Seri Qaseh Nazirah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Muhammad Haikal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Pemergianmu dirindui

Lilypie Angel and Memorial tickers

Nuffnang

31 Oktober 2011

Gambar raya 2011

Dah nak raya haji dah baru aku dan upload gambar raya aidilfitri... Maklumla orang takde kamera kan... Kena la tunggu amik gambar kat kamera orang dulu baru leh cite....

Banyak tau gambar... tengokla korang sampai muntah eh.....


Raya tahun nie kan turn aku..Maka pagi2 raya bersamala keluarga aku yang tersayang.... Gambar first harusla bersama mak kan.... Masa ni qaseh taknak amik gambar.. dah tak cantik sbb dia nagis...takpe yg penting ibu dengan ayah senyum..... Dah nmpk kan tema keluarga aku warna apa.....

Disebabkan gambar ditapis-tapis, tapis2 pun banyak gak ni kan... Maka diteruskan dengan gambar beramai-ramai. Semua keluarga aku ada kecuali along aku sbb dia beraya dengan mentua..... Masing-masing ada warna tema keluarga masing2.... Yang paling menyerlah warna merah kan... Tahun depan aku nak warna merah la pulak...hehehehehe..... Korang nmpk aku tak? Ye, aku yg nmpk kepala tu je...

Gambar mmg tak tersusun sbb aku malas... aku download terus je... Mana dulu mana kendian ada aku kisah..aku cite berdasarkan gambar jela yee... Ni gambar keluarga aku... Tahun ni keluarga aku kecik je...ada 3 orang je.. Tahun depan bertambah lagi satu... Qaseh masih belum ada mood nak bergambar... Masam je muka dia....

Tanda kasih sayang ibu dan ayah pada qaseh.... Tahun depan gambar mcm ni kat baby pulak.... hehehe...

Mcm adik beradik tak??? Yang sebelah tu kakak aku...hehehehe... Tak la..anak kakak aku...anak uda la.... nila anak sedara aku yang sulong. Dah sama besar dengan makcik dia dah...Bezanya da kurusla kan....

Baru nmpk senyuman qaseh sbb dapat naik motor.... Suka beno naik motor minah nie....

Lepas bermaaf-maafan dan bergambar2 tak ingat dunia dan makan2 yang berulang2 kali kami semua pergi ke sini.... Masa ni baru ingat dunia.... Ni kubur arwah abg uda aku... Qaseh duk depan sekali tau masa orang baca doa. Ingat dia pun menadah tangan, rupanya dia main batu putih tu.... Lepas tu ke kubur atok abah qaseh pulak.... Kat kubur atok abah qaseh mmg real baca doa. Siap usap muka mengaminkan doa. Aku ada rakam aksi qaseh masa kat kubur atok abah tu. Qaseh suka nak tgk video tu.. Nnt dia kata tengok atok abah.....

Lepas ke kubur kami beraya ke Segamat pulak... Mak g rumah besan-besan dia. Besan2nya kat segamat je kan... Senangla nak g sbb tak jauh. Mula2 g umah mak mentua abgngah... Tapi takde la pulak aku amik gambar masa kat sana. Aku amik gambar yang ada muka aku je...hehehehe.... Pastu ke rumah mak mentua aku pulak...  Masa ni along aku dah ada dah... Yang pakai baju merah duk depan sekali tu.... Yang baju hijau tu akak ipar i ye... Sape yang rasa nak bergambar je yang ada dalam gambar ni.....




RAYA KE DUA.....

Raya kedua yang lelaki dah takdela nak pakai baju melayu lagi kan... Yang perempuan mesti mentain anggun bergaya.. huhuhu... Sbb semalam tgk warna merah menyerlah so, raya kedua aku dah pakai merah pulak dah...hahahaha dasar tak sabar tunggu thn depan kan.... Gambar pertama feling baru2 kawen la...hahahaha

Rasa tak lengkap pulak gambar berdua je.. Tarik qaseh sekali baru rasa lengkap......

