia nagis je la kejenya...
Pastu ajak jalan je.. nk berdukung je.. kalau dh bw dia keluar rumah, bila kita masuk rumah semula dia nagis..
Kadang layan kan juga.. kadang kalau xlarat biarkan dia nagis dulu...

Hari ni ibu bawa haikal pergi pejabat.. masa ibu nk kekuar pergi keje dia pun sibuk nk ikut..
So... bawa je la... dia pun dh siap mandi n wangi2 dh... td pun ibu masuk opis lambat..
Sampai2 tgk budak2 tabika tgh mandi kat kolam... best sungguh... pakkal je haikal xsihat... kalau x boleh suh dia join sekali...

Haikal dengan mummy nora... berlatar belakangkan swimming pool.. 
Nampak muka xsihat haikal kan.. mata dia layu je... suruh senyum pun xnk... 

seronoknya mereka mandi.... 




haikal dengan ibu... :)

Masa ni haikal pergi kelas tabika... semua abg n kakak duk melayan haikal... sorang abg tu siap susunkan binatang2 untuk haikal main..

Ni kat kelas lain pulak.. haikal xnk orang... asyik merengek nk kat ibu je... cikgu shila kata badan haikal dah susut...


Yang ni kat taska... berkerumun terus abg kakak pergi kat haikal.. dh terduduk je haikal kat tengah2 tu...
Ni masa petang... tghari hantar dia balik tido dulu... ptg haikal dtg semula sbb maktok nk balik serting dh...

Ibu xbeli kek pun untuk haikal... nantila baru mkn kek.. lg pun semlm dh mkn kek sempena hari ibu...
Walaupun xdela sambutan yg meriah utk haikal... tp kenangan dia pd hari jadi dia tu ada la juga kan...
Asyik dikerumuni dengan ramai org... xdela dia duk terperap je kat rumah...

Yang paling best sekali bila kakak n abg kat taska nyanyikan lagu befday utk haikal...
Ibu pulak yg terlebih terharu... haikal lek je...

Lambat pulak nk upload video ni... nanti2 la baru kongsi eh...


Harapan ibu agar haikal menjadi anak yg soleh, beriman, pandai, bijak, cergas, dan berjaya dalam hidup...
Semoga haikal juga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur...
Ibu syg sgt kat haikal...






















08 Mei 2014

Romi Cinta Julia...

Tajuk di atas tu sebenarnya tajuk cerita kat tv3...
Aku xikuti sgt cite tu.. kadang tgk kadang xtgk pun..
Tp untuk hari ni punye cerita mmg geram kat julia tu...
Dh dapat suami yg baik mcm tu dia xhargai... sibuk berhubung lg dgn bekas pakwe dia tu..
Siap mengandungkan anak jeff tu... tp suami dia boleh cool je.. respek la kat romi sbb sentiasa maafkan isteri dia walaupun byk kali si julia tu menyakitkan hati dia..

Akhirnya td julia kena cerai talak 1. Mungkin tu satu pengajaran buat julia. Biar dia menghargai sesuatu bila dh rasa kehilangan. ntah apa la sambungannya minggu depan.. silap2 julia tu gila kot...

 Tapi mmg tu la lumrah hidup... bila dh dpt yg baik, kita pulak yg buat perangai xbaik...
Setiap manusia lain2 sikapnya.. tp sikap boleh diubah...
Semuanya bergantung pada hati.. kalau hati kita mmg betul2 nk berubah dan nk jadi baik.. insyaallah kita boleh jd baik...

Haiss.. xpasal2 aku emo pulak tgk cite tu...
Setiap cerita ada pengajarannya kan...
So... yg baik jdkan tauladan.. yg jahat jadikan sempadan...
















28 April 2014

Pandai jalan dah...

Alhamdulillah haikal dah boleh jalan dah... tapi baru 5 6 tapak la..
Sekarang ni asyik nk berdiri dan cuba jalan je... pastu terduduk.. hihihi.. biar dia mahirkan diri
umtuk berjalan.. Harap2 dah setahun nanti dh jalan laju la..
Baru la ibu boleh bawa g jalan-jalan kat taman..

