Seri Qaseh Nazirah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Muhammad Haikal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Pemergianmu dirindui

Lilypie Angel and Memorial tickers

Nuffnang

04 Februari 2012

Majlis Cukur Jambul Izz part 1

Hai kawan2....

Banyak yang aku nak cite tp tgk je la apa yang terkeluar dari kotak minda aku ni eh... Sbb kata je banyak tp bila nak menulis semuanya lupa... Apa yang aku ingat itu la yang aku tulis ye...

Sekarang ni baby izz dah botak dah... aku dah buat cukur jambul dia dah... eh bukan cukur jambul tp cukur rambut sbb tu la botak..:)

Buat kenduri 3 dalam satu... Kenduri cukur rambut, khatam quran dan doa selamat... senang seklai arong kan...

Siap panggil SAKINAH lagi... rambut baby izz orang SAKINAH tu la yang cukur kan... Kejap je dia buat... Baby izz lak diam je.. tak menangis langsung... semua orang kata baby baik.... suka aku dengar... bila lebih 44 orang kata anak aku baik, dah kompom2 la anak aku akan baik kan... :)

Sepanjang Majlis tu izz tido je... dia tak merengek langsung... Lepas cukur jambul buat berendoi baby sekali... Sedap nyanyian lagu utk budak berendoi tu.... Masa tu pun izz  diam jugak... padahal masa tu bising sangat...mungkin dia sedap duk dalam bakul sambil digoyang2 kot... :)

Yang khatam quran rina dengan yana... Yana dah lama khatam tp baru ni la buat majlis nya... saing sekali dengan rina...

Lupa lak nak bgtau bila buat kenduri nya... Kendurinya buat pada 23 januari lepas...Hari Isnin... Masa tu cuti raya cina... Aku yang nak buat cepat sbb tak sabar nak botakkan izz. Cepat botak, cepatla rambut dia tumbuh kan...hehehehhe..

Baby izz sebelum rambutnya botak...

Ayah bersama 2 anaknya...

EH...baby izz lagi...ala tomey..tomey...

Ibu dengan izz... sebelum mula majlis dia tak tido...

bekas letak barang2 yang akan digunakan sempena majlis cukur jambul baby izz..
tp lum lengkap lagi barang nya masa nie... :)

Pulut kuning yang di masak oleh tok mak...
erm.. ibu tak leh nak rasa tp tau mesti sedap..

bersama atok dan thaqif....
masa ni org tgh khatam quran.. tgh nak tunggu giliran kitorg lak...


Ni semua gambar permulaan je... Nnt aku sambung lagi enrty cukur jambul ni eh.. banyak nau rintangan nak menyiapkan entry ni... tak sempat nak buat panjang2... tunggu yg part 2 lak ye...

hehehehhe... sekian...

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

ads by nuffnang