Seri Qaseh Nazirah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Muhammad Haikal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Pemergianmu dirindui

Lilypie Angel and Memorial tickers

Nuffnang

27 Mac 2013

Aku Teramat Rindukan Dia...

Malam ni tiba2 aku teringatkan dia... Tiba2 aku terbayangkan wajah dia... Tiba2 aku teramat rindukan dia...

Bila ianya muncul dlm fikiran,air mata akan tiba2 mengalir... Mengalir tanpa disuruh,tanpa dipaksa...

Walaupun aku dh redha dengan semua ni,tp mengingati dia juga perlukan...dia sebahagian dari hidup aku. Dia pernah hadir dalam hidup aku. Dia lahir dari rahim aku... Xmungkin aku akan melupakan dia...

Terima kasih Allah kerana memberi aku ujian sebegini... Dengan ujian ini aku tahu aku kuat... Kuat utk menghadapinya,kuat utk menempuh hidup ini. Kalau aku xkuat,mungkin aku akan meracau racau mcm org gila...

Segala yg Kau tentukan mesti ada hikmahnya. Terima kasih juga Allah kerana cpt memberikan penggantinya.. Aku bersyukur dengan segala yg kau berikan.. Aku berdoa agar penggantinya ini akan lebih sihat dan sempurna kerana aku xsanggup lagi nak menempuh perkara2 pahit seperti seblm ini. Cukupla sekali...

Bila ingat kembali saat di hospital,mcm xpercaya yg aku dh tempuh semua tu... Mcm xpercaya aku boleh buat dan kuat seperti tu... Dah la semuanya berlaku pd bulan puasa... Tp alhamdulillah dengan semangat yg ada pd ketika itu,aku berpuasa penuh... Walaupun penat,lapar xcukup rehat,xcukup tido,aku laluinya dengan mudah. Mungkin kerana keikhlasan hati seorg ibu menjaga anaknya dan kasih syg yg melimpah ruah kepada anaknya... Jadi semuanya dipermudahkan olehNya...

Terima kasih Allah di atas segalanya... Terima kasih semua...

Ibu teramat merindui kamu syg....
Izz Muhammad Nazreen....


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

ads by nuffnang