Seri Qaseh Nazirah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Muhammad Haikal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Pemergianmu dirindui

Lilypie Angel and Memorial tickers

Nuffnang

10 April 2013

Kenangan Pahit Manis Tahun 2012

Tahun lepas mmg banyak sangat kenangan pahit yang aku tempuhi....
Macam tak sangka pulak semuanya dah berlalu dan ianya dh setahun pun berlalu...
Dan tahun ni aku bakal merasai kenangan manis semula... Hidup ni mmg mcm putaran roda, ada masa kita di atas dan ada masa kita dibawah. Ada masa kita rasa gembira dan masa kita akan rasa sedih....

Bulan april tahun lepas adalah bulan yg arwah izz sakit dan dimasukkan ke hospital Batu Pahat. Tarikh 4.4.2012 mmg takkan aku lupakan... Dari bulan 4 sampai ke bulan 5 dia di Wad SCN Hospital Batu Pahat dan sepanjang tempoh tu jugala aku menemani dia. Dengan tak kerjanya, dengan kelurga yang tak terurus, sorang sana sorang sini, dengan qasehnya terabai... Masa tu qaseh dengan ayah dia je... Bila kira-kira selama 50 hari kami tinggal di hospital. Alhamdulillah akhirnya izz sihat dan boleh dibawa balik. Cuma penjagaannya perlu rapi kerana mudah dijangkiti penyakit.

34 hari izz guna tiub
44 hari izz duk kat SCN
50 hari kat Hospital

Sepanjang bulan 6 tahun lepas mmg xde masalah dan aku dpt bekerja semula dengan tenang kerana izz mak yg jaga. Tak berani nak suruh org luar jaga sbb keadaan izz yg masih lemah dan paru2 dia yg masih belum baik sepenuhnya. Tapi perubahan ke arah positif mmg ada sbb nmpk dia makin aktif, dah boleh megiring dan meniarap, mulut pun dh mula riuh, minum susu dah banyak. Mmg nampaklah keaktifan dia. Yela, sepanjang dia sakit kan dia asyik baring je, jadi perkembangan dia lambat dan alhamdulillah dia dapat buat ikut dan aku byk latih dia la utk mengiring dan meniarap tu.. Masa tu dia suka senyum, ketawa, menyanyi, mmg riuhla mulut dia. Bila aku pergi keje mak dgn uda la yg jaga.

Mak kata izz suka dengan lagu waliband yg tajuknya "Ya Allah Ya rabbi", ni liriknya:-

(Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah) 2X

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzhalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku


Talipon mak, kalau org call bunyi lagu ni. Bila bunyi je kalau izz tgh nagis mesti dia diam dan dia seolah-olah menghayatila lagu ni...Lepas tu kalau izz nagis ke mak mesti bukak kan dia lagu ni pastu mulut dia pun riuh la mcm nyanyi sama....

Masuk bulan 7 izz mula sakit balik. Selsema dan batuk. Dan masa tu juga aku tgh sibuk dengan program. 11 Julai izz masuk ke hospital segamat. 5 hari kat wad dan 20 hari di SCN. Hingga la dia menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 4 ogos 2012.. Walaupun aku cuba lupakan semua kenangan pahit ni tp ia sentiasa berlegar-legar diingatan. Semuanya aku ada catatkan dalam diari. Dan aku tulis kat sini utk simpanan aku sendiri. Mana tau 10 tahun akan dtg aku boleh baca balik kisah2 hidupku.

Bila izz dah takde barula mak cite dengan aku yg izz suka dengar lagu Ya Allah Ya Rabbi tu... Bila mak dengar lagu tu mesti mak sedih,menangis. Pastu mak cuba tulis lirik lagu tu nk tau maksudnya, bila tau cerita disebalik lagu tu bertambahla sedih...Bila aku tau aku pun mula teliti bait-bait lirik lagu tu. Mmg sedih ar... Biasakan kita akan dengar lirik yg warna hitam tu je. Bila dengar yg warna merah punye tu yg terasa tu... Izz faham agaknya maksud lagu tu dan dia dah tau yg dia akan pergi.... Dia juga minta dengan Allah jgn uji dia melebihi batas kemampuan dia utk menanggung kesakitan. Agaknya la.... Waalllahualam...

Apa-apapun semua ni dah berlalu dan ianya hanya tinggal kenangan... Kenangan ini akan aku semat dalam hati aku kerana tak semua org dapat merasainya....

Al-Fatehah utk Izz Muhammad Nazreen....


Lepaskan la rindu anda pada dia.... Miss u sayang... :'(







Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

ads by nuffnang