Seri Qaseh Nazirah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Muhammad Haikal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Pemergianmu dirindui

Lilypie Angel and Memorial tickers

Nuffnang

29 Ogos 2012

sambungan cerita anak sakit...

 Sebelum ni aku baru cerita sikit je pasal baby izz sakit... cerita yang sebelum ni kalau nak baca clik kat pautan ni eh... cerita masa first baby izz sakit... Yang ni aku buat sambungannya... nak refresh balik otak untuk ingat semua cerita... sebelum semuanya terhapus begitu saje...

Lepas masuk wad duk kat katil jap pastu terus nurse panggil g bilik rawatan sbb nak cucuk dia.. Nak amik darah nak nak masukkan drip..
Masa ni aku masuk sekali... Ya Allah..aku rasa ada dalam 15 kali cucuk tp xdapat2 jugak nak masukkan drip.. Darah dah dpt amik dah.. Kesian aku tgk anak aku... Last2 aku ckp dgn nurse xyahla cucuk lagi.. nurse2 pun kesian nak cucuk dia lagi.. Lagipun aku ckp dgn nurse dia masih boleh hisap susu lagi.. Lainla kalau dia xminum langsungkan.. Last2 xyahla masukkan air dlm badan dia..tp aku kena sentiasa susu kan dia. Ubat pun bg ubat yg guna mulut je... Selama 5 hari aku duk kat hospital tu... Demam dia dah ok dah lepas bg ubat demam.. Hari ke 3 bisul dia dah pecah.. Bila keluarkan bisul yg paling besar tu elok je seketul keluar.. Tak pecah,tak keluar nanah pun.. dia macam berbuku.. Puas jugakla doc pakar tu nk mengorek keluar.. Doc kata dia nak hantar benda tu ke makmal utk tau tu bisul biasa ke atau benda2 lain. Dia kena hantar ke hospital Muar.. tp sampai sekarang aku xtau apa pun benda tu.. Rasanya bisul biasa je..

Bila demam dah baik izz kena selsema pulak.. bila dah kena selsema barula doc pindahkan kami ke bilik sebelah yg xramai pesakit.. Kesian hidung dia tersumbat.. Nafas berbunyi..pastu asyik kena sedut je.. Hari ke 4 kena batuk pulak.. lagi la selalu kena sedut kahak dia.. Sian sangat kat dia.. Bila dah hari ke 5 tu aku minta balik.. Aku ckp dengan doc yg aku nak balik sbb anak aku makin sakit duk kat hospital ni, bukan makin baik.. Akhirnya kami dapat balik. Selsema dia dah ok skit tp batuk dia xelok2...

Aku duk kat hospital dari 19 mac - 23 mac. 26 Mac ada appoiment kat klinik hospital tu pulak.. Aku pergila dengan mak aku.. Masa tu izz belum sihat batuk lagi.. Batuk dia makin teruk..  Masa jumpa doc aku ckp xde apa2 ubat ke sbb dia batuk teruk.., doc kata baby xde ubat..Nanti dia baik sendiri... Dia cuma bg ubat titik utk cairkan kahak je..

Bila kat rumah izz mmg tak aktif macam biasa,. Seminggu jugakla kat rumah tp dia masih xsihat betul2 lagi.. Bila dia batuk kesian aku tgk... Batuk yg berpanjangan.. Dlm masa seminggu tu aku tak duk diam je.. Aku bawa dia g klinik swasta.. Doc ada bg ubat.. Aku bgla dia ubat tu.. Selsema dia baik cuma batuk gak yg tak baik... Aku pergi juga berubat kampung.. Amik tangkal... 4 tempat aku pergi tapi xbaik2 gak.. Ada 1 tempat yg aku g kat rengit dia kata anak aku kena seman mayat...Masalahnya aku takde pun pergi tgk org meninggal sepanjang aku mengandung dan sepanjang aku berpantang... Entahla.. aku mandikan baby dgn air yg dia bg n bg minum pun tak elok2 gak...

4 april uda ajak aku g klinik pakar kanak2 kat batu pahat.. Mula2 aku berat hati nak g sbb takut kos nya aku xmampu nnt.. Tp akak aku kata jgn pk pasal tu.. Dia yg uruskan.. So, aku ikutkan je la.. Yela dah lama izz sakit tak baik2 n dah mcm2 tempat bawa.. Tu yg dia ajak aku g sana.. Lagipun muka izz pucat je.. tak aktif macam biasa....

So, tghari aku pun g la batu pahat.. Pergi England Child Specialist Clinic...

Ni kad kliniknya...
 Masuk je sana doc tgk je izz sambil tanya2 aku apa sakit dia terus doc kata dia kritikal.. Dia cek dada,tgk pernafasan,tgk muka izz yg pucat dia kata baby serius.. Rupanya muka pucat sbb kurang oksigen.. Ya Allah, terkejut aku dengar bila doc kata dia kritikal sbb masa dalam keta dia ok je.. Siap menyusu lagi.. Doc terus bg oksigen kat izz.. Doc tu nmpk risau sangat... Dia suh kitorg g hospital cepat.. Tp disebabkan kitorg tak tau hospital Batu pahat kat mana, dia call ambulans suruh datang sana. Sementara tunggu ambulans izz guna je oksigen sbb oksigen xleh lepas dari dia.. Bila pakai oksigen tu barula bibir izz nmpk merah....

Mcm ni la masa masukkan gas.. tapi ni masa kat hospital segamat..

 Doc kata nasib baik bawa cepat... Kalau lambat xtaula apa jadi.. aku masa tu terdiam je.. Berkecamuk otak aku mcm2 pikir...  Bila ambulans sampai terus g hospital batu pahat.. Dalam ambulans pun izz dipakaikan oksigen juga... Ada tanye doc boleh tak kalau nak pergi hospital swasta tp doc kata dalam keadaan kritikal mcm ni takut swasta tak nak terima. Lagipun dalam kes mcm ni lebih elok bawa ke kerajaan... So, ikutla cakap doc tu kan...

bersambung......
















Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

ads by nuffnang