Seri Qaseh Nazirah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Muhammad Haikal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Pemergianmu dirindui

Lilypie Angel and Memorial tickers

Nuffnang

03 September 2009

Berat Qaseh Bertambah Lagi

Hari ni nurse datang rumah untuk cek dan timbang qaseh. Nampaknya berat qaseh makin naik. Dari 3.3 kg dah sampai 3.8 kg. Wah...cepat betul berat qaseh naik kan...
Mana taknya...kalau boleh setiap saat qaseh nak menyusu. Baru letak kat tilam dah nak susu lagi... Penat ibu tau... Nurse juga kata qaseh dah takde kuning lagi. Qaseh dah sehat sepenuhnya. Aku pun dah tak yah risau lagi... Sekarang ni memang baby tengah nak membesar,so...dia akan menyusu je... Masalahnya mak dia yang makin kecik nanti...hehehehe...

Qaseh juga kuat mengeliat.Sikit2 dia akan mengeliat.Mengeliat siap bunyi-bunyi pulak tu... His anak dara aku sorang ni.... Esok hari Jumaat...bermakna ayah qaseh akan balik esok. Tak sabar nak tunggu ayah balik kan qaseh.... Rancang nak ke rumah mak lan esk. Rumah uda akan buat buka puasa dan solat terawih sempena abg uda nak g mekah ari Isnin nie... Khemah dah pasang dah pun.... Nanti mesti orang ramai kat umah ni. Tu yang aku nak mengundur diri ke rumah mak mentua aku pulak. Bukannya ape,aku taknak susahkan orang...

Hari isnin nanti uda g hantar abg uda ke lapangan terbang. Takkan aku nak tinggal sorang lak kan...Aku g segamat je la... Hari Selasa lak Aiman UPSR. Uda mesti bz nak uruskan anak dia pulak. Aku doakan aiman berjaya dalam UPSRnya. Harap dia dapat jawab semua soalan dengan betul...

Bila la Uteh nak beranak..Kalau dia dah beranak kan senang...Boleh aku sama-sama berpantang dengan dia.Takla boring...hehehehe....
Hari tu dia dah masuk hospital tapi dah keluar pulak. Doktor kata bila dah sakit sangat baru dia datang balik. Erm...aku ingat dia dah bersalin hari tu...Harap dia bersalin senangla...Kesian kat dia bawa perut beso.

Eh,macam-macam lak cerita aku nie... Ingat nak cite pasal qaseh jee...
Tula, bila dah mula tulis bukannya ingat dunia.semuanya nak diceritakan...
erm..klah..takde ape lagi cerita tentang qaseh...Hari ni dia baik jee....



tgkla muka qaseh dh tembam. pipi dia dah melebar dah....tapi muka dia ada ruam pulak.tak kisahla yang penting qaseh masih comel...dah sedap dah nak cium dia....

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

ads by nuffnang