Seri Qaseh Nazirah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Muhammad Haikal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Pemergianmu dirindui

Lilypie Angel and Memorial tickers

Nuffnang

25 November 2010

Moga Allah Selamatkan Beliau

Hari ni aku nak cerita sedih.....

Abg ipar aku tengah sakit sekarang... dia mula sakit hari selasa 23.11.2010.
Dia demam tinggi sampai 40 darjah... Dalam pada tu diabetis dia pun tinggi jugak...
Pagi hari selasa tu chek diabetis 20.3. Pagi tu akak (uda) aku kejut dia tapi dia tak bangun-bangun...
Akak aku yang kerisauan pun terus telefon aku mintak tolong...
Pagi2 tu dalam pukul 6.00 aku kejut lan dan terus ke rumah dia...
Mmg abg uda tak sedar langsung cuma tangan dia je yang boleh dia angkat tapi mata tak celik pun..
Uda tak sedap hati dan ajak kitaorg bawa dia g hospital...
Oleh kerana nak tunggu ambulans lambat so, kita pergi je bawa kereta sendiri...
Lan dengan uda la yang angkat abg uda dari atas ke bawah....

Sampai hospital terus ke wad kecemasan.... amat merisaukan.....
Kat sana cek diabetis dia maskin naik pulak...23 mcm tu...
Doktor bg insulin...
Selepas lebih kurang sejam, abg uda ditempatkan di ICU sebab wad penuh...
Lagipun kat ICU dijaga rapi...doktor pun mmg depan mata dan dia boleh rehat secukupnya...
Lepas tu abg uda pun sedarkan diri... Bila dia sedar je semua bersyukur...Terutama uda...
Abg uda tak ingat pun ape yang dah berlaku..dia tanye dia kat mana...
Masa nie diabetis dia dah turun kepada 0.8.....
Aku yg dari subuh2 kat hospital dengan tak mandi nya menyaksikan la orang yang semakin ramai
datang mengunjungi abg uda... Masa ni aku otometik cuti....cuti kecemasan...
Qaseh aku tinggalkan kat uamh mak ana dia... Takut tak boleh bawa dia masuk hospital lak kan...

Petang baru aku balik sbb nak mandi...hahahhaa...eh, cite sedih tak boleh gelak...ishk..isk..ishk...(nages)
Sebab lan nak keje...dia kata dia banyak keje...
So, kitaorg pun balik ar... lagi pun dah ramai sangat orang kat hospital tu... JAGA pun dah tak boleh buat ape dah.... Balik mandi2 ikut lan semula g segamat... Dia g keje aku lepak umah uteh dengan qaseh.... Mak dengan along pun ada...

Malam baru kitaorg balik.... Esok kena keje yee....
Malam tu uda kata abg uda dah kurang gula pulak sbb doktor tak bg dia mkn ape2 malam tu...
Dah tu tido pun tak lena.....Walaupun doktor bg ubat tido ttp tak lena...
Semalam uda bawa abg uda berpindah ke hospital ampang puteri...
Lagipun dia dah biasa kat hospital tu... Uda g naik ambulans...
Kesian uda....mesti dia penat dengan tak cukup tidonya....
Tu la orang perempuan sanggup buat ape je demi suami....

Bila uda dah kat hospital ampang puteri ni makin jauh la aku nak g melawat...
Walau ape pun aku tetap bagi sokongan kat dia supaya dia kuat kan semangat..
Uda cakap sejak sampai kl abg uda tyak sedar2 lagi... Sampai sekarang tak sedar lagi..
Tak tau la kenapa... Doktor dah scan kepala dia takut ada darah beku ke ape ke kan tapi tak de pulak,
semuanya ok je...cuma masalah paru2 dia je.... Rasa nya sebab merokok...
Harap2 abg uda cepat sedar dan pulih seperti sedia kala....
Aku rancang nak bawa mak g sana esk.... Esk aku amik cuti la....

Disini aku nak minta semua mendoakan abg ipar ku..
Harap dengan doa kalian dapat menyembuhkan beliau dari segala penyakit..........
Terima kasih banyak2....

Rina,Uda,Abg uda n Marina
Ni la abg ipar aku yang bernama Datuk Hj. Sulaiman Bin Hj. Taha.... Ni gambar lama...Masa ni umah dia buat open house masa raya..... Terima kash sekali lagi.... Hanya tuhan yang mampu membalas jasa baik kalian....

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

ads by nuffnang