03 September 2012
Teman Pengganti Black & Malique
Suka dengar lagu ni... Masa mula2 dengar dah terusik hati..masa tu faham lirik yg black nyanyi je.. Melodi dia pun syahdu je.. Dengar kat radio tak jelas dengar lirik hiphop tu.. So, hari ni aku bukak youtube yg ada lirik sekali... Baru la faham jalan cerita lagu ni...
Sedih sbb aku membayangkan kalau aku yg mati...
Lagu ni juga buat aku teringatkan arwah baby izz...
Soryla sbb aku tak update2 lagi cerita pasal arwah.. byk kekuatan yg aku perlukan... skrg ni pun bila tulis je nama arwah air mata ku dah mengalir dah...
Aku nak cerita detail semua, kalau boleh xnk ada yg tertinggal pun sebab entry ni nnt akan aku jadikan kenangan... aku xnk lupakan setiap saat aku dengan dia.. Kalau nnt aku terlupa, aku boleh baca semula kat sini... tp tula, skrg belum masanya lagi utk aku bercerita..
26 Ogos lepas adik kak filla telah pergi ke rahmatullah secara mengejut... sedih bila baca entry dia...
Umur adik dia baru 28 tahun.. Aku silent reader blog dia je.. aku faham apa yg dia rasa sbb dugaan aku dengan dia sama je.. kehilangan orang yg tersayang... aku hilang anak, dia hilang adik, aku tau bila anak aku akan pergi tp dia tak tau... dugaan yg kami hadapi maha hebat... walaupun tak boleh nak terima tp kami harus redha dengan kehendakNya...
Ayat permulaan dalam entry kak filla sama la mcm apa yg aku rasa bila nk bercerita tentang arwah izz...
"Tak tau nak mulakan dari mana.. ayat apa... nak tulis apa.... aku nak jadikan entry ni sebagai kenangan untuk aku luahkan isi hati yang tak tau nak cakap cemana.. kadang kosong.. kadang keliru..."
Semoga kami sentiasa tabah.. Al-fatihah untuk Baby Izz Muhammad Nazreen dan Mohd Shafiq bin Ibrahim.. Semoga mereka tenang di sana...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan