Seri Qaseh Nazirah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Muhammad Haikal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Pemergianmu dirindui

Lilypie Angel and Memorial tickers

Nuffnang

12 September 2009

PABILA QASEH MENANGIS



Qaseh kalau menangis tak reti perlahan dah sekarang nie... dia terus jerit je...
Aku nak g mandi pun susah. Nasib ada anak2 sedaraku utk boleh tengok2kan qaseh bila aku g mandi. Qaseh pantang ditinggal,mcm tau-tau je dia tinggal sorang.

Minggu ni ayah qaseh tak balik. Dia ada keje ari Sabtu dan Ahad. So,qaseh tak dapatla jumpa ayah. Ayah balik minggu depan.terus cuti raya. Lamanye nak tunggu.... takpela...dah tugas kan...
Ayah kata ayah rindu qaseh tapi kenala sabar je... Aku pulak yang sedih...tengah taip ni pun boleh sayu hati jee sbb aku pun rindu kat ayah qaseh...hisk3...



Yang ni vidoe qaseh menangis sbb tak dapat puting. Aku kena sumbat puting kat mulut dia sebab dia asyik nak menyusu jeeeeee.... Kadang-kadang bukannya dia betul2 nak nyusu tapi sekadar nak ada benda kat mulut dia.tu yang kena sumbat puting tu...
Lagi satu dia pandai auta... Dia nagis konon-konon nak susu,bila kita amik dia,pegang nak bg susu dia diam nak terus pejam mata rapat-rapat. Tau tak ape maksudnya... maksudnya,dia cuma nak dipegang je.... Kalau kita pegang dia lena je dia tido..tak berbunyi langsung. Cuba letak kat tilam...kejap-kejap mengeliat. Mengeliat siap bunyi-bunyi pulak tu....Geram je aku tengok dia...

Aku kan dah masukkan qaseh dalam buai kan... Aku rasa dia kat dalam buai dengan kat atas tilam sama jek... Bila kat dalam buai sikit2 nak kena enjut. Kalau tak asyik berbunyi je dia... aku asyikla kena keluar masuk kan dia dalam buai tu. Naik letih badan nak bangun2. Sekarang ni aku dah dapat cara baru nak tido kan dia dengan lebih lama. Iaitu dengan meletakkan dia di atas badan aku secara meniarap. Bila buat mcm tu lama dia tido. Dengan aku aku sekali tido. Nasibla aku ni bukan jenis yang tido lasak. So, selamatla anak aku kat atas badan aku. Kalau nak letak dia kat bawah sambil tido meniarap takut tertutup lak hidung dia nnt. Bahaya kan... so, redo jela badan ni dijadikkan sebagai tilam dia.
Posisi qaseh akan begini bila dia tido...

Beginila keadaan qaseh bila dia tido atas badan aku. Yang warna merun dengan biru tu baju aku. Dia akan lebih lena tido begini... Aku pun tak leh la nak pusing2. Kenala telentang je....
Bila dia nagis aku letak dia kat sebelah aku lak dan bagi le susu... tu maksudnya dia dah lapo....
K la... ini saje laporan saya...Sekian..

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

ads by nuffnang