Seri Qaseh Nazirah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Muhammad Haikal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Pemergianmu dirindui

Lilypie Angel and Memorial tickers

Nuffnang

17 September 2009

BERSUNAT

Pagi tadi aku bawa qaseh g klinik sbb dia dah sebulan. Ingatkan kena injet ari ni rupa2nya tak. Umur 2 bulan baru kena injet. Tadi just timbang dan amik ukuran badan je..
Berat qaseh naik tak banyak pun...Ingatkan berat dia dah naik sampai 4 kilo tapi hanya 3.87kg jek... Takpela yang penting qaseh sehat dan nampak tembam....

Lepas balik dari klinik kerajaan,aku bawa qaseh ke klinik swasta pulak (klinik keluarga) untuk sunatkan dia. Aku takut gak,tapi aku memberanikan diri utk tengok ape yang doktor potong nak sunat org perempuan nie... Erm...rupanya sikit je yg doktor gunting. Qaseh pun relax je.. Tak nagis pun.. Biasala,anak ibu kan kuat kan... Dah selesai dah tangunggjawab aku utk menyunatkan qaseh.Lepas ni takyah nak pk pk lagi.

Lepas balik dari sunat ingat nak bawa qaseh g tindik telinga pulak. Nak raya ni kan,biarla ada anting-anting kat telinga dia. Tapi tak jadi g sebab ayah qaseh tak bagi. Dia kata qaseh kan kecik lagi. Kesian budak tu nanti sakittt.... Sebagai ibu dan isteri yang solehah,aku ikutla kata suamiku...huhuhu...(padahal aku pun kesiankan qaseh).

Hari nie qaseh asyik tido jek.. Minum susu pun kurang. Mana taknya,malam tadi dia dah menyeksa aku dan tak bg aku tido.Dah bagi susu,dah salin pampers,tapi tetap taknak tido sampai aku yg tertido tido.Pastu dia nagis lak.Penyudahnya sampai ke pagi.Disebabkan nak g klinik,mak uda dia mandikan dia pg2 dan aku pun mandi sekali.Bila g klinik dia dah mula nak tido dan terus tido... Kat klinik masa nak timbang kenala bukak semua baju qaseh,masa tu je la dia nagis kejap.Sebab sejuk agaknya. Bila dah pakaikan baju dia diam dan terus tido semula.
Itu la perangai anak aku yang bernama SERI QASEH NAZIRAH BTE MOHD NAZLAN.............

16 September 2009

QASEH SEBULAN

Hari nie usia qaseh genap sebulan. Qaseh pun dah makin besar. Dalam masa sebulan nie mcm2 yang aku alami dan pelajari selepas bergelar ibu. Alhamdulillah semua dugaan dan masalah dapat aku tempuhi. Aku pun dah semakin sehat. Harap tiada ape2 lagi la masalah yang bakal aku terima kelak.
Esok aku kena bawa qaseh g klinik sbb dia dah sebulan kan.. So, dia akan dienjit.hhehehe...
dan kemungkinan besar aku nak g sunatkan dia sekali...Kalau tak esk,bila lagi kan....Harap2 qaseh tak menangisla esok...

Hari nie uteh dah datang sini (umah uda) sbb mak dah balik serting. Sebelum ni mak jaga dia kat umah dia. Ni dah takde sape nak jaga,dia balik la umah uda. So, uteh dan aku berpantang sama2 kat umah uda. Mikail pun ada la kat sini. Jadinya qaseh adalah kawan...

Erm...tak tau la nak cerita ape lagi... Esk kalau ada cite best aku tulis lagi ye...bye.


Layan gambar jom.....

bila qaseh dengan mikail dah rapat2...ni la yang berlaku....kecik2 ni takpela,dah beso jgn mcm ni ye ...kang ibu babab kang....
gambar qaseh semalam baru lepas mandi.muka sedih je...Rindu kan ayah ye qaseh....


qaseh pakai skirt semalam...barula nmpk ciri2 kewanitaan...huhuhu...tapi tido tetap mcm tu....


bila qaseh senyum...sungguh menawan mcm ibu dia la...ahaks..(perasan jek)..comel anak aku....

