Seri Qaseh Nazirah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Muhammad Haikal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Pemergianmu dirindui

Lilypie Angel and Memorial tickers

Nuffnang

08 Januari 2013

Sakit sebenar Arwah Baby Izz

Assalamualaikum semua....

Hari ni saya rasa saya bersedia nk bercerita tentang arwah baby izz dekat anda semua...
Mesti anda semuat tertanya tanya kan apa sebenarnya sakit izz sampai sehingga dia pergi dari dunia ni...
Nama sakit dia panjang...aku tak ingat mcm mana nk tulisnya sbb bahasa inggeris. nak sebut pun tak reti....

Senang cite arwah izz dilahirkan tanpa antibodi... Korang tau kan antibodi tu apa... tak yah la aku nk terangkan kat sini...

Masa baru2 lahir dia sihat sbb dia masih bergantung pd antibodi ibu dia... Bila dah 2 bulan baru dia guna antibodi sendiri. Tapi disebabkan dia takde antibodi so, dia senang dijangkiti penyakit... Masa dia masuk 2 bulan dia ada kena selsema... Pada aku tu semua biasa je... aku tak bawa pun dia g klinik. Hanya beli ubat kat farmasi je... tapi yang peliknya selsema dia tak baik2... 2 minggu baru ok.. Masa tu dia tak batuk.. Sampai aku belikan tempat yg tampal kat hidung utk kanak-kanak punye utk baik dari selsema...

Bila dah baik tu aku ok jela.. tak de pun pk apa2... Cuma yg peliknya nape lama sangat selsema sampai 2 minggu baru baik.. Lepas tu bila nak masuk 3 bulan dia kena selsema lagi dan batuk2 pulak.. Ni pun amik masa yg lama utk baik.. Aku bawa g klinik... Doktor siap bg ubat sirap utk baby... Aku bagi je la kat dia.. tp tak baik2 jugak...

Aku bawa g berubat kampung, g tangkal, mcm2la.. bukan satu tempat tp byk tempat... Tapi tak elok2 jugak...Ada yg kata izz kena seman mayat la. Tp aku rasa sepanjang aku mengandung takde pulak aku g melawat org meninggal. Walaupun izz batuk2 tp dia tak meragam sgt pun... dia byk diam je... Sampaila aku perasan muka dia mcm pucat... keadaan dia kejap elok kejap tak, maksudnya hari ni nmpk dia pucat,diam je... esk kang mcm ok pulak... jadi susah aku nk syak apa2...

Sampaila uda ajak aku bawa dia g klinik pakar kanak-kanak kat batu pahat... Sampai sana rupanya izz kurang oksigen sbb tu muka dia pucat...  Doktor siap ckp kalau aku lambat tak tau izz boleh selamat ke tak masa tu.. Tapi tu la, izz tak meragam n nagis2 pun... Dia elok je... Siap menyusu semua dlm keta...

Doktor bg oksigen dan terus suruh g hospital batu pahat sbb izz dah kritikal.... Siap doc tu call ambulans sbb kecemasan sgt la... Masa tu aku tak tau apa perasaan aku... terkejut,sebak,blur... entahla apa yg aku rasa.. Mcm tak percaya apa yg doc cakap... Masa tu jugak aku ada rasa bersalah sbb lambat bawa dia g jumpa pakar...
Cerita masa dia kat hospital batu pahat tu aku dah cerita kan dah kat blog ni ce klik pautan tu ... cerita izz di hopital batu pahat

Lepas balik dari Hospital Batu Pahat izz sihat sepenuhnya.... Aku bersyukur sgt anak aku selamat dan boleh sihat... Lepas tu terus minta mak yang jagakan sbb tak berani nak hantar rumah org. Keadaan izz yang tak mengizinkan.. Masa tu tak tau lagi yang izz sebenarnya takde antibodi...

Sebulan je izz bertahan... Lepas tu izz kena selsema n batuk2 lagi... Sepanjang dia sihat aku pulak sibuk dengan keje.. Dia byk masa dengan tok mak dia je... Yela, masa dia sakit aku tak fokus pada keje, jadi bila dia dah sihat aku fokuskan pada keje pulak... Tu pun buat aku rasa bersalah jugak.. Aku rasa dia nk kan perhatian ibu dia...