Sekarang haikal dah 11 bulan 2 minggu.. lagi 2 minggu je nk setahun...
Mcm manala nk buat sambutan hari jadi dia nanti..
Mcm tak bersemangat je...
Tapi ibu cuba juga kuatkan diri untuk buat yang terbaik untuk haikal...

Erm.. tunggu jela masa dan ketikanya nanti ye... agak2 meriah sy akan kongsikan disini..
Harap haikal akan membesar dengan sihat..

17 April 2014

Happy besday ammar n cica...


15.4.2014 lepas hari jadi anak buah den... 2 org adik beradik ni boleh sama pulak hari jadinya
kan... senang la pakngah buat  sekali je... beli kek pun 1 je ken...


Comelnya kek mereka....


Besday ammar yang ke 1 tahun.. batrisyah Pulak yg ke 7 tahun... 
Beriya iya tgk cica tiup lilin... baru kali ni dia sambut berdua...



Kejap je dh besar budak yg kuat nagis ni... masa kecik2 dulu la kuat nagis.. skrg dh kuat melawan je dia... 
Berkawan dengan abg2 je kan... adik pun lelaki juga... dia sorang jela perempuan yg ada...  so... mmg lasak je la dia... main gaduh2 je...


Semoga kamu berdua jadi anak yg soleh, baik, pandai, berjaya dan yg penting boleh jaga ibu dgn ayah bila besar nnt... 

Bulan depan hari jadi haikal dengan mariyah pulak... xtaula nk sambut mcm mana... Tunggu dan lihat je la... 

Persoalannya srkg ni... BILA PAKNGAH
NK OPEN TABLE NI...!!!
hihihi...





16 April 2014

Harus Ku Terima



TIDAK TERLENA SERING TERTANYA
DIMANA ARAH TUJUAN SEBENAR
PUASKU CARI TAKKU TEMUI
APAKAH INI SURATAN ILAHI

KESABARANKU TELAH DIUJI
KELEMAHANKU TELAH TERBUKTI
KEKUATANKU BAGAI SATU MIMPI
YG SEADANYA BUKAN DIALAM NYATA
KU MELARA

* TAK SANGGUP DIRI DI SIKSA
TAK SANGGUP LAGI DIPERDAYA
APAKAN DAYA HARUSKU TERIMA
SEMUA INI PANCAROBA

BERLIKU-LIKU JLN HIDUPKU
MASIH TABAHKU MENEMPUH
TERKADANG KALA DIRI TERPAKU
LUKA DLM HATI
TAK MUDAH DISEMBUH

** AKU HILANG CINTA KASIH & SAYANG
YG LAMA MENJADI IDAMAN
TIDAK TERDUGA
AKU YG MERASA KEHILANGAN

NAMUNKU CEKALKAN JIWA RAGA
TAK MAMPU AKU MENGHINDARINYA
WALAU DIRIKU TIADA KEYAKINAN
KUGANTIKAN DGN KETABAHAN

AKU PERCAYA ADA BAHAGIA
SEANDAINYA KU TAK PUTUS ASA
LEWATI HARI MESKIPUN DILEMA
KU AKUR KU TIDAK BERDAYA

ULANG * & **

SEMANGATKU MULA RUNTUH
BILA TERPADAM CAHAYA DIHATIKU
TAPIKU TAHU KU HARUS
TETAPKAN SEMANGAT BARU

SAHABAT SELAMANYA.... tak kan terpisah


Dalam dunia ni selain daripada keluarga, sahabat atau kawan2 juga memainkan peranan penting dalam hidup kita. Kita xkan boleh hidup seorang diri... kita mesti kena ada kawan rapat yang boleh kita kongsi suka duka bersama. Tak tertanggung diri ini jika pendam semuanya sendiri.. 

