Seri Qaseh Nazirah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Muhammad Haikal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Pemergianmu dirindui

Lilypie Angel and Memorial tickers

Nuffnang

11 Januari 2010

QASEH KENA CHIKEN POP........

Salam 1 Malaysia..

Hari ni hari isnin minggu kedua dalam bulan januari.Hari ni jugak adalah besday Dato Siti Nurhaliza. Hari jadi orang popular ni semua org ingat kan.. Hari jadi aku ada tak sesiap yg ingat??? hehehe.. siapa la aku ni kan utk org mengingati aku...
Korang terpikir tak knp Dato siti yang kaya tu, setiap kali besday dia org akan bagi mcm2 hadiah. Kan dia dah kaya,dia boleh beli sendiri ape yg dia nak. Buat ape korang semua sibuk2 menghabiskan duit beli ntah ape2 utk dia tu??? isk..ish...ish...

Ok la, aku bukannya nak cerita pasal Siti Nurhaliza. Aku nak cerita pasal sape lagi, pasal anak aku la... untuk pengetahuan, qaseh kena chiken pop @ demam campak. Tapi nak kata demam campak,dia tak demam pun.. Tak kisah la ape2 kan...yang penting korang faham..
masuk hari ni dah 5 hari dia kena... Masa aku bawa dia g pontian tu dia dah kena dah tapi masa tu sikit jeee. chiken pop qaseh mmg tak banyak yg keluar rupanya. Tak tau la sbb dia baby ke atau sbb bentan. Tapi aku mmg berpantang. Org kata budak kena tu tak boleh dimandikan,tak boleh kena hujan,senang cite tak boleh kena air la... Pastu tak boleh goreng2 dalam rumah.semua tu aku ikutt... Dah bagi dia minum air kelapa tapi tetap tak kuar jugak lagi...Aku harap bila dia dah kena sekarag ni lepas ni dia tak kena lagi la.. Kesian dia kecik2 dah kena... Dia jangkit dengan Danish (anak akak lan). Redo je la...

Yang bagusnya qaseh nie,dia kuat...Dia tak meragam pun dan dia tak demam. Kalau dia demam mungkin aku lagi risau. dan kalau dia meragam sape yg susah??? Aku jugakkk...
Perangai qaseh mcm biasa je...masih lagi ketawa2....masih lagi nak senyum...masih lagi nak bercakap...takde perubahan pun pada dia.. Cuma yang membezakannya kat muka dia ada bintik2 chiken pop tu...

Semalam ada konvoi SMC sempena pembukaan rasmi Macdonal Segamat. Aku tetap bawa qaseh.. Qaseh tak juga meragam.. Senang nak bawa dia kemana-mana.... bila dia rasa ngantuk,aku bagi je susu dia pun tido.. Bila dia tido aku duk la dalam keta.. Dapat makan mcd free semalam...Sarapan free,lunch pun free... Seronok... Oleh kerana qaseh lum mkn,dia dapat belon free...hehehe...walaupun qaseh tak pandai nak main,aku tetap ambikkan utk dia jugak.... Tapi last2,ayah dia tinggalkan jee sbb tak muat nak masuk keta... Al maklumla,kereta penuh dgn barang2 qaseh...

Ada gambar-gambar qase masa kat mcd dengan gambar dia kena chiken pop.. Gambar2 tu aku masukkan dalam enty lain la yee.. Leceh la nak letak gambar tu... Dah la aku dah tulis panjang ni..nnt tonggang langgang jadinya...K la, nanti you all tgk gambar kendian yeee...Sekian,wassalam..

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

ads by nuffnang