Seri Qaseh Nazirah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Muhammad Haikal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Pemergianmu dirindui

Lilypie Angel and Memorial tickers

Nuffnang

02 September 2009

CERITA-CERITA SELINGAN

Bila dah jadi ibu ni baru la tau betapa susahnya nak melahirkan dan nak jaga anak....
Masa jadi anak suka sangat susahkan mak kan...ha...ambik ko....rasala sendiri sekarang ni....
Tapi ape2 pun inila pengalaman yang paling bermakna.Ia juga satu pengajaran yang banyak aku pelajari bila dah bergelar ibu ni....

Bukan senang nak membesarkan anak ni....Masa kecik ni kita sayang sangat kat dia.Kita risau kalau ape jadi kat dia.Tapi bila dia dah besar nanti,dan dia tak dengar cakap kita mesti kita geram dan terkilan kan.... Masa ni la aku fikir adakah aku anak yang macam tu.....???
Aku harap aku tak menghampakan emak aku dengan perangai aku yang sedia ada nie...

Anak...anak....
Anak satu anugerah yang tak ternilai dari ALLAH. Patutla orang yang dah lama kawen tapi tak dapat2 anak akan rasa kecewa dan sedih. Aku dapat rasakannya sebab aku kena tunggu 7 bulan untuk mengandung selepas aku kahwen.Tu baru 7 bulan...Orang yang tunggu sampai 7 tahun ntah mcm manala perasaan dia.....
Aku bersyukur sangat kerana ape yang aku dah keluarga hajati dah tercapai.
Dah lengkaplah keluarga aku sekarang ni..... Lepas ni tak la aku sunyi lagi sebab qaseh ada menemani aku setiap hari. Maklumla,ayah dia kan keje jauh.Hujung minggu je baru jumpa...

Lepas je lahirkan qaseh,aku takut nak membayangkan untuk beranak lagi. Yela...sakitnya masih aku rasai. Bila tido je aku mesti terbayang balik sakit masa nak bersalin,masa nak teran,masa nak berpantang...Eeeee semuanya mengerikan... Kalau qaseh nak ada adik pun mungkin lambat lagi kot.Aku masih fobia lagi nie... Bagila aku rehat dulu dalam 2-3 tahun. Tapi kalau tuhan nak bagi cepat tak boleh nak elak jugak kan... eeeee tapi aku memang takut lagi nie...Tak nak la pikir.... Aku rasa macam dah tak nak beranak lagi lepas ni.Tapi bila pikir balik tak kan la anak aku sorang je... Bila dia dah besar nanti tinggal la aku dengan ayah dia je... Aduh...susah jugak kan... Aku tak taula bape orang la anak aku nanti.... Semoga tuhan mempermudahkan semuanya untuk aku.....

Masa berpantang ni adalah masa yang sangat sensetif bagi seorang perempuan. Jangan ada salah sikit mesti hatinya akan tersentuh. Bila dah tak tahan boleh sampai menangis. Orang kata orang berpantang tak elok menangis,tapi mana boleh tahan-tahan kan...
Masa ni juga la ada yang kena bentan dan meroyan. Harap-harap aku dijauhkan dari semua tu....Amin...

Cerita pasal berpantang,lepas je balik dari hospital aku terus ke rumah mak mentua aku. Aku berpantang kat situ selama seminggu. Mula-mula rancangnya aku berpantang kat umah uda terus,tapi dah mak mentua nak jaga....ikut jela... Lagipun Lan cuti seminggu,so...dia lebih selesa kat umah mak dia la kan...Adik beradik lan pun nak balik tengok baby senang....
Masa kat sana semuanya ok...Mak la yang masak,basuh kain mandikan baby,semuanya dia yang buat...Kesian tengok dia. Lan pulak siapkan air mandi aku,siapkan makan,pakaikan stoking,tukar pampers baby dan tolong jaga baby bila malam sbb waktu siang baby tido je....
Masa tu aku masih sakit lagi...Luka-luka semua masih pedih..Nak gerak kena pelan-pelan...
Seronok gak la bila ingat balik sebab semua orang sama-sama tolong jaga aku. Bila dah seminggu barula balik umah uda dan Lan pun balik JB. Balik sini anak-anak uda suka sangat sbb diorang suka kat baby.Boleh la minta tolong diorang tengok-tengokkan baby ke,amikkan barang ke...
Kat sini ada bibik,so..semuanya bibik yang buat la...takla penat akak aku..
Tugas uda adalah mandikan baby,masakkan lauk aku,pakaikan bengkung untuk aku sbb aku tak reti nak pakai sendiri...bukan manja eh.... Nasib kat sini ada internet,bolehla aku mengupdatekan blog ni dan boleh la tau perkembangan dunia terkini....hehehehe....
Kat sini aku duk dalam bilik jee...Malas la nak keluar.Nasib ada laptop ni.kat sini la aku tgk tv,dengar lagu....so,takla boring sangat kan... Bila qaseh nagis semuanya akan ditinggalkan dan aku akan melayan anak aku dulu...
K la... esk cite lagi...nak tido...best je tengok qaseh tido...Nanti dia bangun,jangan harap aku leh tido....bye....

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

ads by nuffnang