Seri Qaseh Nazirah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Muhammad Haikal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Pemergianmu dirindui

Lilypie Angel and Memorial tickers

Nuffnang

29 Julai 2009

BBQ SMC

Hari Sabtu lepas, seperti biasa ada perjumpaan kelab SMC.Biasanya buat kat carwash brade Jai (abg ngah aku) tapi kali ni tukar selera pulak.Perjumpaan buat kat umah Awang kat Felda Redong.Alamak,salah la pulak....bukan Felda Redong la...FELDA KEMELAH.Yang bestnya siap buat bbq....Macam-macam ada,ada ayam,ikan,mee rebus,jagung bakar dll.
















ni antara makanan-makanan yang ada.
jagung bakar yang disapu dengan mentega tu la yang membuka selera untuk aku makan.sedapnya....memang dah lama aku idamkan.


Ikan bakar cecah dengan air asam @ sambal asam (sbb pedas giler) punyela sedap....
Rasa macam nak terbakar bibir mkn....tapi memang puas hati....
Soryla gambar ikan tu lupa nak ambil sebab dan leka makan...hehehehe
Bila dah siap makan baru teringat nak ambil gambar...Takpela,kalau tak nanti terliur pulak korang menengoknya...kan...kan..kan...



ni gambar curik tau....ni akak ipar aku.
berselera betul dia mkn kan...
betul2 masa dia tengah nak masukkan makanan dalam mulut terus aku snap...huhuhuhu....
dia marah beb....



yang ni pulak acara membungkus....disebabkan makanan banyak lagi dan yang lain pulak dah terbentak perut dah tak boleh nak masukkan makanan lagi so,yang perempuan2 ni kenala membungkusnya dan diberikan pada setiap orang yang ada....bagus gak kan...dapat jugak orang kat umah merasa....
ni lagi best, yang sorang tu dah terbongkang,yang budak2 pulak dari main lari-lari sampai dah duduk diam sebab penat dan kenyang agaknya.kalau tak,mcm nak roboh umah orang dibuatnya.nasibla rumahnya lapang je....ada jugak yang dah tido....mana taknya dah nak pukul 12 mlm...
ehem..ehem...sempat pulak pasangan bahagia ni berposing....hehehehehe...bila lagi kan...
Orang kat belakang sibuk mengemas dia sibuk bergambar lak...
ni biasala.....suka ambil gambar sendiri....
sape la yang nak ambilkan gambar kita kan....
masa ni dah ontheway balik dah...gambar dalam keta je la....
Untuk pengetahuan, selagi tak pukul 12 mlm memang budak2 SMC ni takkan balik. So, walaupun dah mengantuk selagi belum ada yang nak balik kena la tgu jee....konvoila katakan....
Gedebak gedebuk,sampai rumah dah nak dekat pukul 1 pagi. yang peliknya mata aku ni tak ngantuk la pulak....tengok tv sampai pukul 2 lebih,pastu barula masuk bilik....

22 Julai 2009

RAKAN SEKERJA

Sepanjang hari ni tak de ape-ape cerita yang menarik berlaku. Semuanya seperti biasa je...
Kat opis tinggal aku dengan nurul and bos iaitu Puan Miskinah. Tapi bos asyik keluar je la....
Tadi aku siapkan laporan pasal PKEK. Dah hantar dah pun....bila keje dah selesai baru la senang hati kan.... Aku nak cuti minggu depan tapi tadi lupa pulak nak buat surat cuti.hehehehe... esk la baru buat. PKD pun katanya cuti 2 hari. Aku nak cuti bukannya sebab ape, saje je nak rehatkan
badan..

Oleh kerana tak ada ape yang nak diceritakan, maka aku perkenalkan la rakan-rakan pejabat aku.
Jom layan gambar....

Ni gambar aku dengan semua rakan opis. Masa ni ada program Maulidur Rasul. Sambutannya besar-besaran.Meriahla.... Program Bina Insan Parlimen Labis. Baju yang kitaorang pakai pun sedondon jek.... Dari kiri- nurul,aku,kak ros,kak midah,dan kak mis.