Dah 3 hari dia tak sihat baru aku dapat bawa dia g klinik. Aku g balik klinik pakar kat batu pahat tu... Doc kata dia ok cuma selsema biasa je.. Aku tak la risau sgt.. Tapi tula, selsema n batuk dia tak baik2 jugak... Aku tak sedap hati aku bawa g klinik kerajaan. Bila g sana je doc suruh g hopsital... Naik la ambulans lagi....

Masukla lagi izz dalam hospital dan berkampung la aku kat hospital...
Izz kena pakai oksigen je sbb oksigen dia kurang...  Masa ni aku tak tau nak pk apa lagi... Aku harap anak aku boleh sihat je... Seminggu duk kat wad 1, keadaan izz makin teruk... batuk2 dia pun makin teruk... bila batuk sampai biru muka dia... Asyik kena sedut je kahak dia... kesian sgt aku tgk dia...

Lepas seminggu doc suruh izz masuk kat scn sbb stanby takut2 dia kena masuk tiub oksigen yang dari mulut punye... Berpindahla kita g wad SCN. Izz pulak sepenuhnya susu badan... Jadi aku pun kena tido kat situ juga..  Kat wad SCN kan patutnya ibubapa tak leh tido situ tp itula keistimewaan aku.. Sejuk sgt duk dalam tu...

Semingu izz duk kat SCN tp tak guna pun oksigen yg masuk mulut tu... Hanya guna oksigen yang kat hidung je... Lepas tu izz dah boleh turun wad satu semula... Kat wad satu dapat masuk dalam bilik. Tak la bercampur dengan pesakit lain sbb masa tu dah tau yg izz xde antribodi... Dia mudah dijangkiti penyakit tapi susah nak baik... Sbb taknak penyakit bertambah2 dapatla duk dalam bilik tp masalahnya biliknya hujung sekali... Jauh sgt dgn nurse...

Masa kat wad 1 tu aku perasan yg bibir izz biru dan pucat... Aku minta nurse cek oksigen dia cukup ke tak tp nurse tu kata tu biasa je... aku tau la tgk anak aku lain macam je kan... Geram tul aku dgn nurse tu... Dia kata tempat cek oksigen  tu org gunala..xcukupla.. mcm2 alasan... Lepas tu bila doc masuk aku ckp dengan doc yg anak aku nmpk pucat, doc suruh g masuk tempat rawatan dan cek oksigen izz sekali... Masa tu nmpk la yg izz kurang oksigen walaupun dia tgh pakai oksigen... Jadi doc suruh tukar guna oksigen yg lagi kuat... Aku tanye doc macam mana dgn paru2 izz sbb sebelum turun ke wad 1 izz ada buat xray.. Doc kata dia belum tgk lagi...

Bila doc dah tgk xray tu doc suruh izz masuk semula ke wad SCN sbb doc kata paru2 izz dah rosak kekal... Maksudnya bila2 masa je dia perlu guna tiub oksigen yg masuk mulut tu... Masa tu aku dah lemah sgt bila doc kata paru2 izz rosak dan tak boleh nk sembuh... Dia mmg perlu bergantung pd oksigen... masa tu la baru aku menangis... Selama aku jaga dia 2 minggu kat situ aku tak pernah pun menangis... Penat ke tak cukup tido ke sakit2 badan ke aku tahan je....

Berpindah lagi kitaorg ke atas pulak... Masa aku kat hospital segamat ni aku mmg takde kecoh2.. Kat facebook pun aku tak update sgt... Bila masuk SCN buat kali kedua aku down sgt... Masa ni aku dah mengalah dah... Doc pakar kat sini sentiasa berhubung dengan doc pakar kat HKL.. Patutnya izz kena g HKL sbb doc pakar antibodi nk jumpa dan boleh jumpa sekali dengan doc pakar paru2.... Aku takut nk kesana sbb kat sana aku takde sesiapa.. Tapi demi kesihatan anak aku rela jugakla.. Tapi sayangnya tak sempat pun pergi sana izz punya oksigen makin kurang dan doc terpaksa masukkan tiub oksigen yg dalam mulut tu... Masa ni aku rasa kecewa sgt... jantung terus rasa nk gugur je... Masa doc masukkan tiub tu aku dengan suami kena duduk kat luar... Lama sangat... Bila dh masukkan tiub tu aku dah tak boleh nk susukan izz dan tak boleh nk tido dengan izz lagi... dan aku juga dah tak boleh dengar suara dia lagi...

