Seri Qaseh Nazirah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Muhammad Haikal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Pemergianmu dirindui

Lilypie Angel and Memorial tickers

Nuffnang

30 Jun 2011

Rombongan TASKA ke Melaka yang amat menyeronokkan qaseh....

Sebelum aku citer kat sini aku dah heboh2 kat fesbuk pasal rombongan ni.... Rombongan TASKA yang pertama kali aku join sebab ada anak kat sana..hehehehe.. Kalau tak, tak merasala... Rombongannya pada 25 Jun lepas, hari Sabtu... Banyak kali tau pk nak g rombongan nie. Bukan ape sbb mengenangkan nak jaga qaseh tu, dia bukannya tau duk diam... tapi dek kerana memikirkan tentang kegembiraan qaseh aku kuatkan diri jugak utk pergi.....

Ok... Jom layan gambar........




muka ceria qaseh dalam bas
 Gambar dalam bas... Qaseh mmg dah lama nak naik bas... Asyik sebut bas je... Dia siap pakai baju sejuk tu, maklumla bas persiaran kan sejuk... Bertolak lak pagi2 subuh... Kol 6.30 pg dah keluar dah....

 Seronok je qaseh duk dalam bas. Dia tak nak tido... Budak2 lain kebanyakkannya tido dalam bas tapi dia dah nak sampai baru la dia tido.... jadinya kejap je dia dpt tido.... nasib baik tak mengamuk...


 Lokasi pertama yang dituju adalah Tanjung Bidara... Pergi mandi laut... Qaseh siap pakai baju swimming... Tapi punyela susah nak pakaikan dia baju nie... Dia ingat boleh mandi bogel je ke? Memang menguji kesabaran... Tapi akhirnya berjaya juga pakaikan dia baju ni.......


 Bila dia dah seronok siap suruh kita amik gambar dia n dia posing.... hishishis....


 Ibu tak mandi pun sbb malas nak salin2 baju... Masa kat sini ramai gak orang... Kitorang KEMAS je dah 3 bas, pastu ada rombongan lain lagi.... tgk tu, siap ada bawa khemah lagi, sampai2 diorg mkn dulu... Aku tak bawa apa2 bekal pun. Dah siap2 semua g kedai je makan....

 Ayah la yang melayan qaseh dalam air. Ibu pegang kamera je... Seronok qaseh dapat main ombak tu.. Bukan mandi betul2 pun... Main2 gitu je... Takut la kan....

 Main air pun kat tepi2 je... Ayah bawa baju mandi tapi penyudahnya baju yang pakai tu basah begitu sahaja...


 Masa untuk naik... Tapi qaseh mana puas, pastu dia nak lagi... Terpaksala ayah dia layan dia lagi sampai ayah dia yang penat....


 Bergambar dengan kakak Fara... Bila dah pijak pasir tak reti diam langsung... Dia main lari2... Dah kena kejar dia... Ayah dia jugak la yang kejar... Ibu mana larat... Masalahnya kat pasir tu banyak sampah, takut ada kaca ke benda2 tajam ke... Risau tul....

 Budak2 lain dah pandai main sendiri... Siap korek2 pasir lagi diorg.... Seronok g ramai2....

Oh ye, qaseh sempat makan aiskrim... Ayah dia belikan supaya dia tak lari2 lagi... Comot betul dia makan... Lepas dah abis aiskrim tu ibu suruh ayah bawa dia main air lagi supaya tak melekit... Nasib baik ayah ada.. Kalau ibu sorang tak tau la mcm mana....


 Masa ni tgh siap2 nak naik bas.. Cikgu2 qaseh tgh bersiap2 la tu... Masa ni juga cikgu som tgh sibuk mencari kamera yang katanya hilang... Rupanya ada dalam beg... Gelabah betul....


Lepas ke Tanjung Bidara terus menuju ke zoo melaka. Untuk ke zoo tu budak2 semua diminta untuk memakai uniform sukan... Budak taska bajunya warna kuning, TABIKA warna merah....




Untuk cite kat zoo kita sambung kemudian ye... Banyak lagi nak citer nie... Ni baru episod 1... hehehe...
Bukan apa beb, guna broband ni lambat la dia nak upload gambar... Boleh tertido2  aku tunggu... dah la gambar banyak ni... Sambung lain kali ye....
Sekian dulu....



Selamat Malam.....

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

ads by nuffnang