Seri Qaseh Nazirah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Muhammad Haikal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Pemergianmu dirindui

Lilypie Angel and Memorial tickers

Nuffnang

01 September 2009

LAHIRNYA SERI QASEH NAZIRAH

Qaseh 1 hari
 
Setelah lama menunggu kelahiran baby sulungku, akhirnya masanya tiba juga...
Pada 16 Ogos 2009 tepat jam 9.46 pagi lahirla seorang bayi perempuan yang dinamakan Seri Qaseh Nazirah. Beratnya 2.7kg.Kulitnya putih dan gebu.Muka dia katanya ikut muka ayah dia.
Alhamdulillah semuanya selamat dan sihat.Bayiku cukup sempurna....
Aku mcm tak percaya yang aku dah jadi seorang ibu...Besarla tangunggjawab aku lepas ni...

Sebelum Qaseh lahir,aku duduk dalam wad 3 hari. Masuk 13hb iaitu hari khamis dan ari ahad barula dia lahir. Aku lebih due 2 hari.Patutnya due aku 14hb.Tu yang kena tahan wad tu....
Sepanjang 3 hari kat dalam wad aku tak rasa sakit pun...Tanda pun tak keluar lagi.Hari Sabtu baru keluar tanda iaitu lendir + darah.Walaupun dah keluar tanda,aku tetap tak rasa sakit.
Kat dalam wad tu kira akula senior.Orang lain masuk kejap dah keluar,aku relax je duk dalam tu...Tapi best gak tau...dapat tgk orang sakit nak bersalin,pastu cuak je nak tunggu giliran kita pulak sakit...
Agak2 boring je,pegi plak tengok member2 yang dah bersalin punye baby...
Banyak pengalaman duk kat hospital ni...
Ha...yang bestnya lagi, setiap kali waktu melawat,ada je orang datang tengok walaupun kita tak sakit terutama suami aku...hehehehe....diorang datang bawa makanan pulak tu...tak abis-abisla makanan kat meja aku... Tengah malam pun aku leh makan lagi tau....Kawan-kawan lain siap mengata,tapi aku pedulik ape...kalau tak mkn basi lak nnt kan.... Lagi pun masa ngadung ni la boleh bedal apa saje...bila dah beranak takleh dah nak makan sebarangan....

Abisla cite ngadung la ni nak cite pasal sakit nak bersalin lak...
Aku mula rasa sakit pada pukul 1 pagi.masa tu sakitnya datang sikit2 je..
Pukul 3 dah mula sakit setengah jam sekali.Aku dah rasa aku ni mcm nak bersalin...tapi selagi boleh tahan,aku tahan je dulu...Aku dah suruh lan stanby dan tak bg dia tido sangat.Nurse yang jaga pagi tu pulak suka merungut bila buat keje,aku nak bgtau yang aku sakit pun aku takut...
So,aku diam je la dulu.Masa dia nak cek aku adala juga bgtau yang aku dah mula rasa sakit,dia cuma kata ok...
Bila dah mcm tu,takkan aku asyik nak bgtau dia je kan...tahan je la sakit tu....
Pukul 4.30 sakitnya dah lebih kerap,10 minit sekali.Aku dah suruh Lan datang.Oleh kerana mak aku nak ikut,dia g amik mak aku sekali.Pukul 5 Lan dah ada kat hospital,aku suruh dia naik masuk kat wad aku. Bila nurse yang buat keje tak ikhlas tu nmpk je Lan,baru dia tanye aku,sakit ke?Aku jawab la yee...Pastu dia suruh aku masuk bilik rawatan sbb dia nak tengok jalan...
Aku takut gak manala tau dia seluk tak betul ke....nyanye aku....
Tapi nasib dia ok...masa tu sakit aku dah makin kerap 5 minit sekali. Nurse tu kata jalan dah buka 4 nak masuk 5 cm. Dia tanye aku leh tahan ke x?Kalau tak,dia nak terus hantar aku ke level room. Tak sempat aku jawab,dia tengok je keadaan aku terus dia kata "saya hantar awak sekarang la."sbb masa tu aku tgh tahan sakit. Dia suruh amik baju baby. Masa tu pulak mak dengan Lan tengah kemas2 meja dan katil aku. Sebelum pegi level room aku sempat minta izin kat nurse tu untuk mandi dulu.Yela..takut dia tunggu aku lama sangat lak kan... Dia bagi tapi dia pesan jangan meneran kat dalam bilik air tu... Dah siap2 semua,aku sempat mkn roti sikit sbb mlm tadi aku tak mkn pun... time nak beranak,time tu la tak mkn... Bila dah sakit nak mkn pun tak berselera.Roti tu pun separuh je yg aku mkn...Pastu minum air sikit.
Pastu aku g la menyerah diri kat nurse. Dia amik dokumen2 aku dan tolak aku ke level room dengan menaiki kerusi roda. Ingat nak jalan je,tapi dia suruh naik kerusi tu,aku naik je la...