Sejak tu aku perlu berulang tgk izz...Aku duk kat rumah mak mentua kat kg jawa je... Bila melawat dia hanya boleh tgk dia je... dukung oun tak boleh... Bila dia batuk kesian sgt aku tgk... sampai terangkat-angkat kaki dia...  Doc ada kata dia tak bagi harapan yang tinggi utk izz... Aku dah berserah je masa ni... Aku tau apa akan jadi dan aku pasrah dengan segala ketentuan tuhan... Seminggu izz guna tiub.. Hari2 akhir sebelum izz pergi aku tido juga kat wad tu.. sbb dah cakap yg kita cuma tunggu masa je... Dia kerap batuk2.. sampai muka dia merah dan biru... Tak sanggup aku tgk dia terseksa... Aku dah serahkan semuanya pada tuhan... Aku rela kalau tuhan nak amik anak aku sbb aku tak sanggup tgk dia terseksa... Doc pun dah terangkan pada aku segala2nya dan aku pun faham... Ibu mana yg xsayangkan anak... tp itula kenyataannya...

Doc pernah tanya aku sama ada nk hentikan mesin yang beri izz oksigen tu atau tak.. maksudnya kalau taknak tgk dia terseksa aku boleh tanggalkan mesin tu dah biarkan izz pergi... Aku tak jawab pun dan doc pun tak paksa dia bg aku masa utk fikir.. Dia kata kalau nak teruskan pun takpe tp bila keadaan dia teruk kenala injet dan tekan dada dia...

Beberapa kali juga soalan tu diajukan dan aku kumpulkam semua keluarga utk berbincang... Kalau ikutkan hati kecil aku ni aku tak kisah kalau doc dah tanggalkan mesin tu sbb aku tak sanggup tgk izz sakit... Hanya aku yg boleh tgk dia kan... Aku tau penderitaan dia.. Suami pun sama dengan aku.. hanya kami berdua yg boleh tgk izz mcm mana..

Tapi bila bincang dengan keluarga diorg kata kita cuba sedaya upaya dan diaorg tak bg aku mengalah... Diorg cakap tak nak nnt bila izz dah takde aku salahkan diri aku sbb biarkan dia pergi mcm tu je... Mana tau izz boleh baik ke... Masa ni baru aku terfikir... Aku menangis sepuas-puasnya sbb aku cpt sangat mengalah dengan ujian yg tuhan bg... Betul juga cakap keluarga aku... Takut nnt aku asyik salahkan diri dengan keputusan yg aku buat.... Jadi mmg aku tak pernah ng keputusan pun kat doc.. Bila aku tak cakap apa2, maksudnya doc akan cuba sedaya upaya utk selamatkan izz...

2 hari terakhir sebelum izz pergi aku tido kat wad SCN tu... Ada bilik yg boleh ditido... tp bilik tu mcm menakutkan skit... aku tak kisah..aku tido je... Mlm pertama tu ok je... xde apa2la... keadaan izz sama je... cuma masa tu aku takde pun bawa baju.. jadi pg tu lps tgk izz aku balik... Lgpun aku gilir2 dgn ayah dia.. bila aku balik ayah dia pulak datang sbb qaseh pun nak kena jaga jugak...

Malam terakhir pulak aku tido sana juga tp siap bawa begla... siap baju2 semua... Malam tu nurse cari urat izz utk masukkan ubat..sbb urat lama dah bengkak... Lama sangat nurse nak dapat urat dia..byk kali la dia kena cucuk... Izz diam jela.. apa yg dia boleh buat... Nurse sampai tak bg aku tgk... Dia suruh aku rehat je dlm bilik.. Bila aku keluar dia masih tgh cucuk izz lagi... Lepas tu dalam kol 2 nurse panggil suh aku tgk izz sbb diorg nk bersahur... Masa tu kan bulan puasa... Jadi masa tu la aku duduk dengan izz...

Selama kat scn aku tak amik pun gambar izz sbb tak boleh kan... tp mlm tu aku amik kesempatan utk amik gambar dia... Masa tu juga aku bercakap dgn izz walaupun izz tgh tido @ tak tak taula sbb mata dia mmg tutup je... Pastu ada la nmpk dia batuk2 sikit... Dia batuk pun kita tak leh dengar...