Hari kedua qaseh ada mood nak bergambar, muka dia senyum je...

Baju qaseh tu bukan baju baru... Baju kurung lama tu, disebabkan nak sama tema merah sarung je.... (tu pun nak cite ke?) :)


Cara bergambar tujuannya nak tengok perut dah nmpk ke lum... Masa ni aku ngandung 5 bulan. Sekali kameraman amik gambar separuh je pulak....


Ok..baru betul gambar penuh... Tapi tak nmpk mcm org ngandung kan... Nmpk gemuk je... Takpe cakapla aku gemuk aku tak kisah pun..... gemuk berisi tu.....

Budak comel yang tak duk diam....

Qaseh dan ayah yang mesra sesangat.... Nmpk pulak gambar aku tengah amik gambar kat cermin tu....

Macam2 aksi dua beranak nie.....

Sbb semalam dia takde mood nak bergambar, hari ni kita bagi dia gambar banyak2.....

dan lagi......

Lain mcm je muka qaseh... Kena cahaya lampu kat atas tu agaknya.....

Suka qaseh kena lambung
Nape banyak sangat gambar nie... Ooo... tadi masa upload aku tak pilih2 ye....

Alang2 dah terupload ni kita layan je la.... Opps nampak pusat....

Aku tak daya dah nak lambung2 qaseh....

Nak dukung pun dah tak larat dah sekarang....




Selagi dia nak senyum, kita amik je gambar dia.....



HARI KETIGA.....


Aku dan Dia....hahahaha... Jgn salah anggap ye... Ni adik aku.... Masa ni uda ajak beraya ke rumah akak ipar dia kat rembau. Baru terasa jauh sikit jalan... Balik kampung...ooooo balik kampung....hehehehe

Suasana kat sini mmg kampung jadi qaseh main mcm budak2 kampung biasa main la... Dia main kat luar... Naik basikal la... Main tarik2 rumput la.. Aku biarkan je... Lagi pun ramai yang tengokkan dia.

Lepas ke kampung kami ke bandar pulak... Ke JB..hahahaha nak jalan jauh sangat kan... amikkkk kooo...
Pergi beraya umah kawan uda, pastu tido kat JB..kat hotel apa ek..lupa plak.... Tu pun bukan senang nak cari hotel last minit... Mula2 ingat nak tido kat sri malaysia je.. Sekali penuh da... nasib kat town tu ada hotel yang kosong.... Masuk hotel mandi2 jap keluar balik nak g mkn....

Sampai kat tempat makan... Qaseh dah tido dalam keta....dah tengah malam ko.....

Aku dan uda... Nak makan kat tempat lain sekali restoran tu dah tutup.... Terus ubah plan... Last2 mkn kat dataran JB tu.... Ramai giler orang walaupun dah tengah malam.... Rasa meriah....



HARI KEEMPAT.....



Balik time.... Sebelum naik lif berposing dulu.....

Kat lobi hotel selepas bersarapan.... Qaseh dapat belon upin... Beli masa kat pasar...apa nama pasar yang buka malam2 tu....

Tak nak lepas belon tu dari tangan dia.....

Lokasi seterusnya ke rumah uda yang kat bandar Baru Uda.  Aku lum pernah tgk lagi rumah dia nie... Eh, bukan aku je.. ramai yang tak tengok lagi.Tu yang g tu.... Cantik tau rumahnya... Dah siap cat semua dah cuma biar kosong je dulu.... Nak sewakan pun sayang je....

Diakhiri dengan gambar kami berdua lagi...... Sape lagi comel....???
Ooo... terima kasihla kerana cakap aku...hahahaha perasan... Aku anggap korang cakap aku jee... sbb kalau tak nnt aku sentap pulak......huuhuhuhuhuhu....


Ok semua.... Selesai juga aku update entry nie.... Bila gambar abis aku akan anggap cerita aku pun berakhir... Ada banyak lagi gambar sebenarnya tp paham2 jela... Tak larat nak masukkan semua....

