Seri Qaseh Nazirah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Muhammad Haikal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Pemergianmu dirindui

Lilypie Angel and Memorial tickers

Nuffnang

09 November 2012

Chek up kat hospital Segamat

Semalam adalah tarikh yang sudah diberi utk aku ke Hospital Segamat untuk chekup mengadung dengan Doktor Pakar. Semalam juga adalah Hari Konvokesyen kanak-kanak TABIKA dan TASKA KEMAS Parlimen Labis. Aku tak dapat la nak join Hari Konvokensyen tu. Rugi gak sbb tak dapat tgk persembahan budak2... Tapi nasib gak cikgu2 dia ada rakam. Balik dari hospital semalam dapat gak la tgk..

Ok, bercerita tentang aku ke Hospital tu mmg la memerlukan kesabaran yang kuat... Lama giler tgu giliran... aku sampai sana kol 9.30am, dapat no 33, dan aku dapat masuk jumpa doktor dalam kol 1.40pm mcm tu... keluar bilik doc kol 2.00 pm. Mmg ramai la pesakit...

Sampai2 daftar, pastu kena kencing n amik hb. 2 hari sebelum tu kan aku baru cek kat klinik labis. HB aku 10.8 je.. tp yang peliknya kat hospital ni hb aku leh naik 12.5 dalam masa 2 hari.. suka la hb tinggi kan..hehehe.. 1 masalah air kencing aku dia tgk kat urintest tu tukar warna oren pulak.. Biasa kat klinik ok je.. Tukar warna oren bermaksud sugar aku tinggi. Aku tanya nurse tu ada masalah ke, dia kata takpe, bawa je ke dalam, nnt kalau kena repeat baru repaet balik.

Selesai kat situ barula masuk klnik Pakar 1. Nasib abik lan ada teman. Kalau tak lagila boring. Aku main games kat fon dia... Dia pun boring je tunggu lama2.... Baru dia tahu kan mcm mana boringnya duk kat situ...

Akhirnya sampaila giliran aku. Docnya lembut dan baik sangat... Doc cakap sebenarnya masa mengandung ni kita tak boleh tahu kalau baby ada masalah, kalau nak tahu kena tunggu baby lahir.. Masa baby kena amik darah dan kena cek.. Aku faham la kan sbb Doc Haiza pun ada cakap mcm tu.. Doc tu kata sbb ada ibu bapa yg ckp kenapa masa mengandung tak leh tahu masalah bila dah lahir baru nak tahu... Tapi nasibla aku ni jenis yang memahami...

Sekarang ni dia hanya boleh pantau keadaan baby je.. Masa aku scan kat labis, doc masih tak leh tentukan tarikh lagi sbb dia xnmpk dgn jelas. DOc kat labis ckp ada 2 kemungkinan samada mesin dia tu yg xbetul atau baby aku tak membesar. aku risau la kan.. aku ckp dengan doc kat segamat ni, pastu dia ajak g scan.. Dia tgk baby ok je.. Dia kata takde masalah pun... dia ikut tarikh yang labis bagi tu iaitu due datenya 13 mei 2013. Jadinya usia kandungan aku 13 minggu 3 hari setakat semalam...

Apa yang dia tgk ok je, tp kalau ada masalah lagipun baby kecil lagi, xdpt tgk dia normal ke tak sbb aku tanye baby ni normal ke tak.. aku pun ada nmpk baby, keadaan baby terbalik, kepala dia kat bawah, aku pun nmpk baby bergerak... dah nmpk la bentuk dia.. jantung dia aku nmpk berkelip-kelip, maksudnya jantung dia tgh berdegup. Setakat ni alhamdulillah..... semuanya nmpk ok...

Selesai jumpa doc,aku pun keluar dan pergi makan dengan lan... Kitaorg g mkn nasi ayam... heheheeh

Oh lupa, yg pasal kencing aku tu, doc tanye sepanjang tunggu kat luar aku ada mkn apa2 tak? aku ckp aku ada mkn coklat..hehehe.. Dia nak cek gula dalam badan... tp xdptla sbb aku dh mkn kan... aku ckp yg pasal kencing tu mungkin sbb masa tu aku baru lepas sarapan.. minum milo pulak tu... hehehehe.. terus doc kata, ooo lps sarapan eh.. xpela kalau mcm tu..hehehe.. kalau tak harus kena cucuk lagi jari aku...

Sampai rumah hantar lan balik, pastu aku terus g opis... Kol 3 pm baru masuk opis... pastu g taska, qaseh tgh tido, pastu tgk cikgu2 mkn..hehehe aku nk mkn dh kenyang sgt.. diorg buat air sirap bandung soda, aku minum 1 cawan je.. pastu tgk rakaman budak2 menari, pastu perut aku terus sakit... bisa pulat tu... Kalau sakit nak membuang kan lain kan.. Ni sakit bisa2... pastu aku masuk opis balik, sakitnya tak hilang jugak sampai la waktu balik... Tak tahan betul sakitnya...

Amik qaseh kat taska, nasib leh bawa keta... tu pun sambil tahan2 sakit... nasibla rumah dekat kan.. Sampai rumah terus baring.... Ya Alllah, sakitnya tuhan je yg tahu... aku hanya mampu mengadu kat fb je... ckp dengan lan pun apa yg dia leh buat... tahan jela.. aku baring sampai aku tertido... Bangun tido terus dh tak rasa sakit dah.. alhamdulillah.. Kalau tak aku mmg terus ke hospital je la...

Pastu terus g mandi dan buat kerja rumah macam biasa... Masak nasi, panaskan lauk dlm peti ais sbb lauk asyik tak abis je kan... basuh baju, kemas dapur dan lain2 lagi.. baju je lum lipat...heheheeh..

Walaupun baru lepas baik sakit, keje rumah tetap kena buat... Itula rutin kita setiap hari kan...

Ok, tu je cerita sepanjang 8 November 2012...hehehehe...





Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

ads by nuffnang