" adik, ibu sayang sangat kat adik.. ibu tak sanggup tgk adik terseksa mcm ni... ibu nak adik sihat... Adik sihat la mcm dulu cepat... tak puas ibu nk main2 dengan adik... Semua orang tgk jumpa adik tau, akalu adik duk dalam ni mcm mana org nk tgk adik... tokmak,mokde,pakngah mak tok,kakak qaseh semua rindu kat adik..
Adik...adik tolongla ibu buat keputusan dik... sekarang ni ibu berserah je... Sekiranya adik boleh sembuh, adik sembuh la cepat tp sekiranya sebaliknya biarla adik pergi dengan tenang dan dalam dakapan ibu.. Ibu tak sanggup nak tanggung rasa sedih setiap hari... Ibu bersedia hadapi apa saja kemungkinan... Ibu redha... Tapi ibu nk adik tau yang ibu syg sangat kat adik... Ibu xnk adik pikir yang ibu dah tak sayangkan adik sbb tu ibu tak kisah adik pergi... Kalau boleh ibu nk sgt tgk anak ibu membesar dengan sihat... adik tolong ibu ye sayang...ibu nk adik sendiri yg buat keputusan... " tula kata2 aku pada izz... dan rupanya itula kata2 terakhir yg aku dapat luahkan kat dia...

aku duduk dekat izz sampai nurse siap sahur... pastu aku duk dalam bilik semula sbb nurse nak sambung cucuk izz.... aku pun tertidola... malam tu aku ada mimpi...tak taula mimpi ke apa... rasa mcm betul2... aku rasa badan aku xleh gerak.. aku nmpk nurse lalu puas aku panggil tp nurse tu tak dengar pun... xtaula apa sebenarnya yg jadi... badan aku mcm kena empap...
sampaila sebelum subuh waktu nak sahur baru aku betul2 terjaga... tu pun sbb ada nurse kejutkan aku ajak sahur.. nurse2 kat SCN semuanya baik2...

Lepas tu aku sambung tido semula rasanya,ingat2 lupa pulak ni... tp yg aku ingat aku terbangun pukul 8.30 pg.. mcm lambat sangat dah aku bangun... aku terus pergi bilik air tp xmandi terus.. basuh2 muka je.. masa lalu nk ke bilik air aku nmpk doc dan nurse berkumpul kat tempat izz... dalam hati ada juga berkata2 apa lagi la tu...

Balik dari bilik air aku masuk bilik semula sebab tak kacau diorg...tp hati ni rasa xsedap je... aku duk jela dalam bilik tu... pastu doc masuk kat bilik aku tu... lg la aku tak sedap hati... doc cakap dgn aku keadaan izz makin teruk... doc pegang tangan aku..tenang2kan aku dulu.... (doc pompuan ye) dia kata izz menolak mesin tu... Maksudnya izz dah tak boleh nk berhubung dgn mesin tu... Ada mesin pun oksigen izz jadi makin kurang... jadi skrg nurse tgk pam oksigen secara menual guna tangan... Doc kata mungkin ni tanda2 yg izz akan pergi... dia minta aku hubungi keluarga dan suruh aku byk2 bersabar... aku faham apa doc sampaikan.. masa tu aku terus call lan... suruh dia dtg cepat...

Nak dijadikan cite, hari tu jugala kak ain aku mula belajar sambung buat diploma kat jb. Kak ain dgn akak ipar aku kat jb la masa tu. Abgngah pun g sana hantar diorg... Jadinya adik beradik aku semua jauh2.. yg ada along dgn uteh la... Aku cakap dgn kak ain dan abgngah dan diorg sampai2 kan kat yg lain... Serba salah aku dibuatnya... tp diorg kata diorg akan balik jugak...

Lps call semua org aku terus pergi kat izz.. masa tu aku tgk dia tak nmpk mcm org tenat pun... nmpk biasa je cuma ada nurse pam oksigen kat mulut dia... mata dia tertutup.... kalau tgk kat degup jantung dia mmg turun naikla... oksigen dia pun makin rendah... aku ckp dgn nurse yg aku nk dukung izz.. nurse bg walaupun masa tu byk wayar yg perlu dialihkan dan tiub yg kat mulut dia pun aku suruh nurse cabut... aku nk tgk muka izz tanpa wayar2 dibadan dia.... Akhirnya izz dalam dakapan aku.... nurse masih lagi pam oksigen kat mulut dia.... aku ckp dengan nurse tu dah,cukupla..biarkan je.. adik dah buat keputusan dia sendiri...aku dah tak nak paksa2 dia lagi... tp masa tu ayah dia lum sampai... tu yg nurse kata, takpe tunggu ayah dia sampai dulu.... masa tu aku dah tak boleh nagis dah... aku mengucap kat adik... adik peluk dia... aku usap rambut dia...