Cuma nak tambah sikit.... Lepas dah beraya sakan ni, bila balik je rumah satu keluarga demam... Mula2 Lan demam,pastu qaseh, pastu aku pulak... Cuti raya dah la lama, sambung dengan MC pulak... huh...mmg rehat jela... Terus tak dapat nak beraya rumah kawan2... Diorg bukan balik kampung lama pun kan... Bila aku dah sihat diorg dah balik keje kat bandar sana... Erm... tahun depan je la kita jumpa ye kawan2.....




Dugaan datang berganda....

Aku nak update blog ni tp tak tau nak cite apa sedangkan banyak benda yang aku nak kongsikan...
Mcm susah nak mulakan mukadimah... Tp skrg ni mmg bnyk sangat perasaan yang aku rasa.. Rasa marah,sayu,sakit hati,sedih mcm2 la... Yang pasti semuanya yang negatif.

Tak sepatutnya perasaan2 negatif tu melanda diri aku yang lemah ni kan.... tapi apakan daya aku manusia biasa.. Walaupun nmpk aku diam je tp aku tak boleh nak terus pendam... Aku pun bukanla nak luahkan semuanya kat sini just nak kongsi2 cerita je.....

Aku tau masa mengandung ni mmg emosi berubah2... Aku rasa setakat ni aku berjaya buat diri aku bersabar dan tak mudah melenting. Aku banyak diamkan diri. Tapi bila aku diam makin sakit aku rasa. Sakit dia tak boleh nak kata... Walau apapun aku cuba tenangkan diri lagi...

Dugaan mmg selalu datang. Pandai2 kita la nak menghadapinya dengan cara yang mcm mana. Aku redha dengan semua tu dan aku cuba hadapinya dengan tenang. Aku tau tuhan sayangkan aku.... Bila aku bersabar rasa mudah je dugaan tu berlalu....


27 Oktober 2011

TIPS MENANGANI ANAK

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah...

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

"anak- anak ibarat kain pUtih. iBu bApa laH yanG mencoRakkanNya menjaDi yAhudI, nAsRani atAu mAjusI"


Semoga menjadi panduan untuk kita semua........


21 Oktober 2011

Gambar Naik keretapi....

Semalam dah citer serba skit kan... Hari ni dah janji nak masukkan gambar so, saksikan la.....


 Budak2 tgh tunggu bas. Semua dah pandai peace dah..... Qaseh mana ntah. Masa ni ibu qaseh lambat sampai..Sian diorg kena tunggu i tau..hehehee.... sory yee...

 Ok...Bas dah sampai.... semua boleh naik..

 Yang paling suka naik bas adalah budak kecik nie... Masuk bas terus duk belakang sekali...
Aku pun tak paham kenapa dia nak duk belakang. Bila ibu sampai je terus la ke belakang sbb diorg sorang je duk situ....

 Mula2 bas hantar ke stesen keretapi je... So, perjalanannya kejap jee.. Alih2 je dah sampai.... lepas tu bas terus ke segamat tunggu kat stesyen ketapi sana.

 Bergambar dengan penyelia dan cikgu2... Nak jugak berposing kan....
Qaseh mmg perlu dipegang sbb bila lepas je dia punye tak reti diam waduh2.....
Letih ibu ko nie.... Dia nak jalan kat rel ketapi tu je...

 Masa ni qaseh dah terlepas dah... Dia main pusing2 kat tiang bendera..... Gasak la dik....

 Ni budak2 lain... Semua pandai duduk kan..ce tengok qaseh ada takkat situ..... takde kan....

 Kita gambar beramai-ramai dengan pengurus stesyen pulak... Meriah kejap stesyen ketapi tu dek kerana budak2 nie...

 Nasib tak ramai orang yang nak naik ketapi sekali masa tu... Ada dalam 2-3 orang je...

 Qaseh perlu didukung walaupun ibu dia tak larat sbb kalau tak, tak nmpk pulak dia yang comel molek tu... hehehe....

 Dah naik ketapi dah.... Ibu nak amik gambar qaseh dia tak nak... Pelik pulak... biasanya kalau suruh senyum cepat je dia.... Kali ni dia marah pulak ibu bila nak amik gambar dia... Gambar ni cikgu dia amik...

 Masa ni ayah call tanye dah nak ketapi ke? Suruh dia cakap dengan ayah pun dia tak nak... Nape ntah....
Nasib qaseh nak senyummm...

Dia duduk kejap je.. pastu dia dah main lari2...

 Hahahaha... qaseh menangis... Setelah bersenyum-senyum amik gambar tadi, qaseh main jalan2 kat tengah2 tu... ketapi kan goyang2 kan... ibu risau la kalau dia jatuh tp dia bukan nak dengar kata... Siap main lompat2... Sape yg tak geram..... tak jgn salah paham.. ibu tak pukul dia pun eh....

 Ibu cuma bawa dia g kat polis yang ada kat depan tu je... Polis tu jaga apa ntah kat situ..katanya polis tu bawa duit... Ibu ckp dengan qaseh nnt polis tu tangkap dia tak dengar kata jugak kan... apa lagi dukung dia bawa ke polis tu... terus dia menangis... hehehehe... Yang bestnya terus dia duk diam2 tau... senang sikit....

 Ok..dah sampai segamat dah... Dekat je.. dalam setengah jam dah sampai...

 Suruh budak2 beratur dulu dan kira jumlah cukup ke tak... takut ada yg tertinggal dalam ketapi ke..heheeheh...

 Kita gambar lagi.... Seronok budak2 taska ni...siap bye2 ketapi tu....

 Dan lagi.... aku pun nak peace jugak....

 Ok boleh jalan semua... bas dah tunggu dah....

 Risau kan bawa budak2 kecik nie... bila lalu je nampak gelombang kuning... orang2 sekeliling tengok je...

Sibuk orang bertanye bape tahun semua ni?? ckp la 2 hingga 4 tahun... yang dah 4 tahun tak risau sangat, yang 3 dengan 2 tahun ni risau sikit... sbb tu ajak ramai2 ikut... aku harus ikut sbb aku tau anak aku mcm mana...kan dia baaikkk sangat.....!!!!

 Sebelum pergi kat bas posing lagi...

 dan lagi......

 dan lagi.....hehehehehee...

 Dah boleh naik bas... kejap je tp nak handle budak kecik bukan mudah yee....

Masa ni aku g beli air kotak...kering pulak tekak ni.... naik bas terus balik sekolah semula... dalam bas qaseh tak diam jugakkk.. disebabkan dalam bas takde polis maka ibu dia terpaksa banyak bersabar melayan perangai dia... Biar je dia nak buat apa.. bila jatuh tau pulak nagis kan....



 Mula2 dia duk diam la sbb minum air..lepas tu.....takyah cite la kan....
 
 
Bila dah sampai dia tak nak turun bas... Ckp mcm2 pun dia buat dek je.. Ibu pun tinggalkan je la... APa lagi terus nagis.... 
 
Bila datang dekat dia diam tapi tetap tak nak turun. Terus macam je muka dia...
Last2 cikgu dia yang mengamankan... Cikgu cakap esk naik bas lagi baru dia nak ikut turun....
Qaseh...qaseh.....
Rasanya dah abis citer dan dah abis gambar.... Ada lagi 2 keping gambar nak tunjuk....jeng jeng....

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


 Mula2 ibu dia je senyum... sbb dia kan tak nak amik gambar kan.....

Last2 senyum jugak.... Comel je kan anak beranak ni.... hehehehe... sekali sekala perasan takpe kan....hikhikhik....




Dah tu je.... semoga terhibur dengan apa yang saya coretkan ni..... bye



Related Posts with Thumbnails

ads by nuffnang