Yang ni gambar qaseh pagi tadi. Renunganmu menusuk kalbu nak.....


Lihatla betapa tembam dan bulatnya qaseh sekarang....Dah sebulan la katakan....Kejap je anak ibu besar...Cayang Qaseh.....Muahhh


Qaseh dan Mikail.Dua-dua kena bedung.Tapi nampak mcm qaseh lebih kecik dari mikail...Takpela,qasehkan baby girl,kecik barula comel.....

15 September 2009

QASEH DAN MIKAIL

Qaseh dah berjumpa dengan Mikail pada hari Sabtu dan Ahad yang lalu.
Kan aku ada janji nak ambil gambar mikail lagi kan... So,aku dah ada byk gambar dia. Dan aku juga ada ambik gambar qaseh bersama mikail. Jom tengok...

ni ke ibu mikail...eh salah nie...ni ibu qasehla...sibuk je nak bergambar dengan mikail kan.... Inila anak sedaraku yang ke 13.

Haahh....yang ni baru ibu mikail.Sama tak rupa diorang...Ni la kak mawar aku. Aku panggil dia uteh.Qaseh panggil dia mokteh....


Ni la Qaseh dan Mikail. Tengokla mikail sama besar dengan qaseh walaupun dia baru 2 hari masa aku mabil gmbr ni. Sedangkan qaseh dah nak masuk sebulan dah...hehehehe
takde beza pun tahap kebesaran mereka tapi rupa diorang memang berbeza.... Boleh lena je diorang tido padahal mak-mak nya bising2 kat sebelah dia...gelak2 la,borak2 la...



Ni pulak gambar2 mikail.Ada banyak lagi tapi ni jela aku tunjukkan. Sama je gambarnya.
Bulat kan dia....mata dia kecik je....rambut dia tak lebat mcm rambut qaseh....

12 September 2009

PABILA QASEH MENANGIS



Qaseh kalau menangis tak reti perlahan dah sekarang nie... dia terus jerit je...
Aku nak g mandi pun susah. Nasib ada anak2 sedaraku utk boleh tengok2kan qaseh bila aku g mandi. Qaseh pantang ditinggal,mcm tau-tau je dia tinggal sorang.

Minggu ni ayah qaseh tak balik. Dia ada keje ari Sabtu dan Ahad. So,qaseh tak dapatla jumpa ayah. Ayah balik minggu depan.terus cuti raya. Lamanye nak tunggu.... takpela...dah tugas kan...
Ayah kata ayah rindu qaseh tapi kenala sabar je... Aku pulak yang sedih...tengah taip ni pun boleh sayu hati jee sbb aku pun rindu kat ayah qaseh...hisk3...



Yang ni vidoe qaseh menangis sbb tak dapat puting. Aku kena sumbat puting kat mulut dia sebab dia asyik nak menyusu jeeeeee.... Kadang-kadang bukannya dia betul2 nak nyusu tapi sekadar nak ada benda kat mulut dia.tu yang kena sumbat puting tu...
Lagi satu dia pandai auta... Dia nagis konon-konon nak susu,bila kita amik dia,pegang nak bg susu dia diam nak terus pejam mata rapat-rapat. Tau tak ape maksudnya... maksudnya,dia cuma nak dipegang je.... Kalau kita pegang dia lena je dia tido..tak berbunyi langsung. Cuba letak kat tilam...kejap-kejap mengeliat. Mengeliat siap bunyi-bunyi pulak tu....Geram je aku tengok dia...

Aku kan dah masukkan qaseh dalam buai kan... Aku rasa dia kat dalam buai dengan kat atas tilam sama jek... Bila kat dalam buai sikit2 nak kena enjut. Kalau tak asyik berbunyi je dia... aku asyikla kena keluar masuk kan dia dalam buai tu. Naik letih badan nak bangun2. Sekarang ni aku dah dapat cara baru nak tido kan dia dengan lebih lama. Iaitu dengan meletakkan dia di atas badan aku secara meniarap. Bila buat mcm tu lama dia tido. Dengan aku aku sekali tido. Nasibla aku ni bukan jenis yang tido lasak. So, selamatla anak aku kat atas badan aku. Kalau nak letak dia kat bawah sambil tido meniarap takut tertutup lak hidung dia nnt. Bahaya kan... so, redo jela badan ni dijadikkan sebagai tilam dia.
Posisi qaseh akan begini bila dia tido...