Pada aku kawan sejati adalah kawan yang sentiasa bagi sokongan dan nasihat yang baik pada kita.. kalau kita nk dapat kawan yang baik kita juga kena jadi kawan yg baik kan... aku xcakapla aku ni baik ke tp alhamdulillah kawan2 yg aku ada semuanya yg berkualiti... hihihi...


masa cuci kereta pun sempat ambil gambar
Mereka berdua ni la kawan baik aku. Mereka la yg selalu menghiburkan aku... kami sentiasa bersama xkira waktu suka atau duka... mereka jugala kawan gaduh aku... kitaorg selalu gaduh tp xsimpan dalam hati pun.. Kalau gaduh tu cakap mmg lepas je la.. tapi masing2 faham dan lps tu elok balik...

Kitaorang kalau nk g memana mesti nk g sama2... kalau salah sorang xde macam xlengkap je...
Hari ni nurul xde kat ofis. Dia g meting kat Kota Tinggi.. Esk aku dengan nora pulak xde... ada meting kat JB. Kesian nurul tinggal sorang esk... hahahaha... kesian la sgt kan.. 

Setiap orang pasti ada sahabat baik.. Jadi, hargaila sahabat anda dan sayangila mereka seperti mana mereka menyayangi anda... ewahh... 

Oklah... sambung kerja.. esk ada pembentangan...






15 April 2014

11 bulan sudah...

Bulan april ni umur haikal dh 11 bulan dah... bulan depan setahun dah anak ibu.. kejap je masa berlalu...
Sekarang haikal dah pandai berdiri... berdiri pun lama dah.. kalau dulu kejap2 jatuh.. skrg dh boleh dh jalan skit2... tapi kena pegang kerusi la... pegang dinding... jalan la dia sikit2.. kira ok la kan.. harap2 bulan depan dah pandai jalan terus..

Gigi pun dah nk masuk 5 dah tumbuh... 2 atas 3 bawah... asyik nak mengigit je...
Bab2 'mengemas' rumah mmg bg kat dia la... kejap je semua dah terabur... abis 1 rumah dia round... nasib ka rumah kecik... kalau besar lagi bykla nk kena kemas.. ibu dia ni dh la pemalas...

Diala penghibur hati ibu... kalau x xtau la mcm mana dgn ibu dia ni...
Bila balik keje suka dia bila ibu amik dia.. kalau boleh dia nk ajak berjalan je... tp susah kan nk bw jalan jauh... kalau jalan pun pergi rumah mokde je la... tgkla ujung bulan nnt kita balik kampung tok mak la.. tok mak pun dah  rindu sgt kat haikal....

Okla... selamat malam semua...

Semoga segala urusanku dipermudahkan olehNya...



Tercipta Janji


Tercipta sebuah janji,
Tersemat rindu di hati,
Tak mudah untuk aku berpaling,
Kepada insan lain..

Kasih yang telah ku beri
Sayang yang sudah kau curi,
Janji yang lama sebati,
Di dalam diriku ini...

Bukannya mudah untuk diriku
Jatuh ke juram cinta lagi,
Namun hati ku telah kau curi,
Jangan kau pulangkan kembali,

Kau kata aku pewarna hidupmu,
Semenjak engkau mengenaliku,
Kau kata aku memahamimu,
Semenjak kehadiranku,

Bukanya aku tak percaya,
Namun ku masih lagi mencuba,
Untuk selalunya ada,
Demi membuat kau bahagia

Indahnya yang ku rasa,
Hadirmu membawa makna,
Kini telah tercipta janji,
Ku akan selalu disisi,

Selagi aku lagi aku terdaya,
Janjikan coba aku kota,
Aku kan tetap di sini,
Setia menemani....


11 April 2014

RINDU......

Perasaan ini wujud bila kita keseorangan, kesepian, kehilangan dan bila berjauhan...
Perasaan ini sukar untuk diluahkan melalui kata kata...
Ianya datang dari hati... ianya tidak boleh dipaksa untuk datang dan tidak boleh dipaksa untuk pergi..

