Seri Qaseh Nazirah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Muhammad Haikal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Pemergianmu dirindui

Lilypie Angel and Memorial tickers

Nuffnang

08 Mac 2015

Bangkit....

assalamualaikum semua
..
lama tak conteng2 kat sini... aku tanya apa khabar semua....
Banyak benda yg berlaku dlm hidup ni... walau apapun hidup harus diteruskan demi insan2 kesyganku...

Haikal dh besar sgt dh.. baru 1 thn 10 bulan tp semua benda dia nk buat sendiri... mandi nk sendiri,gosok gigi, mkn, minum, kalau boleh susu pun dia nk buat sendiri...

Time mkn tu mmg terabur la.. sabar je la kan... minum nk guna cawan... xdenya botol2 lg dh... bila minum susu dia jela guna botol... kejap je anak dh besar... rindu pulak masa dia baby...

Qaseh dh 6'thn.. tu dh mcm anak dara dh... tp sikap keanak anakan dia tu masih ada la... asyik la nk minta beli mainan... kalau g mkn kat luar kena beli mainan dia dulu br dia nk mkn... tp dgn ibu susah skit la nk dpt mainan kan... xdpt mainan dia minta buku... bila nk buku lemah la ibu dia ni .. g juga belikan....

 anak dara sy... seri qaseh nazirah
 ni dia kt sekolah... menyegih je la...

 haikal kat sekolah... ntah apa la yg dia tulis....
 ni aktiviti dia kt sekolah.. cikgu dia kata dia boleh buat tp lmbt skitla.. dia yg paling kecik kan..
ni muka nk kena cubit ni... geram tgk gmbar ni..... gatal je muka kena cium....



Kita share skit2 jela dulu eh gmbar anak2 kita.... 

Ada masa kita conteng2 lg kat sini...

Thanks pd sesiapa yg sudi baca...

28 Disember 2014

teruskan berdoa... #prayforpantaitimur


Mari kita semua teruskan berdoa agar matahari akan terus menyinari negara kita...
Hanya itu sahaja yg mampu kita lakukan... selain itu, jika ada yg mampu untuk menhulurkan sumbangan, hulurkan la.. sesungguhnya tangan yg memberi lebih baik dr tangan yg menerima... semoga rezeki kita sentiasa murah dan dilimpah ruahkan olehNya...



Matahari tak cukup indah
Pada pagi yang suram ini
Malam ku resah kerana Malam mungkin kelam
Bumi indah cinta punah Bintang bintang tumpang berduka
Meratapi nasib Kenapa hari ini
Matahari bangunlah Indahkan hari ini
Engkau perlu hidupkan semula mimpi kami
Matahari bangkitlah Indahkan hari ini
Engkau perlu hidupkan semula cinta kami
Lupakan kisah Kisah yang terjadi
Mengharap sinar Sinaran darimu
Matahari bangunlah Indahkan hari ini
Bagi kami terus melayari hidup kami
Matahari bangkitlah Indahkan hari ini
Bagi kami terus menghidupkan cinta kami
Lupakan kisah Kisah yang terjadi
Mengharap sinar Sinaran darimu.......

15 Oktober 2014

Buat insan2 tersayang

Assalamualaikum semua...

Lama tak conteng2 kat blog ni... berhabuk dah rasanya...
Kadang ada benda kita boleh share ada benda xboleh nk share...
Mula2 konon2nya nk buat blog mcm diari tp skrg rasanya xsesuai dah...

Nk menulis pun malas dah... makin lama makin malas dah kenapa??
Ni penyakit semula jadi.. bukan penyakit keturunan eh... hihihihi...

Apa nk cite ek??

Banyak perubahan dah berlaku... macam2 dh dilalui dan sehingga kini masih boleh bernafas dengan selesa tanpa disekat sekat... alhamdulillah kerana itu la nikmat percuma yg tuhan bg pada semua umatnya....

Haikal pun membesar dengan baik.. makin lasak dh dia... apa kita buat cepat je dia tiru... so kena la tunjuk contoh yang baik2 je walaupun ibu dia ni bukannya baik sgt... hikhikhik...

Qaseh pun makin bijak... dah kenal huruf, dah boleh tulis huruf tu sendiri kira bagusla kan... harap2 tahun depan boleh membaca dengan lancar...
Tiada apa yg diharapkan oleh ibu bapa selain melihat anak2 berjaya dan sihat sentiasa...
Kalau anak sakit, otometik kita pun akan rasa sakit... terus nk amik je sakit anak tu biar dia xrasa..

Arwah izz sentiasa dirindui dan disayangi... video dan gambar2 izz sentiasa ibu simpan..
Bak kata qaseh.. tuhan jaga adik izz... setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya....
Syurga pasti utkmu sayang... tunggu ibu dipintu syurga ye...

Untuk kekasih hati... andainya kau membaca coretan ini... harap kita sentiasa bahagia walau dimana kita berada...
Mungkin ini yg terbaik buat kita... redha dan pasrah dengan suratan ilahi.
Harap anak2 tak lupakan kita dan akan jaga kita kelak...