Beginila keadaan qaseh bila dia tido atas badan aku. Yang warna merun dengan biru tu baju aku. Dia akan lebih lena tido begini... Aku pun tak leh la nak pusing2. Kenala telentang je....
Bila dia nagis aku letak dia kat sebelah aku lak dan bagi le susu... tu maksudnya dia dah lapo....
K la... ini saje laporan saya...Sekian..

Qaseh dapat kawan baru

Semalam akak Mawar aku (Uteh) dah selamat bersalin. Dia dapat baby boy.... Alhamdulillah semuanya selamat. Uteh sama-sama ngandung dengan aku.Beza cuma sebulan jee. Due dia patutnya 14/9 tapi baby keluar 11/9. Cepatla pulak.Masa aku lambat 2 hari...nasib-nasiblakan...
Dia bersalin pukul 4.25 pagi. Baby dia punyela semangat. Beratnya 3.75 kg. Peh...kalah qaseh... qaseh cuma 2.7kg jee...Macam manala masa dia teran tu...takut aku nak membayangkan...
Aku tak tengok lagi baby uteh tu. Tapi uda dah g tengok dah kat hospital petang tadi.Aku suruh uda amik gambar baby. Jom tengok rupa babynya...


ha....punyela tembam pipi dia...tak mcm qaseh,sekarang ni pun pipi qaseh tak mcm ni. Baby ni keluar-keluar je dah tembam mcm ni...huh... muka mcm cina....entah ikut rupa sape la ek.. mak melayu...bapak jawa....anak keluar cina....hahaha...ni gambar versi penuh... Hanya ni je la gambar yang aku ada. Nanti kalau aku g tengok dia aku ambil gambar dia lagi dan aku masukkan kat blog ni lagi yee... Esk lusa muka dia mesti lain punye....

So, ni la kawan qaseh nanti...sepupu qaseh yang sama baya dengan qaseh. Beza umur tak sampai sebulan yee... Tapi beza badan memang ketara. Nanti aku letak qaseh kat sebelah baby ni dan tengok sape lagi beso....
Lupa lak nak bagitau nama baby...Uteh kata dia nak letak nama MUHAMMAD HAFIY MIEKAIL. Mcm tu la kot ejaannya. Ni anak dia yang ketiga. Nak sama nama dengan abg dia la tu. Nama abg dia Muhammad Hafiy Zikry. Akak dia pulak Seri Nurmaisyurah. Jadinya anak uteh 2 lelaki 1 pompuan. Tapi yang pompuan lebih lasak dari yg lelaki. Yang ni tak tau la pulak mcm mana perangai nya.....Tunggu dan lihat je la....

09 September 2009

GAMBAR TERBARU QASEH










qaseh dan buaian

Oleh kerana qaseh suka ditepuk-tepuk dan dibuai-buai,so ari ni aku masukkan dia dalam buai...
Hahahaha... Semalam boleh dia taknak tido.Sampai pukul 4 pagi aku tunggu dia tido.Baru tido kejap dan nagis lagi...Susu jangan cakap la...asyik hisap jee...tu pun tak cukup-cukup jugak... Geram je aku dengan dia semalam.Tapi nak buat mcm mana kan... nama pun anak...Seorang ibu kenala byk bersabar dan byk berkorban demi untuk ANAK....
Hari ni try biar dia tido dalam buai.Harap-harap dia tido lena sampai ke pagi la... Boleh la aku ganti balik waktu tido aku yang semalam tu...hehehe boleh ke mcm tu???
tembamkan muka qaseh sekarang...tgk la pipi dia...best tau cium dia...tu la kuat sangat nyusu...
qaseh dalam buaian...lena jugakla dia tido.ni masa dia tido siang tadi.Jap lagi aku nak tgk macam mana lak bila dia tido malam dalam buai..