Masa tu rasa lmbat sangat lan sampai... mata izz mmg tertutup je...aku tak dapat langsung nk tgk mata dia... hanya bulu mata dia yg panjang tu je yg aku dapat lihat... izz mmg diam je... yg tau dia masih bernyawa sbb tgk kat mesin degup jantung tu...

Akhirnya lan sampai... sempat dia tatap dan dukung anak dia. Bila lan sampai aku suruh nurse tu hentikan pam oksigen tu.. doc benarkan dan dia bg aku bawa masuk ke ke dalam bilik... kira privasila... Doc pesan.. bila rasa izz dah tak bernyawa bgtau dia utk pengesahan. Masa tu akak ipar aku ada sekali... kak aida... dia yg tenangkan aku dan dia bacakan yassin.. aku hanya peluk izz dan mengucap je kat telinga dia... tak tau bila izz dah tak bernyawa sbb takde pun keadaan dia nmpk mcm tenat... muka dia bersih dan tenang je... aku cium semua badan izz... aku tau tu la saat2 akhir yg boleh aku peluk dan cium dia... setiap tempat dia badan dia aku cium... sampaila lan rasa dan dengar degupa jantung izz dah takde lagi... masa tu air mata mmg menitik tp aku tak meraung la sbb aku mmg redha dan bersedia... tgk muka izz mcm tgh tido je... tak percaya yg dia dh takde... semua ni keputusan dia...  mungkin dia dengar kata2 aku mlm tadi... dah dia tak nk aku rasa bersalah jadi dia sendiri menolak mesin.

Lps tu lan panggil nurse utk tgk betul ke izz dah takde, dan nurse mengesahkannya. Tp aku tak bg nurse amik dia dulu... nurse pun tak kisah sbb nk tgu doc datang dulu buat pengesahan... walaupun izz dah takde, aku tetap peluk dia.. lebih kurang 40 minit jugala... dan sempat jugak aku bgtau keluarga yg izz dah kembali ke rahmatullah...

Uteh dengan along ada datang tp masa diorg sampai izz dah xde.... tp masa tu izz dalam dakapan aku lagi... aku pun tenang je.... aku tak nak izz tgk aku dalam keadaan terlalu sedih sbb aku tau roh dia masih ada disitu... Dia pergi dengan tenang... yela kan..baby kan suci... tp aku puas sbb aku yg aku minta aku dapat... aku ckp dgn izz yg kalau dia nk pergi biar depan mata aku dan dalam dakapan aku, dan aku dapat semua tu... izz mmg anak yg baik...

Bila aku dh puas pegang dia aku bg izz kat nurse utk urusan seterusnya... Nurse bersihkan dia..aku ckp dgn nurse aku nk tgk... Nurse tu tak kisah walaupun patutnya tak boleh tgk... kalau boileh semuanya aku nk tgk depan mata... masa tu aku dah tak menagis lagi dah.. air mata pun dh tak nak keluar....

 Nurse tanya aku ada kain batik tak...? aku tgk kat beg sekali ada pulak... tak sangka kain batik yg aku bawa utk aku pakai masa mandi jadi balutan jenazah anak aku... Lan pulak uruskan pasal urusan jenazah iaitu mandi dan kapan utk dibuat dihospital... berhubungla dgn org yg berkenaan.
Dan aku berhubung dengan org utk gali kubur kat labis... Byk urusan yg perlu dibuat...

Abgngah dengan uda ontheway balik dari jb... katanya laju abgngah bawa... nasib diorg xapa2...
Masa mandikan jenazah pun aku tgk.. Lan ikut mandikan aku ingat tak boleh tgk, tp uteh tanye, ko tak nak tgk ke? terus aku duduk kat tepi pintu tgk je adik dimandikan...

Masa nak bawa balik, bawa naik keta je.. tak guna van jenazah pun... lan pangku jenazah yang dah siap kapan dan dibalut dengan kain batik aku td... Mcm tak percaya semua ni dah berlaku....

