Seri Qaseh Nazirah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Muhammad Haikal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Pemergianmu dirindui

Lilypie Angel and Memorial tickers

Nuffnang

01 Februari 2011

BN MENANG......

Setelah sebulan lebih berpenat lelah bertugas akhirnya keputusan dah diketahui....
Tak sia-sia kami semua berkerja keras sbb Barisan Nasional menang dengan majoriti yang agak memuaskan...
Lebih tinggi la dari dulu... majoritinya 3707... Kesian pada cikgu Mala yang kehilangan kerjanya dan hajatnya untuk menjadi YB tidak kesampaian.... Tahniah diucapkan kepada Tok Ai (Mohd Azahar Ibrahim) yang sudah pun menjadi ADUN Tenang yang baru.

Walaupun hujan lebat dan banjir belaku, bilangan pengundi yang keluar mengundi agak memberangsangkan....
Nampaknya semakin ramai penduduk di Labis ni yang mempercayai kepimpinan BN. Sebelum ni ada 3 Daerah mengundi yang di tawan oleh pihak pembangkang tetapi untuk PRK ini 2 daripadanya telah dikembalikan kepada BN. Alhamdulillah usaha kita semua berjaya.

Cabaran untuk YB ADUN Tenang yang baru iaitu Tok Ai kerana sudah nampak tugas yang akan dilakukan iaitu menyelesaikan masalah banjir yang berlaku semasa pilihantaya kecil sedang berlangsung. Beliau tidak boleh berehat setelah menang untuk menjawat jawatan YB. Ini la cabaran dan dugaan yang perlu beliau hadapi sepanjang menjadi YB kelak. Beliau mesti menunjukkan cara kerja yang baik dan berkesan untuk terus menduduki kerusi ADUN Tenang pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Setelah kalah gagal dalam merebut jawatan YB, Cikgu Mala tidak kelihatan lagi dan tiada lagi cerita2 mengenai beliau. Status suami beliau pun tidak diketahui lagi samada terus bekerja atau sebaliknya. Diharap cikgu mala dapat meneruskan hidupnya selepas ini.

Akhir kata.... kita perlu banyak berfikir sebelum membuat sebarang keputusan....
Fikirkan masa depan kita dulu sebelum fikirkan tentang orang lain....

Wassalam.....

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

ads by nuffnang