Seri Qaseh Nazirah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Muhammad Haikal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Pemergianmu dirindui

Lilypie Angel and Memorial tickers

Nuffnang

21 Januari 2010

MINGGU YANG SUNGGUH BZZZZZZ

Aku rasa macam nak pecah kepala menguruskan macam-macam hal dalam minggu nieee...
Kenapa la semua program nak buat serentak....Mcm la takde tarikh lain ekkkkk...
Hari ni aku sibuk nak menguruskan orang KEMAS Negeri buat mesyuarat JKPP kat sini.
Oleh kerana Pej Kemas Labis ni tak besar,kenala kitaorang siapkan tempat lain untuk diorg meting. Tempatnya ialah di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Labis. Huhuhuhu...malu je menumpang kannn....

Petang ni diorang nak main bola sepak dan bola jaring lak.... Nak lawan dengan orang kampung... Aku jugak yang nak kena cari orang utk lawan dengan diorang... Nyusahkan tul la...
Kalau ckp awal2 takpe jugak... ni Last minit baru nak bgtau.... Nasib la aku ni cekap...(meninggi diri lak),dapat la aku cari pemain yang boleh lawan dengan team KEMAS dalam masa yang singkat... Tapi huru hara la kejap... Banyak keje keje yang lain tertangguh dibuatnya...

Aku hanya mampu menyabarkan diri aku untuk buat semua keje ni.... Apa-apa pun aku kena berusaha...Yang penting aku dah siapkan padang untuk diorang nak main bola sepak dengan bola jaring. Yang bola sepak tu awal2 dah ready. Yang bola jaring ni....ADUHH... Bila ckp last minit,mana la ada orang nak siapkan...So,terpaksala aku turun padang untuk membuat ukuran dan line standet utk diorng main... Penat mcm nak mati...... Dah la tengah2 panas,pakai baju kurung pulak tu.... Dah siap ukur-ukur bagai,guna tali pulak supaya tak senget nak tabur tepung. Kenapa tabur tepung???Sebab takde minyak hitam nak aku curahkan.... Sape nak bagi aku minyak hitam tu... Yang line bolak sepak diorg dah siapkan guna minyak... Yg bola jaring ni kenala guna tepung yeee... Puasla aku membongkokkan diri aku ni dah mcm nak membaja lak... Padahal tabur tepung ikut tali tu...
Aku tak pernah buat benda tu semua sbb aku bukanla pemain bola jaring. Nasib baik ada orang tolong tau.. Kalau tak ntah ukuran apela yg aku guna...hehehehe.... Abis baju kurung aku kena kemuncup... Sape nak tolong tanggalkan?????

Dah la,malas nak mengadu-ngadu ni.... Bukannye korang boleh tolong pun... Tapi sekurang-kurangnya terluah la sikit ape yg terpandam dihati ni....K la...tak nak buat dosa banyak-banyak...bye

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

ads by nuffnang