Seri Qaseh Nazirah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Muhammad Haikal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Pemergianmu dirindui

Lilypie Angel and Memorial tickers

Nuffnang

04 Oktober 2012

Jumpa doktor pakar

Semlm 3.10.2012 aku ada temu janji dengan doktor pakar kanak-kanak... Ni semua rentetan daripada perginya Izz Muhammad Nazreen.
Doktor mmg ada ckp nk jumpa aku lps 6 minggu. Aku taktau pun untuk apa. Tapi bila dh jumpa baru la tau rupanya utk doc tau keadaan aku dan borak2.. Lebih kurang sesi kaunselingla..

Sampai hospital aku tak tau nk buat apa.. Yela semua orang bawa anak sbb hari rabu mmg chekup untuk kanak-kanak. Aku je yg datang sorang2... AKu terus g jumpa nurse yg ada kat situ. Aku bgtau la yg aku ada kena jumpa doc hari ni atas sebab kes anak meninggal. Nurse mcm faham tp mcm tak faham.. Mcm2 la dia tanya. Dia tanya ada x bawa surat mati. Manala aku tau kena bawa tu semua. Last2 dia kata tgu je nnt dia bgtau doc. AKu pun tunggu jela.. Ramai betul orang kat klinik pakar 1 tu.

Yang ramai tu mestila budak2 kan... dan aku mmg tak boleh tgk budak yang baye2 arwah izz. Mulala mata aku bergenang je.. Aku lari ke tempat yg tersorok sikit. Duduk la situ sorang2 tanpa ingin melihat budak2 yg ada disitu. Akhirnya nurse panggil aku sbb doc dah sampai.. Doc mmg lambat sbb dia g cek pesakit kat wad dulu. Dh la aku takde no giliran. Dh redha je kalau kena jadi orang terakhir yg dipanggil.. Tapi masih baik tak la...

Berdebar2 juga nk jumpa doc.. Dan rindu pun ada.. Masa kat hospital lama kan aku dengan doc tu.. Nasib yang jumpa tu doc haiza. Dia baik sangat.. boleh cerita apa je dengan dia.

Masa masuk dia senyum dan tanya keadaan aku.. aku senyum juga tp tiba2 mata aku bergenang.. aku ckp aku ok tp tak leh tgk budak2 kat luar tu.. doc faham... aku ckp aku xnk sedih2 aku nk kuat aku minta maaf sbb tersedih, dia  kata"sy tak kisah pun".. pastu aku ok la balik..
Doc bgtau dia dh jumpa sendiri dengan profesor amir, pakar imun yang kat HKL tu.. Dia kata ada kemungkinan juga arwah izz ni sakit dia dari keturunan.. dia ckp la pasal genetik... Tp tak pastila sbb tak sempat amik darah izz sbb kalau nk tau darah izz kena hantar ke Taiwan utk tau dia takde antibodi tu sbb genetik ke atau tak...(faham x? )
Kalau amik darah aku pun tak boleh dapat keputusan yang tepat.. Kena darah baby tu sendiri tp xsempat kan...

Doc cerital a pasal kromosom XY tu.. kalau anak perempuan kromosom XX kan.. Anak lelaki kromosom XY. Kalau betul sakit keturunan tak taula sape pembawa dia.. Tapi harap2 tak la kan...

Cara lain utk tau adalah dengan tgk baby yg akan dtg... Maksudnya, bila aku mengandung dan melahirkan baby lepas ni, aku akan sentiasa dipantau. Nnt baby tu juga akan diambil darahnya dan dicek la.. Jadinya, bila aku bersalin nnt baby aku otometik akan duk wad 12 punye... aku siap tanya doc, lama ke nnt duk kat wad.. Doc kata dlm 2 hari la.. tgk baby mcm mana.. Kalau xde masalah boleh la balik..

Masa doc ckp tu aku tak bgtau lagi yg aku mmg dh mengandung.. Lps dia abis ckp baru aku bgtau dia yg aku mengandung.. Dia senyum je.. aku yg takut2.. aku ckp la yg aku masih terkejut lagi walaupun suka jugak kan.. Doc kata takpela.. Lepas ni dia tak bg aku sedih2.. Nnt takut efek kat baby dlm perut...

Byk jugala aku cite kt doc.. kitaorg gelak2.. bila cite pasal arwah mula bergenang balik.. dlm bilik tu kejap sedih kejap suka... aku belum buat kad lagi kan.. aku tanyala doc perlu ke aku buat kad dulu.. Dia kata xbuat dulu pun xpe sbb aku dh scan kat klinik Chandra kan.. Lps ni aku g chekup kat kat chandra lagi pastu baru buat kad la..

Doc haiza juga akan bgtau doc pakar sakit puan kat hospital tu utk chekup aku juga.. Jadinya kat klnik labis pun chek, kat hospital pun cek.. Dia nak pantau kandungan aku.. Mana2 yg ada kes sebelum ni mmg macam ni kot... Dia kena booking nk bersalin kat situ lagi.. Aku siap pelik, haa..kena booking.. Sebelum ni asal sakit baru dtg.. xdela smpi booking2.. tp bila kita dh chekup kat hospital tu mmg terus kena booking kot... layan je la..

Jadi..apa2 hal aku tunggu je la sebulan lagi... Baru la proses org mengandung akan aku lakukan..hahahaha ayat tak hengatt...

 Doc tanye aku ada nk cerita apa2 lagi tak? aku tak tau nk cerita apa.. nanti ternagis lak.. aku siap tanye doc balik, "doc tak nak cerita apa2 ke?"..hehehehe

Doc ada kata, lepas ni kalau ada kes macam arwah izz, dia kena amik darah pesakit tu dh akan hntr ke taiwan la.. sbb nk tau juga punca nya dari mana kan... doc kata kes izz ni yg pertama dia jumpa dan kes ni mmg kes2 terpencil.. Profesor amir pun tak leh nk ckp lebih2 sbb dia tak pernah tgk arwah.. Xdapat nk tgk.. :(
Doc dari taiwan pun ada masa diorg bincang2 tu dan doc haiza kata doc amir dgn doc taiwan tu mmg dah tau semua pasal kes izz tu..

Doc ada bg aku satu surat utk aku bg pada mana2 doc yang akan aku jumpa sekiranya dia bertanyakan pasal arwah izz. Sbb bila doc tanye apa sbb anak aku meninggal aku bgtaula sbb dia takde antibodi, doc2 ni susah nk percaya. dah la nama penyakit tu panjang.. Jadi, utk menyenangkan aku, tunjuk je surat tu dan xpayah ckp byk lg lps ni. kat surat tu doc haiza dh tulis semua..

Doc Haiza mmg doc pakar yg sangat baik...
Dah abis ckp2 aku pun balik la.. Dia siap hantar sampai pintu.. Siap pesan, jaga diri elok2..jgn lupa mkn vitamen.. hehehhe... senyum je aku....

Tunggu bersalin nnt la baru leh jumpa doc haiza lagi.. :)

Kawan2 semua... tolong doakan yang penyakit arwah izz dulu bukan penyakit keturunan ye... Risau pulak sy... Harap2 kandungan yang baru ni sihat dan sempurna hendaknya... amin...



Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

ads by nuffnang