Disebabkan gambar dia takde kat atas, aku letak special sikit gambar dia...yang lain tu jgn jeles....huhuhuhu... Yang ni gambar aku dengan kak liza, nama dia Norfadzliza bte Hj. Mahad. Dia Penyelia Bina Insan. Diala yang menghandle program ni...aku malas nak cerita pasal program ni sebab sebenarnya program ni tahun lepas punye. Ni saje nak tunjuk gambar kawan-kawan pejabat je...

Yang ni gambar aku dengan PM (Pemaju Masyarakat) senang cakap cikgu TABIKA. Kat sebelah aku kak midah,Kak Suriati dan Kak Anis. Masa ni sempena Program Konvokesyen Kanak-kanak TBK KEMAS. Mcm dapat ijazahla kan....





Ini la 2 orang budak nakal...huhuhu...
Aku dengan Nurul. Nama sebenar dia Wan Nurulhuda bte Wan Ismail. Dia la kawan baik dan kawan gaduh aku kat opis. Kalau dia takde kat opis rasa mcm sunyi jek... Dia ni tak boleh dipuji lebih-lebih sangat..Nanti cepat perasan lak...hehehehe... Sory nurul....
Kalau nak keluar,m
esti kitaorang keluar berdua. Tak kisahla opis tu ada orang ke tak... Tapi tu semua cerita dulu-dulu la... Sekarang ni mcm dah baik sikit...dah tak nakal sangat....


Lupa lak nak kenal kan bos aku...
Ni la bos aku
, Penyelia Kanan KEMAS Labis. Nama dia Puan Miskinah bte Turat. Aku panggil dia Kak Mis je..Orangnya ok... Leh dibawa berbincang. Bila bos ok, keje tak la tension kan.... Takla mcm bos lama...kalau dengan bos lama tu,rasa malas je nak g keje...ada je cerita yang tak sedap didengar setiap hari. Malas la nak cerita pasal dia.Buat sakit hati jek...




Susah betul nak cari gambar nie.... Gambar ni kira gambar terbaru la...Masa ni Program Maulidur Rasul Tahun 2009. Untuk tahun ni kitaorang pakai baju sama. Warna Coklat la pulak... Yang kat sebelah aku tu En Darham. Dulu dia pun penyelia KEMAS tapi sekarang dah pencen dah. Walaupun dah pencen kitaorang stay rapat dengan dia lagi... Yang kat belakang tu ada kak midah,kak Asiah, nurul,Kak Som dan Kak Nah. Kat dalam dewan orang tengah berceramah. Kitaorang kat luar sibuk bergambar...Bagus...bagus...

21 Julai 2009

Kenangan BerCINTA

Dalam hidup ni, banyak perkara yang dah dan akan berlaku pada diri kita. Perkara yang dah berlaku tu akan di panggil KENANGAN. Bila diimbau balik kenangan-kenangan lalu, ada yang sedih,happy,pilu,teruja dan macam-macam lagi perasaan. Ada kenangan yang kalau boleh kita nak ulang balik dan ada juga yang kalau boleh kita tak nak ia berlaku lagi.

Kenangan yang best dalam hidup aku masa aku mula-mula bercinta.hehehehhe...
First time bercinta masa umur 15 tahun beb. Masa tu la aku kenal dengan suami aku.
Kalau nak tau dia la first love aku dan sekarang dah pun jadi suamiku...
Aku pulak second love dia. Tak kisah la...asalkan kitaorang bahagia.

Cerita pasal cinta ni, banyak dugaan masa bercinta kan....
Dah la bercinta masa sekolah, orang kata cinta masa sekolah ni namanya cinta monyet... tapi kalau dah sampai ke jinjang pelamin cinta ape namanya ek...??? Tu la namanya CINTA SEJATI kan.... huhuhuhuhu....
Selama kitaorang bercinta, mcm-mcm dugaan yang kami hadapi. Adatla kan....
Tapi yang bestnya semuanya dapat diatasi. Kalau tak dapat,tak kawen beb....
Aku dengan Lan start bercinta masa umur 15 tahun, bertunang masa umur 22 tahun. Tu pun bila masing-masing dah ada keje baru leh tunang, kalau tak jgn harap....
Ikat tali pertunangan selama 2 tahun tapi amik masa selama setahun setengah je, pastu terus nikah.

