Seri Qaseh Nazirah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Muhammad Haikal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Pemergianmu dirindui

Lilypie Angel and Memorial tickers

Nuffnang

08 September 2012

Qaseh segala-galanya bagiku... Arwah baby izz sentiasa dirindui...

Ye... sekarang diala segala-galanya bagi aku... Dia dah tak perlu berkongsi kasih lagi... Sejak arwah baby izz lahir, aku xbanyak abiskan masa dengan dia... qaseh byk manja dengan ayah je... sebab ibu dah sibuk dengan adik...

Masa tu qaseh seolah-olah memahami yg ibu perlu jaga adik dan lebihkan masa dengan adik.. kadang2 aku perasan yg dia tgk je aku cium2 adik dia,main2 dgn adik dia, tp aku takde pun pegang dia.. Bila aku panggil dia terus dia lari pergi main dengan org lain...

Qaseh pernah cakap mcm ni... :

"Ibu jaga adik, ayah jaga aceh"

Sebenarnya dia xnak susahkan aku.. dia nak berlaku adil tp kerana dia sgt memahamila yg membuatkan aku lupa untuk memberikan kasih sayang aku pada dia...

Masa tu aku x fikir pun yg dia ada terasa hati ke x, tp bila kadang2 dia menagis tanpa sbb sebenarnya dia nakkan perhatian dari aku.... tp aku marah2 dia... aku xpernah nak faham apa yg dia rasa.. baru sekarang aku faham.... walaupun aku selalu marah dia, ucapan "sayang ibu" tak pernah lepas dari mulut dia... Kalau aku tak balas balik dengan kata "sayang aceh" nnt dia akan tanya, " ibu tak sayang aceh ke?" ermm... cepat2 aku akan cakap yg aku sayangg dia...

Bila arwah izz sakit, aku banyak abiskan masa dekat hospital... sekali lagi aku abaikan qaseh.. Dia hanya rapat dengan ayah dia je... Dugaan yg aku hadapi sebenarnya qaseh pun rasai...  Cuma dia kecik lagi, dia tak pandai nak luahkan... mungkin dia luahkannya dengan tangisan tp aku yg tak mengerti...

Qaseh sekali lagi memahami yg adik dia lebih memerlukan ibu... Sampaikan bila aku balik rumah kejap pun dia akan tanya, "ibu tak jaga adik ke? sian adik sorang2..." Bila dia ckp mcm tu tersentuh hati aku ni... Dia sayangkan adik dia tp dia xdapat byk abiskan masa bersama adik dia....

Qaseh tak pernah tunjukkan perasaan cemburu dia pada adik dia.. dia tahu yg dia dah jadi kakak...
bila dia dekat dengan adik dia, dia akan cium,peluk... tapi sekarang semuanya dah takde lagi....

Kini, aku perlu membayar hutang2 aku terhadap qaseh iaitu KASIH SAYANG....
Aku akan berikan dia kasih sayang yang banyak kerana aku hanya tertumpu pada dia sahaja.

Aku pernah tanya qaseh, "qaseh nak adik lagi x?" dia kata dia nak... Dia tak pernah pun cemburu bila ada orang lain yang ingin berkongsi kasih dengan dia kerana dia mahukan kawan.. sbb tu la aku kesian tgk dia main sorang2...

Insyaallah,kalau ada rezeki tak kemana... hanya tuhan yg tahu apa yg terbaik untuk aku dan keluarga aku...

Walaupun rasa duka masih ada tp kebahagian tetap dirasai... aku bersyukur kerana mempunyai keluarga yg sangat memahami... Mereka sentiasa berusaha untuk buat aku gembira... Walaupun gembira tetapi ingatan pada arwah tetap tidak aku lupakan... Aku takut bila org tgk aku sentiasa ketawa org akan fikir yg aku dah lupakan dia...org akan fikir yg aku tak pernah sedih,... percayala...dalam hati ini hanya tuhan saje yg tahu apa sebenarnya yg aku rasai...

Ini la hikmahnya... hikmahnya keluarga aku sentiasa bersatu... kebahagiaan yg aku rasa sekarang lebih daru dulu... Tiba2 aku rasa bebas... Bebas untuk buat apa saja dengan anak dara aku ni...

Aku beruntung kerana dapat anak2 yg sentiasa memahami... qaseh memahami yg aku akan sedih bila bertanyakan tentang arwah izz dan dia tak pernah tanya aku adik mana... Aku je yg sering tanya dia " qaseh, adik mana?" nanti dia katala, adik dah meninggal.. adik masuk syurga...
Dia tak pernah menagis pun bila bercerita pasal arwah... sbb dia xnak aku sedih  kot...

Arwah izz juga sebenarnya memahami ibu dia... dia xnak susahkan ibu dia, xnak aku sentiasa sedih kerana dia, xnak aku penat untuk dia, xnak aku sentiasa risaukan keadaan dia, xnak keje aku terjejas kerana dia... Sebab tu la dia pergi...... pergi bersama penderitaan dan kesakitan. supaya dia tak rasa menderita untuk menangguh kesakitan... Tgk dia sakit,aku pun akan rasa sakit juga. Jadi, inilah yang terbaik untuk kami semua.. Walaupun berat untuk dihadapi tp ini la hakikatnya... Arwah izz sayang kan aku sbb tu dia xnak susahkan aku...

Aku tahu dia bahagia dia sana.. dia dijaga dengan baik di sana dan mungkin tidak sebaik aku disini.. Tuhan pinjamkan dia sekejap je untuk aku.. Sekurang2nya aku dah ada anak lelaki... dan dia akan menunggu ku di pintu syurga... itulah saham yg paling berharga yg aku ada... saham akhirat...
Bukan mudah untuk dapatkan saham seperti ini kerana ia memerlukan kedukaan dan kesedihan... memerlukan kekuatan mental dan emosi untuk melalui semuanya... Alhamdulillah aku berjaya mengharunginya walaupun kadang kala aku tewas dengan perasaan sendiri...

Aku sentiasa berdoa agar aku menjadi insan yg lebih tabah dan agar tuhan limpa ruahkan la rezeki aku dan keluargaku... aku perlu kuat untuk meneruskan hidup kerana hidup hanya sekali je.... ianya harus diteruskan dan dinikmati kerana bila aku dah mati, aku akan tinggalkan orang2 yg aku sayang.... apa yg aku buat sekarang ni tak dapat nak aku ulangi...

Qaseh.... ibu nak qaseh tahu yang ibu sentiasa sayangkan qaseh... ibu nak qaseh jadi anak yg baik, beriman, anak yg solehah pandai,cerdik,cergas dan berjaya dalam hidup... bukan senang nak lalui hidup ini kerana byk rintangan dan dugaan yg harus kita tempuh....
Ibu harap qaseh tak pernah lupa yg qaseh pernah mempunyai adik lelaki yg bernama Izz Muhammad Nazreen. Selalu doakan untuk adik dah sedekahkan al-fatihah untuk dia ye sayang...

Suatu hari nanti qaseh pasti akan baca entry ibu ni.... Maaf kalau tulisan ibu ni ada membuatkan air mata qaseh mengalir kerana ketika ibu menulis ni pun air mata ibu sentiasa menitik....

Salam sayang dari ibu....


Al-fatihah untuk adik izz....



Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

ads by nuffnang