Rindu tidak hadir utk semua orang... ia hadir hanya untuk orang yang kita benar2 sayang je... biasanya orang yang kita rindu itu akan merasa rindu juga pada kita...

Kasih sayang yang tersemat antara kita la yang akan menghadirkan perasaan rindu tu...
Beruntungla siapa yang dapat menemui orang yang dirindui... dan bersabarla wahai hati sekiranya tidak dapat menatapi wajah insan yang dirindui....

Hanya dengan melalui doa saje la yang boleh menyampaikan rindu ini... semoga dikau tenang disana...
Semoga hati ini terus tabah dan bersabar dengan setiap ujianMu...
Setiap hamba akan diuji... berdoala agar ujian yang diberikan tidak melampaui batas kemampuan kita...

Sehingga kini... aku masih lagi terus diduga dan diuji... sehingga kini... aku masih lagi memerlukan kesabaran dan ketabahan yang tinggi untuk melalui liku liku kehidupan ini..

Dengan hadirnya dugaan ini, membuat aku lebih memahami erti kehidupan...
Membuat aku lebih mendekatkan diriku padaMu... membuat aku lebih rasa disayangi olehMu kerana setiap insan yang diduga adalah insan yang sering diperhatikan olehMu...

Semoga aku akan sentiasa dekat denganMu....
Hanya padaMu tempatku mengadu...
Hanya padaMu aku berserah.....

01 April 2014

30 Mac 2014

Andai Hatiku Bersuara


Oh Tuhan berikanlah aku kekuatan menempuhi dugaanmu...
Aku Percaya ada hikmahnya disetiap dugaan yang ku terima...
Andainya hatiku bersuara pastinya ia akan berkata
Cukupla sayang aku tidak berdaya, mengharungi segala sengsara...

Berapa kali harus aku terluka...
Barula kan ku sedar, cintaku tidak layak untuk dirinya
Mengapa masih aku setia di sisinya..
Tidak ku mengeri tidak ku fahami...

Seperti insan biasa aku ingin bahagia
Mencintai dan dicintai tiada duanya
Andai terlampau permintaanku ini
Maafkan la kasih....

Oh tuhan berikanla aku..
kekuatan menempuhi dugaanmu
Aku percaya ada hikmahnya
Disetiap dugaan yang ku terima....

10 Mac 2014

Kehilangan MH370

Marilah kita semua berdoa agar pesawat MH 370 dapat ditemui dan semuanya selamat.
Walaupun kita tahu semuanya ketentuan Allah tapi bila kita berdoa, kita minta pada tuhan agar diberikan kemudahan dan petunjuk untuk pasukan penyelamat mencari.

Ya Allah, sesungguhnya yang di langit dan dibumi ini milikMU.. apa yang berlaku adalah ketentuanMU....
Kami mohon kasih sayangMU Ya Robbi, berilah kekuatan dan ketabahan kepada semua ahli keluarga penumpang-penumpang MH370 yang sedang dalam kesdihan dan kedukacitaan..
Berikanlah sebarang tanda untuk pesawat itu ditemui dan mudahkanlah untuk menemuinya...
Hanya kepadaMU kami berserah dan hanya kepadaMU kami memohon pertolongan...
Aamiin....

15 Februari 2014

Haikal 9 bulan..

Bulan ni umur haikal 9 bulan.. kejap pulak aku rasa... masa mengandung dulu rasa lama giler nk tgu 9 bulan tau.. apa2 pun alhamdulillah kerana haikal membesar dengan sihat.. jarang1 la dia sakit... kakau sakit pun sakit2 biasa je... just selsama n batuk sikit2... tu pun sbb berjangkit dari ibu dia ni...

Skrg haikal dah pandai merangkak dah... lambat gak dia nk mula merangkak... sebelum ni asyik guling2 n menarik2 ke depan je... ni dah mula merangkak dan dh pandai duduk sendiri dah.. lasak bukan main lagi dia ni... mmg betul2 anak.lelaki ni...

