Seri Qaseh Nazirah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Muhammad Haikal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Pemergianmu dirindui

Lilypie Angel and Memorial tickers

Nuffnang

20 Julai 2009

PROGRAM MERAKYATKAN SENI BUDAYA

Pada 18 Julai 2009 iaitu hari Sabtu aku kena bertugas menjadi pengadil pertandingan membaca budak sekolah rendah. Pesertanya seramai 28 orang.
Sebenarnya aku ni takla pandai sangat nak jadi pengadil pertandingan tu, tapi last minit orang minta tolong, so buat jela... Ikut telingan aku la sape yang baca best....
Rasanya keputusan yang aku buat betul... Yang menang memang layak menang.
Lepas je abis pertandingan membaca aku balik rumah dulu sebab petang nanti baru sambung acara berikutnya. Sempatla tido jap...hehehehe...

Petangnya pulak aku kena handle pertandingan kegiatan wanita. Ada pertandingan masak ikan masak lemak cili api,kuih talam,lipatan tuala dan gubahan sirih junjung.
Peserta yang masuk seramai lebih kurang 50 orang. Untuk acara ni nurul yang banyak kena buat keje. Kesian dia... Dahla aku datang lambat sebab syok tido kat umah....
Pastukan, nak dijadikan cerita, pengadilnya punyala keret. Macam bagus je... Dahla tak bagi orang lain nak rasa. Dia siap bungkus pulak masakan yang dapat johan. Eeeeee kitaorg tak pernah pun buat mcm tu. Kitaorg tak kenal pun dia sape. Selidik punye selidik rupa-rupanya DATIN la..... Kalau datin pun jangan la berperangai mcm tu patutnya....

Ini lah gambar-gambar yang sempat aku tangkap untuk acara pertandingan kegiatan wanita

Sambung cerita, selain KEMAS punya acara, macam-macam lagi acara yang ada. Ada pertandingan karaoke, tarik tali, main dam aji dan macam-macam lagi la.. tak ingat pulak...
Selain tu ada juga jualan-jualan dan pameran dari agensi-agensi kerajaan.
Aku tak jalan-jalan sangat sebab tak laratla... Bila selesai je bagi peserta-peserta yang kalah hadiah saguhati aku pun balik la... Walaupun tak panas sangat sebab hujan tapi badan aku tetap berasa panas. Mungkin sebab baju yang aku pakai tu kot.... Pukul 5 lebih aku sampai rumah.

Ni lah rupa aku masa aku pergi program


Nurul dan pm-pm nya sedang sibuk mencatat nama pemenang

Sampai ke rumah,ingat nak g segamat dengan lan. Alih-alih dia taknak g pulak sebab nak tengok perlawanan bola antara MU dengan Malaysia. Erm... dengan aku sekali menontonnya. Best jugak tengok bola. Dalam perlawanan tu nmpknya Malaysia hampir-hampir memalukan MU. Nasibla ada OWEN yang menyelamatkan keadaan. Malaysia kalah tipis dengan jaringan 2-3.
Nampaknya pemain-pemain Malaysia boleh dibanggakan.

Bola habis pukul 7.40. Akak iparku ajak dinner kat rumah dia pulak sebab dia masak lauk kegemaran lan. Lepas tu aku dengan lan pun bersiap-siapla pergi segamat jugak...
Mcm kelakar je kan g segamat hanya untuk makan. hehehehe....
Aku tak tido umah mak mertua sebab esk aku ada meting puteri bahagian pagi-pagi. Habis je makan lepak-lepak jap, pastu terus balik Labis semula.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

ads by nuffnang