Eem... tu jela buat masa ni... semoga ketemu lagi nanti...
Tu pun kalau rajin nak menaip la yo... hihihihi. ..

Assalammualaikum. ...




























30 September 2014

Tips Untuk Menjadi Suami Romantis

Ramai isteri yang inginkan suami yang romantis menjadi pendamping mereka seumur hidup. Suami sebegini membuat diri rasa dihargai dan dicintai sepenuh hati. Namu hari ini isteri perlu berpijak di bumi yang nyata. Tidak ramai suami sebegini wujud di dunia ini. Jadi bertuahlah wanita yang memilikinya.

Panduan Mudah untuk para SUAMI meraih gelaran ini.

1. PANGGILLAH SAYANG.
- Elakkan panggilan 'ibu','mama','maknya' pada isteri selepas berumahtangga dan memiliki anak. Kekalkan panggilan 'sayang' seperti yang pernah anda lakukan sewaktu bercinta dulu. Panggilan keramat ini cukup ingin didengari oleh isteri kerana ia mampu membuatkan hati isteri bergetar.

2. BERPIMPIN TANGAN.
- Ada sesetengah suami merasakan menggenggam tangan isteri ketika berjalan sudah tidak relevan bila sudah lama berkahwin. Tapi tahukan anda seorang isteri sangat berasa bangga bila anda memimpin tangannya tatkala berjalan berdua.Berjalan berdua sambil berpimpin tangan menandakan bahawa kasih suami masih mekar sama seperti dulu.


3. UNGKAPAN CINTA.
- "Abang cintakan sayang", kalimat ini mungkin tinggal kenangan buat seorang isteri. Ia hanya didengari hanya sewaktu bercinta. Oleh itu tukarlah persepsi isteri ini, lafazkanlah kembali ungkapan keramat ini kembali. Sekali sekala isteri mahu mengetahui adakah suami mempunyai perasaan yang sama terhadap dirinya seperti dulu.

4. BERIKAN KUCUPAN SPONTAN.
- Saat romantis ketika bercinta sudah lama berlalu, perkahwinan sudah mencecah belasan tahun namun hati wanita tetap sama. Mereka mahukan perhatian dan kasih sayang. Ciuman sebegini akan menjelmakan perasaan yang hadir sewaktu bercinta dulu. Mungkin tatkala isteri sedang menyediakan makan malam didapur. Meskipun bibirnya hanya mampu tersenyum tapi hati isteri sebenarnya berteriak gembira.

5. PUJIAN DIRINYA.
- Berapa pun usia atau apa pun kerjayanya tapi jika dia seorang wanita maka yang tetap diperlukan adalah pujian dari pasangannya. Pujian mudah seperti "Sayang nampak cantik hari ini" bakal menceriakan hari seorang isteri. Mungkin kekok pada mulanya tapi tiada salahnya anda memulakannya untuk menambahkan rasa cinta dari isteri.

6. HANTARKAN SMS CINTA.
- Bagi suami yang agak kekok untuk melafazkan kalimat cinta secara terus terang, boleh saja meluahkannya melalui SMS ataupun melalui email. Tidak kisah apa caranya pun asalkan suami menunjukkan sifat kecintaannya, seorang isteri akan cukup bahagia.

7. BERIKAN HADIAH.
- Walau betapa berdikari pun seorang wanita, dirinya pasti mendambakan perhatian romantis. Dia tetap mengharapkan hadiah istimewa daripada suaminya walau sekadar sehelai selendang. Hadiah ini akan membuatkan hati isteri berbunga dan gembira dirinya dihargai.

8. PANGGILAN TELEFON.
- Panggilan telefon disaat suami sedang sibuk dan stress mampu mengikat hati seorang isteri. Panggilan telefon tanpa dijangka dan ungkapan bertanya keadaan isteri akan membuatkan isteri rasa dihargai selain merasakan dirinya mempunyai tempat yang besar di hati suami.

9. KEJUTAN.
- Setelah berumahtangga tak mungkin ada lelaki lain yang mahu membuat kejutan pada dirinya. Maka wajarlah suami melaksanakannya untuk si isteri. Kejutan seperti ajakan menginap di hotel, menonton wayang bersama akan menyemarakan lagi kasih sayang isteri terhadap suaminya.

Sebenarnya menjadi suami yang romantis bukanlah sesukar mana. Tak perlu pun modal yang besar, sekadar kata-kata dan tingkah laku yang berpadanan sudah layak untuk anda digelar suami romantis.





Andainya Kau Tahu...

ANDAI SUAMI TAHU...BETAPA SAYANGNYA ISTERI KEPADA MEREKA...

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .


✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

✔ ANDAI LELAKI TAHU...
Sememangnya ALLAH menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh ALLAH indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

* Hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.



Related Posts with Thumbnails

ads by nuffnang