Oh ye... ari ni 15.2.2014 kat taman aku ni ada buat maulidur rasul.. aku buat sekali aqiqah utk anak2 aku.. yela dari qaseh lahir belum buat2 lagi... skrg ni buat la utk 3 org terus...
Aku guna lembu je... so kena 5 bahagian la.. 2 lelaki 1 perempuan. 2 bahagian lagi kak ain guna.

Skrg pun harga lembu dah mahal dah... kalau buat lambat lg nnt lagi mahal kn.. ada rezeki skit ni guna la utk anak2... lgpun dah mmg tanggung jawab kita pun sebgai ibu bapa...
Mudah mudahan lepas ni rezeki aku makin murah...

Oklah..nak mandi dulu... sebelum ank2 bangun baik aku siap2kan diri.. pasni nk g jengok2 gak org taman bergotong royong..  bye...









14 Februari 2014

140214

Hari ni hari jumaat kan... hari ni johor cuti... mcm masih belum biasa lg cuti jumaat sabtu... eh... cuti tu rasa biasa je.. sape xsuka cuti kan... tp yg lg pelik bila keje ari ahad... lagi2 ahad ni ada meting lak kat jb... lg la mcm pelik kan...

Semlm baru selesai program peringkat kebangsaan.. 2 menteri sekali turun.. dah la skrg ni musim panas terik.. mmg basah jela bj bermandikan peluh.. tp bila semuanya dh selesai..lega je rasakan...
Wlupun ada la skit masalah... alhamdulillah boleh atasinya... harap2 ianya xberulang lg... bukan senang nk berurusan dgn org kan... tadah jela telinga bila diorg bising2 kan...

Nnt sambung lagila... haikal xduk diam la... alahai anak...

28 Januari 2014

PENGEMIS CINTA

Suka dan duka slih berganti
Bayang dirimu menghilang kini
Mengapa adakah aku bersalah

Menangis hati memanggilmu
Teringat segala sumpah janjimu
Dahulu akulah suri hidupmu

Apkah upaya diriku wanita
Dan yang tinggal kini kelukaan
Tak akan ku jadi pengemis cintamu
Akan ku buktikan kepadamu

Luka di hati ku rawat sendiri
Hari berlalu musim berganti
Dan kini kau ingin diriku lagi..

26 Januari 2014

Lama menyepi....

Assalamualaikum....

Hai semua.. lama blog ni sepi kan... ada ke yg menjenguk??.. sejak2 lahirkan haikal terus hilang minat nk berblog... hari ni bila bukak blog sendiri terasa nak menulis lak... Sebenarnya blog2 orang yg biasa aku baca pun aku dh tak bukak dh... makin malas membaca dh skrg ni... penyakit bahaya ni...

Untuk maklumat sekarang haikal dah 8 bulan dah... dan yang penting dia sihat sesihat sihatnya.. Takut gak kan.... fobia tu tetap ada lagi2 bila dia demam ke dia sakit ke.. tapi alhamdulillah setakat ni baru 2 kali je dia demam... demam pun x lama sgt la..

Temujanji dengan doktor pakar masih ada lagi cuma hari tu terlepas nak g.. ni tak tau bila lagi leh g... tak call hospital lagi pun... Esk chekup kat klinik je.. just timbang je rasanya.. Masa umur dia 6 bulan haikal ada kena amik darah kat hospital utk cek imun dlm badan dia ok ke x. Tapi keputusan xdpt lg ni... Harap2 semuanya okla.. Aku byk update kt fb je skrg.. macam malas nk tulis panjang2 dh..










beberapa gmbr haikal... campur2 masa kecik dan masa besar.. gambar terbaru dlm nset.. lum transfer lg.. apa2 pun aku bersyukur sgt sbb adanya haikal dlm hidup aku...

Related Posts with Thumbnails

ads by nuffnang