Seri Qaseh Nazirah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Muhammad Haikal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Pemergianmu dirindui

Lilypie Angel and Memorial tickers

Nuffnang

21 Julai 2009

Cerita orang mengandung

Hari ni aku dapat tau yang kawan sepejabat aku mengandung. Dah 3 bulan katanya. Tapi yang aku sedih kenapa baru hari dia bagitau aku sebab dah 3 bulan dia ngandungkan... Dia kawen dah setahun lebih, baru ni la dia mengandung. Aku tumpang gembira bila dia dah mengandung tapi aku tengok dia yang macam tak happy bila dia mengandung. Dia kata dia taknak bagitau orang. Dia nak orang tau sendiri.Aku cakap dengan dia apa-apa hal biarla orang opis tau sebab nanti tak lah diaorang asyik suruh dia buat keje berat-berat. Tapi dia kata 'nantila...' Erm..aku pun tak fahamla... Patutnya bila kita tau kita mengandung kita akan rasa excited, lagi-lagi bila dah lama kita menunggu saat ni. Erm.. tak tau la kan.. Lain orang lain gayanya.

Tentang diri aku pulak, sekarang ni aku tengah tunggu hari je... Dah ada rasa sakit kat bawah sikit-sikit. Kalau boleh aku taknak bersalin lambat, biar cepat lagi bagus. huhuhu....Jangan kata aku tak takut, takut tu memangla ada tapi apa-apa pun kenala hadapinya jugak..
Hari ahad ari tu aku ada pergi rumah bidan untuk ambil air selusuh. Persediaan untuk bersalin tu memang dah aku buat. Sambil ambil air selusuh mak bidan rasa-rasa la perut aku. Dia kata aku bersalin awal dari tarikh due. Baby pun dah turun ke bawah. Baru aku tau yang air selusuh tu kena minum masa dah sampai hospital masa dah sakit nanti. Tak boleh minum dulu.... Di sebabkan aku dengan akak aku (mawar) mengandung dan bersalin pada tahun yang sama, kitaorang kena bertukar kain batik. Kalau tak katanya nanti salah sorang akan selalu sakit. Tak tau la betul ke tak,apa-apa pun ikut la kata orang tua-tua kan...

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

ads by nuffnang