Sampai je kat level room aku tgk semua orang tido...takde orang yang bersalin pagi tu....
Nurse2 pun membuta la... Lepas baring kat katil,nurse2 pun datang la kat aku cek mcm.Masukkan airla,oksigen la...semuanya dengan muka yang mamai.Naik seram aku dengan diorang ni...boleh buat keje ke tak...huuhh...
Alhamdulillah semuanya ok.Aku masuk kat level room tu pukul 6 lebih.Pukul 7 diorang dah tukar ship.Bila sampai je nurse yang baru barula aku konfiden sikit. Muka diorang pun segar2 belaka. Oleh kerana ari tu ari ahad,maka tak ramaila nurse yang ada.Nurse pelatih hanya seorang je.Maklumla,hari cuti.Kalau hari biasa ramai giler nurse pelatihnya.
Tak kisahla bape ramai pun,yang sakitnya tetap aku sorang kan....
Nak cerita pasal sakit ni...mak aiiii,tak boleh tahan.....
Nak ngunggu bukak jalan tu yang sakit amat sangat.Masa tu jalan baru bukak 6 cm.Nak kena tunggu lagi 4 cm.ADUHHHH.....korang rasala sendiri nanti eh.....
Bila dah 8 cm,aku dah tak boleh tahan lagi...rasa nak meneran jeee...
Ada sorang nurse tu tanye,"awak rasa nak neran ke?"Aku jawab la ye...
Dia suruh aku teran.Aku pun teran la....Ingat sekali teran terus keluar,kena banyak kali teran okey....Tu pun dah separuh nyawa rasanya.Sebelum tu sempat aku suruh nurse tu panggil suami aku dulu.Masa ni la Lan pun masuk...Dia la yang bagi aku semangat untuk meneruskan perjuangan....
Tapi memang susahla nak beranak nie..Lagila first time macam aku ni...Nafas nak kena panjang yee....Kalau pendek mmg susahla kau nak beranak...
Aku punye nafas lak tak berapa nak panjang.Huh...tak leh ingatla mcm mana aku buat.
Entah kali yang ke berapa teran baru baby betul2 keluar.Tak kisah la kan...yang penting dah selamat. Lepas je baby keluar,badan aku terus lemah....Lan pulak dah kena keluar amik air sembahyang untuk khamatkan baby....
Walaupun baby dah keluar,kita sebagai ibu ni lum abis keje lagi yee...
Dapat rehat kejap je..pastu kena pulak bersedia untuk keluarkan uri dan dijahit...hahahaha....
Masa dengar orang2 terdahulu bercerita,bab ni la yang paling takut di dengar,tapi bila dah alami,erm...kita leh buat selambek je masa dia jahit tu...Yang penting jangan keraskan badan...
Aku boleh lak nak tertido masa dia nak jahit...redo je ok....
Nasib koyak aku dan dia gunting tak banyak...so,kejap je la nurse jahit...
Aku juga bernasib baik sebab dapat nurse yang baik2.Hanya 3 orang je nurse yang ngadap aku masa bersalin.Nurse tu jugak tolong keluarkan darah beku aku....
Bila dah siap semuanya dia suruh aku rehat.Pastu dia bagi baby yang dah siap berpakaian suruh aku susukan...Lan pun masuk lagi untuk khamatkan baby. Lepas tu dia keluar balik. Aku duk la dalam bilik tu dengan baby dan aku tryla susukan dia.Tapi baby aku tak nak hisap lak...
Bila susu dah ada baby lak yang tak nak hisap..Macam mana tu????
Tak lama Lepas tu aku dibawa masuk ke wad semula....


Sekian la dulu.....Qaseh nagis lak nie....

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

ads by nuffnang