08 September 2009

Ayah Pandai Mandikan Qaseh

Hari jumaat lepas aku balik rumah mak mentuaku. Lan balik dari JB kitaorang terus g segamat.Petang jumaat tu mak Lan nak g putrajaya lak dengan kak adik. So,tinggal aku dengan lan dgn qaseh dgn adik lan je (hakim) kat umah tu. Aku cakap dengan Lan sape nak mandikan qaseh nanti sbb aku tak berani lagi nak mandikan qaseh. Lan kata dia boleh mandikan.Berani seh dia...Sekali betul2 dia mandikan anak dia.Macam tak caya lak aku.Korang caya tak?kalau tak caya aku boleh bagi bukti.... Jom kita saksikan bagaimana caranya seorang ayah memandikan anaknya yang baru berusia 3 minggu.




Nasib qaseh suka mandi.Dia diam je masa mandi tak kisahla sape pun yang mandikan dia.Badan qaseh pun dah keras.Dia dah boleh diri tegak...Jadi,tak susahla utk mandikan dia kot.....
Ayah bukan setakat mandikan qaseh je...semua keje dia buat...hehehehehe
Dia la yang basuh baju qaseh,masak untuk ibu,kemas rumah dan mcm2 lagila..
Tak sangka aku suami aku serajin tu....


Sekarang ni qaseh dah susah nak tido.Baru tido kejap dia dah tersedar. Bila tersedar tu terus nagis je...Pastu mulutnya cari2 nak susu....Bukan senang nak jaga anak ni....Macam2 ragam dia... Dah besar nanti mcm mana la pulak... Aku harap qaseh jadi anak yang baik dan dengar kata. Kalau tak, tak tau la ape nak kata.Aku sayang sangat kat qaseh.....Dia la segala-galanya bagiku....


03 September 2009

Berat Qaseh Bertambah Lagi

Hari ni nurse datang rumah untuk cek dan timbang qaseh. Nampaknya berat qaseh makin naik. Dari 3.3 kg dah sampai 3.8 kg. Wah...cepat betul berat qaseh naik kan...
Mana taknya...kalau boleh setiap saat qaseh nak menyusu. Baru letak kat tilam dah nak susu lagi... Penat ibu tau... Nurse juga kata qaseh dah takde kuning lagi. Qaseh dah sehat sepenuhnya. Aku pun dah tak yah risau lagi... Sekarang ni memang baby tengah nak membesar,so...dia akan menyusu je... Masalahnya mak dia yang makin kecik nanti...hehehehe...

Qaseh juga kuat mengeliat.Sikit2 dia akan mengeliat.Mengeliat siap bunyi-bunyi pulak tu... His anak dara aku sorang ni.... Esok hari Jumaat...bermakna ayah qaseh akan balik esok. Tak sabar nak tunggu ayah balik kan qaseh.... Rancang nak ke rumah mak lan esk. Rumah uda akan buat buka puasa dan solat terawih sempena abg uda nak g mekah ari Isnin nie... Khemah dah pasang dah pun.... Nanti mesti orang ramai kat umah ni. Tu yang aku nak mengundur diri ke rumah mak mentua aku pulak. Bukannya ape,aku taknak susahkan orang...

Hari isnin nanti uda g hantar abg uda ke lapangan terbang. Takkan aku nak tinggal sorang lak kan...Aku g segamat je la... Hari Selasa lak Aiman UPSR. Uda mesti bz nak uruskan anak dia pulak. Aku doakan aiman berjaya dalam UPSRnya. Harap dia dapat jawab semua soalan dengan betul...

Bila la Uteh nak beranak..Kalau dia dah beranak kan senang...Boleh aku sama-sama berpantang dengan dia.Takla boring...hehehehe....
Hari tu dia dah masuk hospital tapi dah keluar pulak. Doktor kata bila dah sakit sangat baru dia datang balik. Erm...aku ingat dia dah bersalin hari tu...Harap dia bersalin senangla...Kesian kat dia bawa perut beso.

