Seri Qaseh Nazirah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Muhammad Haikal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Pemergianmu dirindui

Lilypie Angel and Memorial tickers

Nuffnang

18 Disember 2010

Kembalinya seorang PEMIMPIN yang disanjungi Pergi Mengadap Ilahi...


 
Assalamualaikum......

Sebelum ni aku ada ceritakan tentang keadaan Datuk Sulaiman yang sakit di Hospital Ampang...
Kali nie nak cerita tentang kepergiannya yang tak terduga pada 17 Disember 2010 iaitu pada Hari Jumaat Jam 1.10 pagi di Hospital Ampang Puteri... Allahyarham pergi meninggalkan kita semua pada hari yang mulia iaitu pada hari Jumaat.

Allahyarham siap diuruskan di Masjid berdekatan dengan Hospital Ampang puteri dan siap disembahyangkan disana. Selesai semua kat sana allahyarham dan keluarga pulang ke Labis pada Jam 5.00 pagi dan sampai pada jam 8.00 pagi.

Masa dapat tahu yang ang uda dah meninggal aku terus tergamam dan tak boleh nak pk ape lagi dah....
Masa tu hanya aku dengan Lan je yang ada kat sini. Mak pulak dah balik Umah dia semalamnya...
Bila uda minta aku kemas2kan rumah baru la aku tahu ape yang aku perlu buat.
Pukul 2 pagi aku pergi umah uda dengan lan.. Qaseh aku tinggalkan kat umah kak ana... Dia tengah sedap tido macam tu....
Sebelum tu Lan ada kerja kat Air Panas, urusan camping dari Jabatan Perpaduan... Jadi adalah anggota pertahanan Awam yang lain utk tolong aku dengan Lan kemas2kan rumah uda.
Kalau aku dengan Lan je mungkin tak terdaya nak buat semua. Malam tu mmg aku tak tido la...
Aku buat semua demi uda dan aku tahu perasaan dia macam mana....

Masa Jenazah sampai dah ramai orang kat rumah nie... Sebelum tu orang-orang kat sini dah bacakan yasin dah.... Bila sampai je jenazah Yasin di baca lagi dan tak henti2 orang bacakan yasin.... Ramai yang datang melawat di rumah nie....
Pukul 10.30 pagi Allahyarham disembahyangkan sekali lagi di kediamannya. Dan selepas tu dibawa pula ke Masjid baru dan sembahyangkan lagi untuk kali ke tiga. Alhamdulillah ramai yang sembahyangkan Jenazah semasa ketiga-tiga sembahyang jenazah dilakukan. Selepas selesai solat jenazah tu Allahyarham dibawa ke Tanah Perkuburan.

Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah perkuburan Islam Kg. Paya Merah Labis pada pukul 11.30 pagi sebelum solat jumaat.
 
Aku mengharapkan agar abg uda sembuh tapi TUHAN lebih menyayangi beliau.....
Mungkin ini yang terbaik untuk dia dan aku mengharapkan agar kalian sentiasa mendoakan Allahyarham berada dikalangan orang yang berIman dan selesa di Sana...
Al- Fatihah...................

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

ads by nuffnang