Seri Qaseh Nazirah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Muhammad Haikal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Pemergianmu dirindui

Lilypie Angel and Memorial tickers

Nuffnang

28 April 2013

Berpenat-penatan bersama Qaseh...

Semalam adalah hari berkerja aku dengan qaseh seharian.. Walaupun semalam adalah hari ahad tp kami kena kerja juga... Aku xpela dh biasa tp kesian ngan qaseh.. Qaseh terpaksa ikut ibu dia sbb ayah dia g mersing.. Pun kena kerja juga...  Lagi seminggu je kami perlu menghadapi semua ni... Pasni berakhirla kerja2 sampai mlm dan hari2 ni.... huh....

Semalam bangun pagi mandi2 terus g pejabat. Sarapan semua kat pejabat je... Janji dengan afni nak pergi rumah orang kawen tp akhirnya tak jadi sbb aku kena pergi pej UMNO pulak. Qaseh dh siap pakai baju kurung dah... Dia suka nak tengok pengantin... Tapi nasibla qaseh memahami kerja ibu dia...

Lepas pergi Pej UMNO pergi semula ke Pejabat. Petang ada program sukaneka rakyat kat Pekan Air Panas. Nasib pm-pm yg handle program tu so taklah aku terbeban sangat... Program mula pukul 2 petang, perasmiannya kol 4.30. Aku pergi sana kol 4.. Caya tak?.. hahahaha.. Ce kalau aku yg handle pagi2 dh kena ada kot...

Sampai2 je PKD dah ada, perasmi dah ada. Cepat pulak diorg sampai... Program tak abis lagi masa tu, so kita makan dulu..hehehhe..sampai2 terus dapat makan...

Qaseh mulala tak reti diam.. Dia tgk orang main2 dia pun sukala..tp lepas tu tiba2 dia datang kat aku dia menangis.. Aku tak taula kenapa.. Nagis yg jenis perlahan tu... Nasib tak meraung... Kalau tak puas nak memujuknya...

Abis Program dalam kol 5 lebih sbb bersemangat perasmi berucap sambil berkempen... Kita yg dengar pun naik semangatnya...

Balik terus pergi rumah afni sbb dia kata ada barang utk aku yg Malina bagi.. Malina tu kawan aku yg kawen yg aku tak dapat pergi tu la... Pergi la sana sambil borak2.. Magrib baru terhegeh2 nak balik.. Qaseh pun seronok sbb ada kawan... Dia main bola dengan anak afni... Tu yg balik pun jadi lambat tu...

Balik rumah mandi2 lepas tu pergi semula ke Pejabat. Sebelum pergi tu qaseh dh tertido dulu sementara tunggu aku bersiap... Dia kata " ibu siap dulu eh, aceh tido jap..nanti ibu kejut qaseh eh.." aku biarkan je la dia baring dulu... Sekali bila aku dh siap tgk dia dh sedap tido... Aku kejut2 dia xbangun..penat sangat agaknya.. Yela, siang tak tido kan...

Call ayah dia tanya dh sampai mana, sekali baru sampai muazam la.. Lambat la pulak nak tunggu sebab aku kena siapkan laporan utk dihantar pagi esk.... Terpaksala aku angkat je qaseh ajak dia tido kat bilik gerakan je...

Puas gak nk dukung dia.. dengan perut buyut lagi kan... huh... ni  la dugaan...
Masuk je kereta nasib dia dh tak tido sangat... Sampai bilik gerakan dia terus segar sbb ada ramai orang. Suh baring tak nak dah... Gasak dia main lagi... Kat sini ramai yg melayan dia, seronokla...

Pukul 12 baru kitaorang balik. Sepanjang kat bilik gerakan mmg dia tak tido langsung... Balik salinkan baju, basuh2 kaki tangan terus ajak dia tido... Aku balik bukan boleh terus tido. Layan tv dulula.. Ayah dia dh selamat tido dulu dah... Masing2 penat kan...

Pukul 2 pg baru aku tido.. Pastu esknya bangun kol 11 pg....hihihihihi...
Bangun tido bangun tido jela kerjanya... Hari ni aku masuk bilik gerakan kol 4 petang... Sampai la sekarang ni kol 11 mlm dah... jap lagi nk balik dah... Kerja pun dah siapkan... esk tinggal hantar laporan je...

Ok..tu sahaja.... Sekarang ni mmg terasa penatnya kerja... Nanti bila dh tak kena kerja macam ni mesti merindui saat2 macam ni.... Kalau tak kerana pilihanraya ada ke orang nak pergi opis malam2... hihihihihihi...

tatatititutu....







Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

ads by nuffnang