Eh,macam-macam lak cerita aku nie... Ingat nak cite pasal qaseh jee...
Tula, bila dah mula tulis bukannya ingat dunia.semuanya nak diceritakan...
erm..klah..takde ape lagi cerita tentang qaseh...Hari ni dia baik jee....



tgkla muka qaseh dh tembam. pipi dia dah melebar dah....tapi muka dia ada ruam pulak.tak kisahla yang penting qaseh masih comel...dah sedap dah nak cium dia....

02 September 2009

CERITA-CERITA SELINGAN

Bila dah jadi ibu ni baru la tau betapa susahnya nak melahirkan dan nak jaga anak....
Masa jadi anak suka sangat susahkan mak kan...ha...ambik ko....rasala sendiri sekarang ni....
Tapi ape2 pun inila pengalaman yang paling bermakna.Ia juga satu pengajaran yang banyak aku pelajari bila dah bergelar ibu ni....

Bukan senang nak membesarkan anak ni....Masa kecik ni kita sayang sangat kat dia.Kita risau kalau ape jadi kat dia.Tapi bila dia dah besar nanti,dan dia tak dengar cakap kita mesti kita geram dan terkilan kan.... Masa ni la aku fikir adakah aku anak yang macam tu.....???
Aku harap aku tak menghampakan emak aku dengan perangai aku yang sedia ada nie...

Anak...anak....
Anak satu anugerah yang tak ternilai dari ALLAH. Patutla orang yang dah lama kawen tapi tak dapat2 anak akan rasa kecewa dan sedih. Aku dapat rasakannya sebab aku kena tunggu 7 bulan untuk mengandung selepas aku kahwen.Tu baru 7 bulan...Orang yang tunggu sampai 7 tahun ntah mcm manala perasaan dia.....
Aku bersyukur sangat kerana ape yang aku dah keluarga hajati dah tercapai.
Dah lengkaplah keluarga aku sekarang ni..... Lepas ni tak la aku sunyi lagi sebab qaseh ada menemani aku setiap hari. Maklumla,ayah dia kan keje jauh.Hujung minggu je baru jumpa...

Lepas je lahirkan qaseh,aku takut nak membayangkan untuk beranak lagi. Yela...sakitnya masih aku rasai. Bila tido je aku mesti terbayang balik sakit masa nak bersalin,masa nak teran,masa nak berpantang...Eeeee semuanya mengerikan... Kalau qaseh nak ada adik pun mungkin lambat lagi kot.Aku masih fobia lagi nie... Bagila aku rehat dulu dalam 2-3 tahun. Tapi kalau tuhan nak bagi cepat tak boleh nak elak jugak kan... eeeee tapi aku memang takut lagi nie...Tak nak la pikir.... Aku rasa macam dah tak nak beranak lagi lepas ni.Tapi bila pikir balik tak kan la anak aku sorang je... Bila dia dah besar nanti tinggal la aku dengan ayah dia je... Aduh...susah jugak kan... Aku tak taula bape orang la anak aku nanti.... Semoga tuhan mempermudahkan semuanya untuk aku.....

Masa berpantang ni adalah masa yang sangat sensetif bagi seorang perempuan. Jangan ada salah sikit mesti hatinya akan tersentuh. Bila dah tak tahan boleh sampai menangis. Orang kata orang berpantang tak elok menangis,tapi mana boleh tahan-tahan kan...
Masa ni juga la ada yang kena bentan dan meroyan. Harap-harap aku dijauhkan dari semua tu....Amin...

