Hari ini saya ingin melaporkan berkenaan tentang apabila adik beradik berkumpul dalam satu majlis....
Masa saya buat majlis cukur jambul anak saya,adik beradik saya yang perempuan semuanya datang. Abang dengan adik lelaki saya tak datang sbb saya pun tak tau la kenapa...Mungkin diorang ada keje lain kot... Think positif...
Terima kasihla diucapkan pada ALONG,UDA,UTEH dan BONDA tercinta kerana sudi hadir walaupun saya buat kat umah mak mentua saya.
Dalam Majlis yang meriah itu juga dibuat kenduri doa selamat untuk mak mentua saya pergi ke MEKAH menunaikan Haji. Alhamdulillah semuanya berjln dengan lancar.
Dalam majlis itu,mak saya telah membuatkan pulut kuning dan lengkong. Terima kasih diucapkan kerana saya tak perlu membayar duit bahan-bahan kepada beliau kerana telah menyemposernya.hehehehe
Uda pulak telah menghadiahkan rantai emas kepada qaseh....
Terima kasih banyak-banyak...Ibu qaseh masih belum mampu nak membelikan anaknya barang kemas. Dah dapat rantai tu kira OK la kan....
Tujuan Utama saya menulis entry ini adalah untuk mempamerkan gambar kami anak beranak yang bahagia dah happy....
Jom kita saksikan...
rambut qaseh dah mcm gunting leyer sbb makcik-makcik tu gunting ikut sedap dia jek...
qaseh maintain tidur,ibunya mantain senyum...huhuhu



ni satu lagi aksi sopan...bukan ape,sbb ada qaseh,kenala sopan jeee....
senyum yee semua...gambar ni telah diupdate dalam blog....huhuhu....nasibla korang.....
ps:- Hari ni qaseh genap 3 bulan... 19hb ni nak bawa dia g klinik untuk dienjet...doakan qaseh tak demam yee...berapala berat qaseh sekarang....semuanya akan diketahui pada hari khamis ni...
bye