Masa bertunang dugaan yang kami hadapi hebat jugak... Ada sampai hampir-hampir nak putus tau. Tapi kerana sayang dan cinta yang ada dalam diri ni membuatkan kami bertahan. Sebenarnya memang dah jodoh kami berdua kan.... Masa bercinta dan tunang kitaorang selalu gak la gaduh.. Tapi Alhamdullillah bila dah kawen ni tak la gaduh sangat... setakat masam-masam muka tu adalah.... Aku harap jodoh kami berpanjang sampai ke kiamat dan harap-harapnya tiada la lagi dugaan-dugaan yang hebat melanda hubungan kami sebagai suami isteri...
AMIN....

Cerita orang mengandung

Hari ni aku dapat tau yang kawan sepejabat aku mengandung. Dah 3 bulan katanya. Tapi yang aku sedih kenapa baru hari dia bagitau aku sebab dah 3 bulan dia ngandungkan... Dia kawen dah setahun lebih, baru ni la dia mengandung. Aku tumpang gembira bila dia dah mengandung tapi aku tengok dia yang macam tak happy bila dia mengandung. Dia kata dia taknak bagitau orang. Dia nak orang tau sendiri.Aku cakap dengan dia apa-apa hal biarla orang opis tau sebab nanti tak lah diaorang asyik suruh dia buat keje berat-berat. Tapi dia kata 'nantila...' Erm..aku pun tak fahamla... Patutnya bila kita tau kita mengandung kita akan rasa excited, lagi-lagi bila dah lama kita menunggu saat ni. Erm.. tak tau la kan.. Lain orang lain gayanya.

Tentang diri aku pulak, sekarang ni aku tengah tunggu hari je... Dah ada rasa sakit kat bawah sikit-sikit. Kalau boleh aku taknak bersalin lambat, biar cepat lagi bagus. huhuhu....Jangan kata aku tak takut, takut tu memangla ada tapi apa-apa pun kenala hadapinya jugak..
Hari ahad ari tu aku ada pergi rumah bidan untuk ambil air selusuh. Persediaan untuk bersalin tu memang dah aku buat. Sambil ambil air selusuh mak bidan rasa-rasa la perut aku. Dia kata aku bersalin awal dari tarikh due. Baby pun dah turun ke bawah. Baru aku tau yang air selusuh tu kena minum masa dah sampai hospital masa dah sakit nanti. Tak boleh minum dulu.... Di sebabkan aku dengan akak aku (mawar) mengandung dan bersalin pada tahun yang sama, kitaorang kena bertukar kain batik. Kalau tak katanya nanti salah sorang akan selalu sakit. Tak tau la betul ke tak,apa-apa pun ikut la kata orang tua-tua kan...

20 Julai 2009

MESYUARAT PUTERI UMNO BAHAGIAN LABIS

Hari ahad 19 Julai 2009 aku pergi mesyuarat Puteri Bahagian Labis. Aku salah sorang dari AJK Puteri Bahagian merangkap Ketua Puteri UMNO Cawangan Perumahan Awam Labis.
Banyakla pulak pangkat ek... Bila banyak jawatan ni, byk la jugak tangunggjawabnya.
Nasib la anak-anak buah aku kat cawangan boleh diharap.

Untuk Majlis Perasmian, Puteri bergabung dengan Wanita. Buat kat Dewan Majlis Daerah Labis.
Perasminya ialah YB Dato' Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan. Dapatla tengok muka dia dengan jarak yang dekat. Disebabkan yang datang Menteri Belia dan Sukan maka, budak-budak Pejabat Belia sibukla kena buat persiapan. Meriah jugakla sambutannya. Ada acara silat, zapin, kompang,bunga manggar.Macam-macamla....















