Seri Qaseh Nazirah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Muhammad Haikal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Pemergianmu dirindui

Lilypie Angel and Memorial tickers

Nuffnang

29 Jun 2011

Semakin hari semakin geram....

Bukan geram apa u all.... Geram kan si anak dara saya yang sorang tu....
Setiap hari semakin menjadi-jadi perangai dia bila nak bangun dan mandi pagi....
Kan dia nak g sekolah, kena la mandi pagi2 kan....
Masa mula2 dulu senang je... Siap dia yang minta nak andi....(mandi)
Tapi sejak dua menjak nie.... payah betul....

Nasib baik bila dah siap mandi tu dia senang je nak pakai baju.....
Mandi kena paksa, melalak2 la dia dalam bilik air.......
Abis kalau tak buat mcm tu makin mengada la dia... Takkan la nak g sekolah tak mandi pulak kan...

Minggu ni, dari hari isnin sampai hari nie dia buat perangai yang sama....
Bila kita kejut dia suruh bangun makin rapat mata dia... Konon macam lena sangat la dia tido....
Bila kita kata bye2 nak g jalan terus nagis pulak... Nampak sangat dia buat2 tido....
Kecik2 dah pandai auta dah budak nie... Nanti dah ada adik ntah mcm mana pulak la perangai dia..

Tu je la cerita hari ni.... Blog ni dah lama tak update... Saya asyik tengok je tanpa ada perasaan rajin untuk menaip... Hari ni jela terajin sikit... hehehehe...
Ok kawan2.... tata......

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

ads by nuffnang