Jenazah dibawa balik ke rumah uda dulu... Panggil org baca yassin dan solat jenazah sekali lagi.. kat hospital pun dah solat jugak... sementara tunggu kubur siap gali, jenazah dibcakan al-quran dan ramai juga yg melawat... aku hanya diam je.. tp air mata aku tak mengalir pun... bila kubur dah siap terus bawa jenazah ke tanah perkuburan. Proses tanam pula... Bapa tiri aku yg masukkan jenazah dalam lahat. Sbb kubur baby kan kecik,bapa tiri aku pun kecik.. Aku hanya memandang je la... Masa tu qaseh dah ada... dia datang dgn mak pit... qaseh tgk semua proses tu... bila dah selesai qaseh cakap..nape masukkan adik kat dalam tanah.. pastu bila nak balik, qaseh ckp lagi, kita nak tinggalkan adik ke? sian adik sorang2... ayah dia terangkanla kat qaseh... sayu hati aku bila qaseh cakap mcm tu sebenarnya... tp apa kan daya inila ketentuanNya...

Balik dari kubur aku ok je... pastu berceritala dengan keluarga saat2 akhir arwah sbb masa tu diorg xde... uda dgn abgngah terus tgu kat rumah je sbb takut tak sempat dia nk ke hospital...

Masa awal2 aku tak rasa sgt kehilangan tu, sbb aku rasa dh puas... aku puas dpt tgk semuanya depan mata... aku puas sbb dapat pegang dia dan peluk dia lama2...
Tapi bila malam... aku mula rasa rindu sgt... baru aku rasa yg anak aku mmg betul2 dah takde... sebelum ni walaupun dia kat hospital hanya terbaring je sekurang-kurangnya aku masih boleh tgk dia. aku masih boleh nmpk jasad dia...tp skrg semuanya dh takde... aku hanya boleh tgk gambar dia je... Masa tu la baru aku menagis sepuas-puasnya... aku lepaskan semuanya... aku dh xboleh nk pendam lagi... aku menagis sorang2 dalam bilik... Bila dh puas menangis, aku beristigfar byk2.. minta tuhan kuatkan semangat dan iman aku...

Dan sekarang pun, bila aku rindu sgt kat izz aku akan menangis.... tu je cara utk aku hilangkan rindu tu... doa utk dia mmg sentiasa ada... menagis tu bukan menangis kosong la... sambil baca2 dan ckp2 utk izz...


Al-fatihah... utk Izz Muhammad Nazreen bin Mohd Nazlan
20.12.2011 - 4 Ogos 2012... bersamaan dengan 15 ramadhan...


:: maaf kalau buat anda semua sedih/menangis... masa tulis entry ni pun asyik terhenti-henti je sbb tak tahan sebak... kuatkan juga hati utk siapkan entry ni.... ::




11 ulasan:

linda berkata...

sabar byk2 yer...menitik ayer mata bace...sesunguhnya awak seorg ibu yg penyabar

linda berkata...

sedih sangat.menitik ayer mata keibuan bile baca entry ni.sesunguhnya anda seorang ibu yg tabah

linda berkata...

sabar ye..sedih sgt baca entry ni.anda seorang ibu yg tabah

SYARIFAH NAJIHAH S. MD. NASIR berkata...

Sabar ye dik.....ape yg adik alami lg hebat dr akk sbb akk lahirkn ank yg mmg dh meninggal dr dlm rahim tp lbh krg 3-4 bulan juga la akk bru ok......skrg pn dpt tgok kuburnye je.....mmg rindu kt dia sbb 8 bulan dlm rahim akk.....seorg puteri yg diberi nama sharifah nurfithriah bte syed azahar.....apa2 pn akk kagum dgn adik sbb kuat. Kalu akk dh x kuat utk menahan perasaan.....in shaa Allah dia menanti adik di pintu syurga.......

eza miza berkata...

Mengalir air mata baca coretan ni..akak seorang yg sgt tabah..saya kagum dgn akak..xtaula kalo sy kat tempat akak tu..al fatihah utk arwah izz..

Tanpa Nama berkata...

Kisah anda amat menyentuh hati. Semoga anda terus tabah. Anda dikira bertuah kerana sudah ada yg akan membantu anda di Sana....

Tanpa Nama berkata...

Sabar...detik2 permegian izz sama dgn pemèrgian cahayamata sulung saya 4 jan 2008

Nizam berkata...

Hmm..Alfatihah buat arwah

Baby Shop Malaysia

Nurul berkata...

Al fatihah..mngalir airmata bce coretan ni..tika ni sy di wad 1 mnjga ank..moga2 Allah mndengar doa sy..amin

zureen berkata...

Semoga anak nurul sihat dan doa nurul dimakbulkan... amin...

zureen berkata...

Semoga anak nurul sihat dan doa nurul dimakbulkan... amin...

Related Posts with Thumbnails

ads by nuffnang