Mula perasmian pukul 10 pagi. Habis pukul 12.00 tgh. Lepas tu kitaorang makan. Lepas tu, kena pergi balairaya Kg. Sungai Gatom sebab puteri bermesyuarat kat sana. Mesyuarat berjalan dengan lancar. Habis meting pukul 2.30 petang. Lega... selesai kerja aku untuk hari nie....
Kesian Lan kat rumah sebab minggu ni dia balik aku takde kat umah...














Macam ni lah keadaan aku masa pergi mesyuarat puteri. Orang lain pakai baju putih kain pink, aku pulak terlebih sudah... Semuanya pink... Hehehehe, nak buat mcm mana dah uniformnya tak muat..

PROGRAM MERAKYATKAN SENI BUDAYA

Pada 18 Julai 2009 iaitu hari Sabtu aku kena bertugas menjadi pengadil pertandingan membaca budak sekolah rendah. Pesertanya seramai 28 orang.
Sebenarnya aku ni takla pandai sangat nak jadi pengadil pertandingan tu, tapi last minit orang minta tolong, so buat jela... Ikut telingan aku la sape yang baca best....
Rasanya keputusan yang aku buat betul... Yang menang memang layak menang.
Lepas je abis pertandingan membaca aku balik rumah dulu sebab petang nanti baru sambung acara berikutnya. Sempatla tido jap...hehehehe...

Petangnya pulak aku kena handle pertandingan kegiatan wanita. Ada pertandingan masak ikan masak lemak cili api,kuih talam,lipatan tuala dan gubahan sirih junjung.
Peserta yang masuk seramai lebih kurang 50 orang. Untuk acara ni nurul yang banyak kena buat keje. Kesian dia... Dahla aku datang lambat sebab syok tido kat umah....
Pastukan, nak dijadikan cerita, pengadilnya punyala keret. Macam bagus je... Dahla tak bagi orang lain nak rasa. Dia siap bungkus pulak masakan yang dapat johan. Eeeeee kitaorg tak pernah pun buat mcm tu. Kitaorg tak kenal pun dia sape. Selidik punye selidik rupa-rupanya DATIN la..... Kalau datin pun jangan la berperangai mcm tu patutnya....

Ini lah gambar-gambar yang sempat aku tangkap untuk acara pertandingan kegiatan wanita

Sambung cerita, selain KEMAS punya acara, macam-macam lagi acara yang ada. Ada pertandingan karaoke, tarik tali, main dam aji dan macam-macam lagi la.. tak ingat pulak...
Selain tu ada juga jualan-jualan dan pameran dari agensi-agensi kerajaan.
Aku tak jalan-jalan sangat sebab tak laratla... Bila selesai je bagi peserta-peserta yang kalah hadiah saguhati aku pun balik la... Walaupun tak panas sangat sebab hujan tapi badan aku tetap berasa panas. Mungkin sebab baju yang aku pakai tu kot.... Pukul 5 lebih aku sampai rumah.

Ni lah rupa aku masa aku pergi program


Nurul dan pm-pm nya sedang sibuk mencatat nama pemenang

Sampai ke rumah,ingat nak g segamat dengan lan. Alih-alih dia taknak g pulak sebab nak tengok perlawanan bola antara MU dengan Malaysia. Erm... dengan aku sekali menontonnya. Best jugak tengok bola. Dalam perlawanan tu nmpknya Malaysia hampir-hampir memalukan MU. Nasibla ada OWEN yang menyelamatkan keadaan. Malaysia kalah tipis dengan jaringan 2-3.
Nampaknya pemain-pemain Malaysia boleh dibanggakan.

Bola habis pukul 7.40. Akak iparku ajak dinner kat rumah dia pulak sebab dia masak lauk kegemaran lan. Lepas tu aku dengan lan pun bersiap-siapla pergi segamat jugak...
Mcm kelakar je kan g segamat hanya untuk makan. hehehehe....
Aku tak tido umah mak mertua sebab esk aku ada meting puteri bahagian pagi-pagi. Habis je makan lepak-lepak jap, pastu terus balik Labis semula.

