Seri Qaseh Nazirah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Muhammad Haikal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Pemergianmu dirindui

Lilypie Angel and Memorial tickers

Nuffnang

08 Februari 2010

Gambar QASEH DEMAM

Hai semua....Masa ni qaseh tengah demam,selsema dan batuk....Ni qaseh kat umah mak tok.. Walaupun qaseh demam,qaseh tetap kuat dan bersemangat untuk bermain. Jgn terkejut bila tgk qaseh naik voke (x reti eja). Qaseh pinjam abg danish punye... Sebenarnya qaseh tak pandai lagi naik voke tapi ibu dengan ayah saje je naik kan qaseh sbb nak tgk samada qaseh dah boleh bawa ke tak voke tu... Kalau dah boleh lepas ni kena la ayah belikan untuk qaseh.....


Yang pakai baju merah tu akak eca. Sibuk je nak bergambo jugak...hehehe.....
Ayah jaga kat belakang sbb takut qaseh tersungkur ke,jatuh ke....Dah tak mcm orang demam je kan...

Yang ni masa kat umah sendiri. qaseh duk atas badan ibu. Main ketawa2 dengan ibu... Nmpk x mata qaseh yg belah kanan tu merah sikit. Ia merah sbb qaseh suka gosok2 mata...Gatal kot

Best main dengan ibu...Sampai nak meleleh hingus qaseh..huhuhu...

03 Februari 2010

GAMBO TIME....

Ok tiba masa update gambo.... saksikanlaaaaaaa
Saksikan gambo terbaru SERI QASEH NAZIRAH N GENG

yang ni kawan aku. Nama dia Safuraa. Anak dia bernama Muhammad Ashraf. Anak dia berumur 3 bulan. Beza 2 bulan dengan qaseh. Aku selalu lepak kat umah dia bila anto budak ngaji. Kadang-kadang aku bawa qaseh. Tapi biasanya aku g sorang sbb budak ngaji malam,takut nak bawa qaseh.

qaseh suka betul dgn gear ayah dia kat keta kancil. Sebeso tidak gearnya. qaseh ingat tu aiskrim kot... Dia asyik nak menjilat jeee...

pose senget dari qaseh yg berpakaian seksi....hehehehe...Suka buat muka kesian....


gambar ni masa kat padang depan upwell kat Segamat. Sebelum jalan-jalan kat sini ibu dgn ayah g makan kat kedai belakang tu....Suka makan mee hong kong kat kedai tu....

Ayah kena paksa senyum dengan ibu... Kalau tak ayah suka buat muka serius bila ibu nak snap gambo... Ni la contoh bila ayah buat muka serius. Ibu tak suka tau...
Ala tomel-tomel anak ibu....

Sekarang ni qaseh suka nak berpusing-pusing... Nak niarap tak lepas sbb bontot berat huhu...

masa ni ibu dah siap nak g meting kat JB. Masa ni baru kol 6.30 pagi tau... Ibu dah cantik-cantik nk tinggalkan qaseh... Qaseh sedap je tido lagi walaupun aku dah dukung dia ke hulu hilir....

Senyum je qaseh ni....

Apa cengang2??Babab kang...hehehehe

AKU PENATTT!!!!!!!

Agaknya tahun ni mmg tahun yang memerlukan tenaga dan minda yang kuat untuk bekerja.
Dari bulan januari sampai ke hari nie aku asyik bz jeee... Biasanya bila bulan 1 tak bnyk sangat keje yg nak dibuat sbb bajet tak turun lagi. Tapi sekarang ni lain pulak...Awal2 tahun ni yg byk buat keje. Byk kena buat perancangan perancangan perancangan....
Oleh kerana kita ni kakitangan kerajaan,so kita buat je la kan... Biar gaji yg kita dapat tu halal....

Dek kerana byk keje yg nak kena buat saya sampai tak menyempat nak update blog saya ni... So,saya nak cerita sikit tentang buah hati saya si qaseh tu...
Qaseh baru je baik demam,selsema dan batuk....
5 hari dia tak sihat... Kesian kan bila budak kecik kena selsema dgn batuk. Dah la dia tak reti nak hembus hingus,nak buang kahak....Bila bg makan ubat je mesti dia menangis. Qaseh adalah budak yg tak suka mkn ubat. Sesekali nmpk mcm ibu dgn ayah dia kejam je sbb paksa dia mkn ubat. Lepas bg dia ubat terus ayah dia pujuk dia sbb dia akan merajuk dan terus menangis.Ayah dia kan manja kan dia... Dia la yg memujuk qaseh....

Sebelum ayah dia balik,aku la yg ngadap qaseh bila dia sakit kan..
Asal pg je dia batuk muntah2....Muntah keluar lendir. Kahak dia la tu... Byk pulak tu... Bila bg dia susu dia muntah susu pulak..Lepas je muntah mesti dia menagis siap keluar air mata lagi... Kesian sangat kat dia. Bila dia tido aku tgk je muka dia dan aku pulak yg nagis.... Sape tak sayang anak kan... Kalau boleh biar la kita yg rasa sakit dia tu... Tak sanggup nak tgk dia menderita....