Cerita pasal berpantang,lepas je balik dari hospital aku terus ke rumah mak mentua aku. Aku berpantang kat situ selama seminggu. Mula-mula rancangnya aku berpantang kat umah uda terus,tapi dah mak mentua nak jaga....ikut jela... Lagipun Lan cuti seminggu,so...dia lebih selesa kat umah mak dia la kan...Adik beradik lan pun nak balik tengok baby senang....
Masa kat sana semuanya ok...Mak la yang masak,basuh kain mandikan baby,semuanya dia yang buat...Kesian tengok dia. Lan pulak siapkan air mandi aku,siapkan makan,pakaikan stoking,tukar pampers baby dan tolong jaga baby bila malam sbb waktu siang baby tido je....
Masa tu aku masih sakit lagi...Luka-luka semua masih pedih..Nak gerak kena pelan-pelan...
Seronok gak la bila ingat balik sebab semua orang sama-sama tolong jaga aku. Bila dah seminggu barula balik umah uda dan Lan pun balik JB. Balik sini anak-anak uda suka sangat sbb diorang suka kat baby.Boleh la minta tolong diorang tengok-tengokkan baby ke,amikkan barang ke...
Kat sini ada bibik,so..semuanya bibik yang buat la...takla penat akak aku..
Tugas uda adalah mandikan baby,masakkan lauk aku,pakaikan bengkung untuk aku sbb aku tak reti nak pakai sendiri...bukan manja eh.... Nasib kat sini ada internet,bolehla aku mengupdatekan blog ni dan boleh la tau perkembangan dunia terkini....hehehehe....
Kat sini aku duk dalam bilik jee...Malas la nak keluar.Nasib ada laptop ni.kat sini la aku tgk tv,dengar lagu....so,takla boring sangat kan... Bila qaseh nagis semuanya akan ditinggalkan dan aku akan melayan anak aku dulu...
K la... esk cite lagi...nak tido...best je tengok qaseh tido...Nanti dia bangun,jangan harap aku leh tido....bye....

Setelah 19 hari Qaseh Lahir

Hari ni genap 19 hari Qaseh lahir di dunia ni...Selama dia ada,aku terus terang yang aku memang tak cukup tido...Dia tido siang tapi jaga pada waktu malam...Dia tak menagis tapi matanya nnt terkebil-kebil je...Bila tengok dia tak tido takkan la aku nak tido lak kan...
Qaseh hanya akan menagis bila dia nak susu dan bila dia membuang je...tu pun sbb dia geli...Kalau agak2 dia tak geli dia akan tido je....Senangkan jaga qaseh...tapi tu masa umur dia seminggu la...
Sekarang ni qaseh dah pandai menagis dan kalau menagis tak reti pelahan.Lagi2 bila orang asyik dukung dia je...bila letak je dia kat tilam mesti dia nagis...Aduh....letih mak....
Dan sekarang ni pulak qaseh dah kuat menyusu...Kalau dulu minum sikit je dah cukup....Sekarang dah bagi 2 kali pun tak cukup....tu lagi satu perkara yang meletihkan aku...
perit beb... Tapi ape pun demi anak yg tersayang sanggupku lakukan ape saje....

Walau ape pun yang qaseh buat,aku akan cuba rakamkan... sekarang ni dia suka senyum...Kadang2 tiba2 je dia senyum dan ketawa...Bila talipon ada kat tangan aku dapatla aku ambil gambar dia.Muka dia hari-hari berubah. Sekarang dia dah semakin tembam dan berisi. Masa umur dia 10 hari berat dia dah naik 3.3kg. Sekarang ni tak tau la bape dah berat dia. Esk baru timbang lagi.(hari ke-20) Harus naik lagi berat dia ni...Dukung dia pun dah terasa berat..

Aku suka ambil gambar qaseh...setiap hari aku ambil gambar dia...Tapi ada cite sedih sikit...
Gambar masa dia hari pertama dgn gambar2 kat hospital semua dah ilang...aku dah terdelete...
Macam nak nagis je bila gambar tu semua tak dapat disimpan..Kalau tak, byk gmbr yg boleh aku letak dalam blog ni....eeeeeeee tak nak ingat la cite sedih tu.....

Untuk mengembirakan hati aku balik....aku ambil jee gmbr qaseh...konon2 untuk ganti yg hilang tu...tapi semuanya tak sama....Nasib qaseh pandai ambik hati aku dengan senyuman dia....