17 Julai 2009

CERITAKU....

Hari ni aku banyak buat edit untuk blog aku.
konon-kononnya nak cantikkanla...
orang tengokla hasilnya...hehehe..

Hari ni kat opis takde keje sangat...cuma sibuk menyampul hadiah untuk
pertandingan kegiatan wanita esk....
Esok aku dengan nurul kena handle pertandingan kegiatan wanita
(pertandingan masak,gubahan dan lipatan) sempena program Merakyatkan Seni Budaya.
So...esk walaupun hari cuti aku kenala bekerja juga....
Hari ahad pulak ada meting puteri UMNO bahagian.
Nampaknya minggu ni aku takde cuti...
Suamiku pulak balik ari nie...kesian dia kena duk umah je sbb
dia gerenti tak nak ikut aku.


Hari ahad ni juga ada autoshow kat Batu Pahat. Budak-budak SMC dah ada yang
tanye nak g ke tak.. Oleh kerana aku busy, nmpknya mcm tak g je...
Suamiku pulak tak tau la dia nak g ke tak... Tapi kalau sempat aku ajakla dia pegi...
Kalau tak masuk pun sekurang-kurangnya dapatla tengok kereta-kereta orang lain kan...



Yang ni adalah kereta aku. Dah pernah masuk autoshow dah..
Pernah dapat tempat ketiga, kedua, dan pertama.
Semua dah pernah rasa....
Kereta ni daripada berwarna putih bertukar menjadi seperti sekarang ni. Suami aku sayang sangat kat kereta ni tau.
Tapi rasanya aku masih jadi no. 1 dalam hati dia hehehehe...







Gambar ni masa kami masuk pertandingan autoshow anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat sempena Karnival
JOM Centre. Masa ni kereta BEN10 dapat JOHAN. huhuhuhu
Memang tak sangka kereta kitaorang boleh menang dalam kategori EXTRIM.Padahal kereta-kereta lain lagi power beb.
Apa-apa pun syukur kerana rezeki berpihak pada kami.
Dapatla bawa balik hamper,piala dengan wang tunai.
Berbaloilah duk kat Dataran tu sampai petang dengan panas teriknya.





Kalau nak tau,ni la kereta aku yang asalnya. Berwarna putih.
Banyak tak perbezaanya dengan sekarang??
Hah...jangan tak caya tau....
Masa ni first time aku masuk autoshow anjuran SMC.
Ni pun sesaje je.... Nak diikutkan segan la dengan kereta lain sebab kereta yang lain tu cantik-cantik belaka. Masa ni aku belum kawen lagi. Sebab tu la kereta tu mcm tu je...
Kereta ni jadi lain kerana inisiatif suamiku...
Tapi kan, Jgn tak caya, kereta aku dapat tempat ketiga tau dalam kategori standard. Bolehla kan dari tak menang langsung.

01 Julai 2009

Gambar-gambar kat Cherating

ni gambar masa malam sukaneka.Yang depan baju merah adalah uda aku. Budak kecik kat dia anak buah aku,anak abgngah.Yang lelaki tu adik aku dan yang kat seblah aku tu anak buah aku yang sulung (anak uda)

bergambar dengan adik beradik.Yang baju biru tu akak aku yang sulung (along). Kta depan dia anak dia yang bongsu bernama syafika.

Ni gambar aku dengan Miza Liyana Taha.

Posing lagi. Kali ni budak kecik kat depan tu anak uda lak. Nama dia Miza Husna, panggil uun.

Ni sebenarnya kes balas dendam. Konon-konon kitaorang nak bergambar sama-samala.Pastu apa lagi,Siram airla kat kepala abgngah. Sebabnya dia yang buat kitaorg dulu....

Ha... ni la kes jahil yang abgngah buat kat kitaorang.Tengah posing-posing boleh pulak dia nak simbah kitaorang dengan tepung.Yang paling teruk kena akula...Walaupun masa siram dia dengan air aku tak terlibat...Aku cuma tengok je..Kalau tak caya tengok balik gambar kat atas.