Qaseh mula selsema batuk hari rabu, disebab kan aku ni sibuk tak sempat nak bawa dia g klinik. Hari jumaat baru aku bawa dia g klinik. Tu pun aku masuk opis lambat. Nasib baik bos memahami.... Org kata budak kecik ni kena jaga elok2 masa demam... Takut ape2 berlaku. Lagi-lagi kalau dia kena demam panas.Bahaya kan... Tapi qaseh ni demam kurang sikit,yg teruk selsema dia.Dgn hidungnya tersumbat. Bila dia nafas tu bunyila hingus dia... Aku ckp dgn qaseh suruh dia nafas guna mulut,tak taula dia paham ke tak...
Masa dia tak sehat tu ko agah la mcm mana pun dia buat dek je.. Tak kuasa dia nak layan ko... Muka dia selambek jee... Mungkin sbb badan dia tak selesa.Kadang-kadang dia merengek...

Sekarang ni qaseh dah makin sihat... Agah sikit dia ketawa atau senyum...Qaseh dah kembali ceria. Baru la aku rasa senang hati... Semalam aku pergi tgk anak nurul,aku bawa qaseh sekali sbb mak nurul tak tgk lagi qaseh....Penyudahnya g sana bukan tgk anak nurul tapi nurul tgk anak aku..hehehe... Anak nurul asyik tidurrrrrrrrr jeee... Lupa nak bgtau nama anak nurul adalah MEGAT ADAM HARITH.......keturunan pahlawan la konon....hehehehehe....


Seperti biasa gambo kemudian k.....
LAYANNNN

21 Januari 2010

MINGGU YANG SUNGGUH BZZZZZZ

Aku rasa macam nak pecah kepala menguruskan macam-macam hal dalam minggu nieee...
Kenapa la semua program nak buat serentak....Mcm la takde tarikh lain ekkkkk...
Hari ni aku sibuk nak menguruskan orang KEMAS Negeri buat mesyuarat JKPP kat sini.
Oleh kerana Pej Kemas Labis ni tak besar,kenala kitaorang siapkan tempat lain untuk diorg meting. Tempatnya ialah di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Labis. Huhuhuhu...malu je menumpang kannn....

Petang ni diorang nak main bola sepak dan bola jaring lak.... Nak lawan dengan orang kampung... Aku jugak yang nak kena cari orang utk lawan dengan diorang... Nyusahkan tul la...
Kalau ckp awal2 takpe jugak... ni Last minit baru nak bgtau.... Nasib la aku ni cekap...(meninggi diri lak),dapat la aku cari pemain yang boleh lawan dengan team KEMAS dalam masa yang singkat... Tapi huru hara la kejap... Banyak keje keje yang lain tertangguh dibuatnya...

Aku hanya mampu menyabarkan diri aku untuk buat semua keje ni.... Apa-apa pun aku kena berusaha...Yang penting aku dah siapkan padang untuk diorang nak main bola sepak dengan bola jaring. Yang bola sepak tu awal2 dah ready. Yang bola jaring ni....ADUHH... Bila ckp last minit,mana la ada orang nak siapkan...So,terpaksala aku turun padang untuk membuat ukuran dan line standet utk diorng main... Penat mcm nak mati...... Dah la tengah2 panas,pakai baju kurung pulak tu.... Dah siap ukur-ukur bagai,guna tali pulak supaya tak senget nak tabur tepung. Kenapa tabur tepung???Sebab takde minyak hitam nak aku curahkan.... Sape nak bagi aku minyak hitam tu... Yang line bolak sepak diorg dah siapkan guna minyak... Yg bola jaring ni kenala guna tepung yeee... Puasla aku membongkokkan diri aku ni dah mcm nak membaja lak... Padahal tabur tepung ikut tali tu...
Aku tak pernah buat benda tu semua sbb aku bukanla pemain bola jaring. Nasib baik ada orang tolong tau.. Kalau tak ntah ukuran apela yg aku guna...hehehehe.... Abis baju kurung aku kena kemuncup... Sape nak tolong tanggalkan?????

Dah la,malas nak mengadu-ngadu ni.... Bukannye korang boleh tolong pun... Tapi sekurang-kurangnya terluah la sikit ape yg terpandam dihati ni....K la...tak nak buat dosa banyak-banyak...bye

18 Januari 2010

METING LAGIIIIII.........

Kenapa asyik kena g meting je ni... Penat la... Semalam meting kat rumah rakyat,malam pulak tu... Pagi tadi meting kat Chaah. Esok meting kat JB lak.... Kesian qaseh asyik kena tinggal jee...
G meting yang dekat2 ni takpe lagi. Yang kena g meting kat JB tu yang lemah tu...
Untuk pengetahuan,esk ada meting Unit CPM kat Pejabat KEMAS Negeri. Oleh kerana kawan aku yang jaga CPM tu nak bersalin so, aku la yang kena gantikan dia... Dah la aku tak berapa nak tahu sangat pasal unit dia tu. Kena bawa Perancangan Program la,kertas kerja la... Tak ke nyanye tu... Aku ke yang kena memangku jawatan dia selama 2 bulan nanti.???? OOHHH tidakkk....

Huhuhu...Aku baru je dapat berita bahawasenya mmg aku yang akan memangku kerja2 NURUL nanti.... Nurul dah selamat bersalin dalam setengah jam yang lepas... dapat baby boy... Akhirnya,keluar jugak anak nurul... Tahniah yee nurul...
Related Posts with Thumbnails

ads by nuffnang