01 September 2009

LAHIRNYA SERI QASEH NAZIRAH

Qaseh 1 hari
 
Setelah lama menunggu kelahiran baby sulungku, akhirnya masanya tiba juga...
Pada 16 Ogos 2009 tepat jam 9.46 pagi lahirla seorang bayi perempuan yang dinamakan Seri Qaseh Nazirah. Beratnya 2.7kg.Kulitnya putih dan gebu.Muka dia katanya ikut muka ayah dia.
Alhamdulillah semuanya selamat dan sihat.Bayiku cukup sempurna....
Aku mcm tak percaya yang aku dah jadi seorang ibu...Besarla tangunggjawab aku lepas ni...

Sebelum Qaseh lahir,aku duduk dalam wad 3 hari. Masuk 13hb iaitu hari khamis dan ari ahad barula dia lahir. Aku lebih due 2 hari.Patutnya due aku 14hb.Tu yang kena tahan wad tu....
Sepanjang 3 hari kat dalam wad aku tak rasa sakit pun...Tanda pun tak keluar lagi.Hari Sabtu baru keluar tanda iaitu lendir + darah.Walaupun dah keluar tanda,aku tetap tak rasa sakit.
Kat dalam wad tu kira akula senior.Orang lain masuk kejap dah keluar,aku relax je duk dalam tu...Tapi best gak tau...dapat tgk orang sakit nak bersalin,pastu cuak je nak tunggu giliran kita pulak sakit...
Agak2 boring je,pegi plak tengok member2 yang dah bersalin punye baby...
Banyak pengalaman duk kat hospital ni...
Ha...yang bestnya lagi, setiap kali waktu melawat,ada je orang datang tengok walaupun kita tak sakit terutama suami aku...hehehehe....diorang datang bawa makanan pulak tu...tak abis-abisla makanan kat meja aku... Tengah malam pun aku leh makan lagi tau....Kawan-kawan lain siap mengata,tapi aku pedulik ape...kalau tak mkn basi lak nnt kan.... Lagi pun masa ngadung ni la boleh bedal apa saje...bila dah beranak takleh dah nak makan sebarangan....

Abisla cite ngadung la ni nak cite pasal sakit nak bersalin lak...
Aku mula rasa sakit pada pukul 1 pagi.masa tu sakitnya datang sikit2 je..
Pukul 3 dah mula sakit setengah jam sekali.Aku dah rasa aku ni mcm nak bersalin...tapi selagi boleh tahan,aku tahan je dulu...Aku dah suruh lan stanby dan tak bg dia tido sangat.Nurse yang jaga pagi tu pulak suka merungut bila buat keje,aku nak bgtau yang aku sakit pun aku takut...
So,aku diam je la dulu.Masa dia nak cek aku adala juga bgtau yang aku dah mula rasa sakit,dia cuma kata ok...
Bila dah mcm tu,takkan aku asyik nak bgtau dia je kan...tahan je la sakit tu....
Pukul 4.30 sakitnya dah lebih kerap,10 minit sekali.Aku dah suruh Lan datang.Oleh kerana mak aku nak ikut,dia g amik mak aku sekali.Pukul 5 Lan dah ada kat hospital,aku suruh dia naik masuk kat wad aku. Bila nurse yang buat keje tak ikhlas tu nmpk je Lan,baru dia tanye aku,sakit ke?Aku jawab la yee...Pastu dia suruh aku masuk bilik rawatan sbb dia nak tengok jalan...
Aku takut gak manala tau dia seluk tak betul ke....nyanye aku....
Tapi nasib dia ok...masa tu sakit aku dah makin kerap 5 minit sekali. Nurse tu kata jalan dah buka 4 nak masuk 5 cm. Dia tanye aku leh tahan ke x?Kalau tak,dia nak terus hantar aku ke level room. Tak sempat aku jawab,dia tengok je keadaan aku terus dia kata "saya hantar awak sekarang la."sbb masa tu aku tgh tahan sakit. Dia suruh amik baju baby. Masa tu pulak mak dengan Lan tengah kemas2 meja dan katil aku. Sebelum pegi level room aku sempat minta izin kat nurse tu untuk mandi dulu.Yela..takut dia tunggu aku lama sangat lak kan... Dia bagi tapi dia pesan jangan meneran kat dalam bilik air tu... Dah siap2 semua,aku sempat mkn roti sikit sbb mlm tadi aku tak mkn pun... time nak beranak,time tu la tak mkn... Bila dah sakit nak mkn pun tak berselera.Roti tu pun separuh je yg aku mkn...Pastu minum air sikit.
Pastu aku g la menyerah diri kat nurse. Dia amik dokumen2 aku dan tolak aku ke level room dengan menaiki kerusi roda. Ingat nak jalan je,tapi dia suruh naik kerusi tu,aku naik je la...

Sampai je kat level room aku tgk semua orang tido...takde orang yang bersalin pagi tu....
Nurse2 pun membuta la... Lepas baring kat katil,nurse2 pun datang la kat aku cek mcm.Masukkan airla,oksigen la...semuanya dengan muka yang mamai.Naik seram aku dengan diorang ni...boleh buat keje ke tak...huuhh...
Alhamdulillah semuanya ok.Aku masuk kat level room tu pukul 6 lebih.Pukul 7 diorang dah tukar ship.Bila sampai je nurse yang baru barula aku konfiden sikit. Muka diorang pun segar2 belaka. Oleh kerana ari tu ari ahad,maka tak ramaila nurse yang ada.Nurse pelatih hanya seorang je.Maklumla,hari cuti.Kalau hari biasa ramai giler nurse pelatihnya.
Tak kisahla bape ramai pun,yang sakitnya tetap aku sorang kan....
Nak cerita pasal sakit ni...mak aiiii,tak boleh tahan.....
Nak ngunggu bukak jalan tu yang sakit amat sangat.Masa tu jalan baru bukak 6 cm.Nak kena tunggu lagi 4 cm.ADUHHHH.....korang rasala sendiri nanti eh.....
Bila dah 8 cm,aku dah tak boleh tahan lagi...rasa nak meneran jeee...
Ada sorang nurse tu tanye,"awak rasa nak neran ke?"Aku jawab la ye...
Dia suruh aku teran.Aku pun teran la....Ingat sekali teran terus keluar,kena banyak kali teran okey....Tu pun dah separuh nyawa rasanya.Sebelum tu sempat aku suruh nurse tu panggil suami aku dulu.Masa ni la Lan pun masuk...Dia la yang bagi aku semangat untuk meneruskan perjuangan....
Tapi memang susahla nak beranak nie..Lagila first time macam aku ni...Nafas nak kena panjang yee....Kalau pendek mmg susahla kau nak beranak...
Aku punye nafas lak tak berapa nak panjang.Huh...tak leh ingatla mcm mana aku buat.
Entah kali yang ke berapa teran baru baby betul2 keluar.Tak kisah la kan...yang penting dah selamat. Lepas je baby keluar,badan aku terus lemah....Lan pulak dah kena keluar amik air sembahyang untuk khamatkan baby....
Walaupun baby dah keluar,kita sebagai ibu ni lum abis keje lagi yee...
Dapat rehat kejap je..pastu kena pulak bersedia untuk keluarkan uri dan dijahit...hahahaha....
Masa dengar orang2 terdahulu bercerita,bab ni la yang paling takut di dengar,tapi bila dah alami,erm...kita leh buat selambek je masa dia jahit tu...Yang penting jangan keraskan badan...
Aku boleh lak nak tertido masa dia nak jahit...redo je ok....
Nasib koyak aku dan dia gunting tak banyak...so,kejap je la nurse jahit...
Aku juga bernasib baik sebab dapat nurse yang baik2.Hanya 3 orang je nurse yang ngadap aku masa bersalin.Nurse tu jugak tolong keluarkan darah beku aku....
Bila dah siap semuanya dia suruh aku rehat.Pastu dia bagi baby yang dah siap berpakaian suruh aku susukan...Lan pun masuk lagi untuk khamatkan baby. Lepas tu dia keluar balik. Aku duk la dalam bilik tu dengan baby dan aku tryla susukan dia.Tapi baby aku tak nak hisap lak...
Bila susu dah ada baby lak yang tak nak hisap..Macam mana tu????
Tak lama Lepas tu aku dibawa masuk ke wad semula....


Sekian la dulu.....Qaseh nagis lak nie....
Related Posts with Thumbnails

ads by nuffnang