Ni gambar aku bersama suami tercinta.Masa ni aku mengandung 8 bulan tau.Tapi tengokla perut aku.Macam takde isi je...Maklumla...orang nya memang berisi so perut pun tak nampak.









Yang ni acara sampingan....Bila dah ada kat pantai mana boleh lepaskan peluang untuk main tanam-tanam kat pasir kan....
Ni la orang2 yang buat jenayah kat Mr. Sany kita.
Mr. Sany terus baik demam lepas kena tanam...hehehehe...









inilah orang kuat dibelakang tabir..
hehehehe....aku salah sorang orang yang kena handle acara sukaneka...
eeee...bukan senang tau nak handle ramai2 orang tu....
ada 7 kumpulan....satu kumpulan ada 12 orang..
cubala kira dan bayangkan ye.....




ni acara sukaneka. Salah satu acaranya
adalah tarik tali...memang best la tengok
gelagat diaorang....








Ni gambar kereta aku dengan kereta abang ipar suamiku...
Hehehe...paham-paham sendirila eh...
Cuba teka yang mana kereta aku....










Ni bergambar masa nak balik.....
Siap kain rentang lagi.....
Kalu nak tahu...kat belakang tu la rumah sementara aku...hehehehe....
Kereta tu la yang aku naik masa konvoi...

Konvoi SMC ke Cherating

Pada 26-28 Jun 2009 aku dan geng SMC konvoi ke Cherating.
Perancangan memang dah dibuat awal.
Alhamdullilah semuanya berjalan lancar.
Sebanyak 26 kereta kancil dan 1 bas. Yang naik bas tu Kakitangan PDK sebab mereka pun join kitaorang juga. So, memang best la sebab ramai kan....
Keseluruhan orang yang ada sebanyak 120 orang. Lebih kurang mcm tu la....

26hb kami semua bertolak tengah malam. Pukul 12 baru gerak...
Bukan senang nak kumpulkan semua orang tau....
Sepanjang perjalanan semuanya ok. Takde apa-apa masalah...
Sampai Cherating pukul 5.30 pagi sebab kitaorang banyak berhenti dan bawa tak laju...
Aku banyak tido je...Kesian kan suami aku sbb dia yang drive...
Kami semua menginap di Mermaid INN Resort. Habis tempat tu semua kitaorang booking...
Sampai je sana kitaorang terus ambil bilik dan TIDO..........
Rehatkan badan.....
Sampai tengah hari jugala kitaorang berehat...
Sementara tu, Bas PDK pun sampai sebab diorang bertolak pagi.
Petang kami adakan aktiviti sukaneka....
Syok......
Sambil bersukaneka ada juga yang mandi laut....

Untuk Acara malam, ada barbeku dan sambung sukaneka lagi sebab banyak hadiah yang dah tersedia....
So, nak abiskan kenala tambah acara.
sampai pukul 12 malam baru la abis game....
Letih beb....tapi memang menyeronokkan...

28hb kitaorang dah nak balik....
Kena chekout pukul 12tgh.
Pagi2 ada yang keluar pergi sarapan....
Lepas balik sarapan sambung mandi kat laut tau....
main bola tamparla...bola sepakla....
Aku hanya mampu menonton jela....
Sebab keadaan tak mengizinkan....erm....

Pukul 1 lebih baru kitaorang konvoi untuk balik....
Sampai segamat pukul 5.30 petang.
Aku terus balik ke rumah mak mentua aku di Kg. Jawa.
Nasib baik esknya cuti Hol...
So, panjangla masa untuk aku berehat...
Erm....setakat ni jela cerita aku...

Semoga terhibur.....




Gambar di diambil masa berhenti rehat kat R&R Muazam.Pukul berapa pagi ntah.. Bila dah kat kedai makan tu pekenala milo tarik dengan roti canai. Baru la segar sikit mata.







Yang ni aku bergambar dengan dengan anak sedara aku. Putri Nurbatrisyah namanya.
Aku bergambar kat depan laut tapi berlatar belakangkan resort yang kitaorang tinggal.
Related Posts with Thumbnails

ads by nuffnang