Seri Qaseh Nazirah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Muhammad Haikal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Pemergianmu dirindui

Lilypie Angel and Memorial tickers

Nuffnang

18 Jun 2012

Pengalaman Anak sakit....

Aku dah mula keje dah... tak cukup 90 hari cuti, siap sambung lagi cuti seminggu.... Bukan suka2 nak cuti tapi sbb baby Izz tak sihat...
Aku naik keje patutnya 20 Mac. Izz mula sakit dari 16 Mac... Mula seminggu qaseh demam panas. Pastu Izz pulak kena bisul kat kepala..Sekali tumbuh banyak... Dan sbb menahan sakit bisa2 bisul tu dia demam... Bila malam demam dia panas sgt... Lan pulak xde. Asyik kursus je... 

Sebelum ni aku bagi je Izz makan ubat demam yg dapat masa dia enjet 2 bulan. Yang bisul dia tu pulak aku sapu je dgn krim yg beli kat farmasi. Tak terasa pun nak pergi klinik. Tapi bila dh hari isnin, aku rasa tak sedap hati n nak bawa Izz g klinik juga sbb malamnya badan Izz panas sgt. Mula2 ingat nk bawa g klnik swasta je tp berubah fikiran ke klinik kerajaan. 

Bila jumpa doktor, doc boleh suruh pergi hospital sbb dia tgk badan Izz nmpk lemah n longlai je... Sbb nya mlm semlmnya Izz xnak menyusu langsung. Sampai bengkak brest aku. Doktor suruh nurse amik darah Izz dan masuk air. Siap kena g hospital naik ambulans... Aku ingat nnt aku g sendiri je... Takut aku sbb mcm serius sgt sakit anak aku tu...

Bila time nak cucuk tangan izz utk amik darah n masuk air, semua nurse tak berani nak buat sbb diorg tak biasa buat kat budak kecik. Izz pulak tembam, susah nak nmpk urat dia.. Minta tolong MA buatkan tp buat sekali. Bila tak dapat terus dia suruh g je hospital, biar nurse kat hospital yg buat. Kesian bila tgk Izz nagis2..

Nasib baik juga aku ajak nurul ikut g klinik.. Tak pasal2 aku kena naik ambulans. Nurul la yg bawa balik keta tu. Fuh...pengalaman pertama naik ambulans... Laju giler.. terhentak-hentak..dahla kerusi dia kecik je... Aku kena pegang Izz kuat2... Nasib la Izz tak menagis dalam tu.. Dia tido je...

Sampai hospital pergi la wad kecemasan... Nurse dah uruskan semua,diorg pun balik.. Tinggal la aku sorang2... Tak lama lepas tu uteh dgn abgngah pun sampai. Tapi masa tu aku masuk bilik doc pulak. Kat wad kecemasan ramai orang pulak.. Sesak jadinya. Lepas dah disoal2 oleh doc, doc pun nak amik darah Izz... Pun xdapat gak.. Tu doktor sendiri yg buat tu... Dia buat sekali je pastu dia suruh masuk wad...

bersambung......


**entry ni dah lama buat tp x diterbitkan sbb ingat nak cite sampai abis dulu..tp skrg ni aku terbitkan je yg ni dulu nnt dah ada kekuatan aku cite lagi ye...

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

ads by nuffnang